PROGRAM KEM SMART IBADAH SURAU AN NUR KOMBES PAROI
PAROI, 26 Januari 2024- Mesyuarat Jawatankuasa Surau An Nur Kombes Paroi yang telah di pengerusikan oleh En Rosdi bin Pilus bersama barisan Ahli Jawatankuasa yang baru berlangsung di bilik mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Mesyuarat pada kali ini adalah bagi membincangkan program sulung bagi surau An Nur pada tahun 2024 ini iaitu Program Kem Smart Ibadah Surau An Nur Kombes Paroi yang bakal diadakan pada bulan Februari akan datang.
Pembentangan kertas kerja bagi program ini telah disampaikan oleh Encik Anas Fakhri selaku pegawai yang bertanggungjawab untuk program kali ini. Selain daripada itu semua ahli jawatankuasa juga terlibat secara langsung dalam memberi pendapat dan pandangan bagi memastikan perjalanan sepanjang program ini berjalan seperti yang dirancang.
Mesyuarat berakhir jam 11.30 pagi.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 173
