PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026 BAGI PERLAWANAN ANTARA PASUKAN OMAN MENENTANG PASUKAN MALAYSIA
SEREMBAN, 22 MAC 2024 - Program Tayangan Skrin Besar Kelayakan Piala Dunia 2026 bagi perlawanan Pasukan Oman menentang Pasukan Malaysia di Stadium Sultan Qaboos telah berlangsung di Pentas Terbuka, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
Program ini adalah anjuran Kementerian Belia dan Sukan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Bermula jam 1.15 pagi para penyokong telah mula membanjiri Kompleks Belia dan Sukan Paroi selepas hujan mulai reda. Dianggarkan hampir 500 penyokong hadir bagi memberi sokongan dan sorakan padu kepada Pasukan Harimau Malaya ini.
Tetamu kehormat yang hadir pada program ini adalah SM Abd Rahman Wasis, Ketua Balai Polis Paroi, Pn Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta turut hadir bersama En Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Antara acara menarik pada malam tadi adalah sesi cabutan bertuah dan edaran secara percuma makanan untuk bersahur kepada pengunjung yang hadir. Walau telah memberikan persembahan terbaik serta berjuang mempertahankan gawang gol, skuad Harimau Malaya tewas 2-0 kepada pasukan lawan. Walau bagaimanapun, perjuangan skuad Harimau Malaya ini akan diteruskan lagi apabila bertemu semula Pasukan Oman pada 26 Mac 2024, Selasa minggu hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Terima kasih kepada wira-wira Harimau Malaya yang telah berjuang untuk membawa nama Malaysia ke Peringkat Kelayakan Piala Dunia 2026 ini!!
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang bagi memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga serta orang awam untuk beriadah bersama menonton secara langsung perlawanan-perlawanan sukan Malaysia.
Selamanya Harimau Malaya !
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
???? ????????? ???????? ??????? ????? ?????? ????? ???? ????????? ?????? ????????
PORT DICKSON, 15 Mac - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan bagi Kategori Pertubuhan Belia telah dilaksanakan di Balairaya Taman Samudera, Port Dickson pada 14 Mac 2024. Pertubuhan Belia Hindu Cawangan Teluk Kemang atau lebih dikenali dengan jolokan nama Hindu Youth Organisation (HYO Teluk Kemang) telah disenaraipendekkan bagi mewakili daerah Port Dickson untuk menyertai APBN Kategori Pertubuhan Belia pada tahun ini.
Sesi penilaian telah diketuai oleh Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan bersama dua (2) orang ahli panel iaitu Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY Zon Selatan) dan Puan Faridah binti Haji Saini, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.
Sesi penilaian dimulakan ucapan alu-aluan oleh Yang Berhormat Dr. Rajasekaran a/l Gunnasekaran, Ahli Dewan Negeri Kawasan Sri Tanjung yang turut hadir bersama sebagai tanda sokongan kepada HYO Teluk Kemang. Beliau sememangnya berbangga dengan pencapaian pertubuhan belia ini yang telah ditubuhkan pada tahun 2010. Banyak pencapaian cemerlang yang telah dicapai oleh HYO Teluk Kemang bersama seisi warganya menjadikan ia sebagai persatuan belia paling aktif di daerah Port Dickson. Sesi diteruskan lagi dengan pembentangan pertubuhan belia oleh Encik Dineshkumar a/l Narayanasamy selaku Pengerusi HYO Teluk Kemang bersama barisan ahli jawatankuasanya dan dilanjutkan lagi dengan sesi soal jawab antara ahli panel dan wakil pertubuhan belia.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan barisan ahli jawatankuasa HYO Teluk Kemang yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk menghadapi sesi penilaian seperti persiapan tempat, penyediaan dokumentasi, bahan pembentangan dan lain-lain bagi kelancaran sesi penilaian.
Turut menghadiri sesi penilaian ini ialah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Noorulhuda bin Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta pegawai dan kakitangan dari JBS Negeri Sembilan dan PBSD Port Dickson.
