Seremban, 6 Januari 2024- Bertempat di Bilik Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan Paroi telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan PARA Negeri Sembilan 2024.
Mesyuarat diadakan adalah bagi menyelaras pembangunan sukan PARA Negeri Sembilan, persediaan ke PARA SUKMA Sarawak dan taklimat berkaitan dengan hala tuju Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Sembilan (PESRON).
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Mustapha bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Encik Ahmad Pudzi bin Suki Presiden (PESRON) Negeri Sembilan, Puan Rosnah binti Sardi Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan, Encik Roslan bin Ibrahim Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, penggerak, jurulatih dan atlet sukan PARA dan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 168