#JBSNBersama
#JBSN9
#TeamKBS
#PBSDPortDickson
#APBN2024 #HBN2024
07 & 08 Mac 2024
Kompleks Belia dan Sukan Paroi, JBS Negeri Sembilan
Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Kategori Individu Lelaki dan Wanita telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) pada 07 dan 08 Mac 2024.
Seramai lima orang calon lelaki dan dua orang calon wanita telah menghadiri sesi penilaian tersebut bagi mewakili daerah Port Dickson.
Calon Individu Lelaki :
1. Mohamad Hafizam Hakimi Supian - GB4B Kawasan Teluk Kemang
2. Mohd Alhafiq bin Abdul Rahman - GB4B Kawasan Teluk Kemang
3. Mora Bongsu bin Abd Rahman - SRM Politeknik PD
4. Nellesh Ram a/l Saravanan - SRM Politeknik PD
5. Muhammad Amir Firdaus bin Mohd Yuslin - SRM Politeknik PD
Calon Individu Wanita :
1. Sinthu a/p Muthuveeran - HYO Teluk Kemang
2. Yuvaraani a/p Muthuveeran - HYO Teluk Kemang
Sesi penilaian yang dijalankan oleh Bahagian Pembangunan Belia JBSNS telah diketuai oleh Encik Hatta bin Md Yasin, Penolong Pendaftar Pesuruhjaya Sukan Malaysia bersama Encik Mohamad Rosdi bin Mahmud, Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson dan Encik Roslan bin Bahari, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan.
#APBN2024 #HBN2024
#PBSDPortDickson
#teamjbsn9
#JBSNBersama
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024
13 Mac 2024, Tampin - Telah berlangsung Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 Kategori Persatuan Belia. Pada tahun nie Daerah Tampin diwakili oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Tampin Abim Tampin dan Persatuan Belia (MBFM) Jelai 3 Persatuan Belia MBFM Felda Jelai 3
Kedua-dua persatuan telah dinilai oleh barisan panel penilai diketuai oleh Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan, Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY Zon Selatan) dan Puan Faridah binti Hj. Saini, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Turut hadir memberi sokongan Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan serta Encik Kajurin@Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua barisan AJK serta ahli persatuan yang bertungkus lumus membuat persiapan bagi sesi penilaian ini. Semoga beroleh kejayaan ke peringkat seterusnya ‼️??
Majlis Belia Daerah Tampin
#jbsn9
#APBN2024
#TeamKBS
???? ????????? ???????? ??????? ????? ?????? ????? ???? ????????? ?????? ???????? ?⚡
? 13 Mac 2024 (Rabu)
? Pejabat MBFM Felda Serting Hilir 2
JEMPOL - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan bagi Kategori Persatuan telah dilaksanakan di pejabat Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 pada hari ini. Persatuan Belia (MBFM) Felda Serting Hilir 2 telah dipilih mewakili persatuan belia di Daerah Jempol untuk menyertai sesi penilaian APBN tahun ini.
Barisan panel penilai diketuai oleh Encik Zahrail Affenday bin Mohamed, Pengarah MARA Negeri Sembilan, bersama dua (2) orang lagi panel iaitu Encik Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY Zon Selatan) dan Puan Faridah binti Hj. Saini, Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.
Hadir sama adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Belia) bersama Pegawai-pegawai JBS Negeri dan PBSD Jempol.
Sesi Penilaian APBN 2024 Peringkat Negeri Sembilan (Kategori Pertubuhan) berlangsung selama dua (2) hari pada 13 hingga 14 Mac 2024.
Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa persatuan belia diketuai oleh Saudara Muhammad Afiq bin M. Sahar, Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2 bersama pasukan ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus membuat persiapan menyediakan dokumentasi dan sesi pembentangan kepada panel-panel penilai.
Pengumuman pemenang akan dibuat pada Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Sembilan pada bulan Mei 2024 akan datang. Selain kategori pertubuhan belia, kategori Individu Lelaki dan Wanita juga turut dipertandingkan.
Selamat maju jaya, semoga Persatuan Belia (MBFM) Felda Serting Hilir 2 dapat memenangi tempat tiga (3) terbaik nanti. Semoga dapat melakar kecemerlangan dan terus menabur bakti kepada belia-belia di daerah ini. ?
#JBSNBersama
#JBSN9
#TeamKBS
#APBN2024
#MalaysiaMADANI
#fypシ゚viralシ
@followers JBS Negeri Sembilan JBSNegara Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2
Majlis Perasmian Penutup Program Kepimpinan Altruistik Madani Tahun 2024
?Ulu Sepri , Rembau
?10 Mac 2024
Program Kepimpinan Altruistik telah melabuhkan tirainya hari ini selepas ianya dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri , Rembau . Program bercorakkan motivasi dan pengasahan bakat kepimpinan ini bermula pada 8 Mac 2024 sehingga 10 Mac 2024 . Program ini juga terdiri daripada 106 orang peserta ( lelaki 69 dan perempuan 37 )
Majlis Penutup Program Kepimpinan Altruistik telah dirasmikan oleh YB Tn. Haji Mustapha Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan . Turut hadir menyerikan majlis , Yb Tuan Suhaimizan bin Bizar , Ahli Dewan Undangan Kawasan Gemencheh , Puan Junaine Bin Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan , En.Khalid bin Mohamad Yusoff , Pengarah Bahagian Latihan Belia & Institusi pendidikan Akademi Kenegaraan , dan Encik Khairil , Pengarah Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri serta wakil - wakil dari Institut Pengajian Tinggi yang terlibat dari segi penyertaan program tersebut.
Untuk makluman,program ini adalah berkonsepkan kepimpinan dan pendedahan elemen kenegaraan di dalam diri peserta serta pembentukan sahsiah dan kerohanian dalam menjalani kehidupan seharian . Antara institut pengajian yang terlibat sama dari segi penyertaan adalah Politeknik Nilai , Politeknik Port Dickson , Kolej Komuniti Jempol , Kolej Komuniti Kuala Klawang , IKTBN Chembong dan Kolej Tingkatan 6 Forest Height Seremban .
Pelbagai aktiviti kumpulan yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesemua peserta mencapai objektif program ini . Selain itu , barisan jurulatih bertauliah telah menerangkan erti kata maksud altruistik itu sendiri yang bermaksud “ melebihkan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri” . Sikap kerjasama dan muafakat harus dibentuk dari usia muda supaya menjadi bekalan yang mencukupi apabila para peserta program melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Pihak pengurusan dan penyelaras program Kepimpinan Altruistik berharap program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti khusus daripada anak-anak kelahiran Negeri Sembilan . Akhir kata , amalkan dan ingatilah selalu nasihat dan kata-kata barisan jurulatih supaya anak - anak muda yang terlibat sentiasa berada di landasan yang betul dalam mengharungi zaman serba mencabar ini .
#PerpaduanTerasMalaysiaMadani
#YBPakMus
#PLKUluSepri
#IKTBNChembong
#PoliteknikMalaysia
#KolejKomuniti
#PolyCC
#JBSNN9
??????? ?????? ??????? ??? ?????? ???????? ?⚡
?️ 11 Mac 2024
? KOMBES Negeri Sembilan
Satu program 'mantai' sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sembilan dengan penglibatan bersama warga kerja JBS Negeri Sembilan, pekerja-pekerja syarikat pembersihan dan keselamatan KOMBES Negeri Sembilan telah di adakan pada hari ini.
Mantai merupakan adat tradisi masyarakat Negeri Sembilan iaitu sebelum menyambut bulan Ramadan ataupun Syawal.
Program hari ini adalah anjuran JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan dan Kelab WARIS (Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan).
Seawal jam sembilan (9) pagi para pegawai dan kakitangan JBS Negeri Sembilan bergotong-royong memasak juadah rendang maman daging dan pelbagai masakan kampung untuk menu jamuan tengah hari.
Selesai jamuan, majlis penyampaian sumbangan khas kepada pekerja-pekerja Pembersihan dan Keselamatan di KOMBES Negeri Sembilan dan agihan buah kurma untuk semua kakitangan telah disampaikan oleh Tuan Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz. Hadir bersama adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Belia), Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau An-Nur KOMBES Negeri Sembilan dan Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS.
Semoga kita semua diberkati dalam menjalankan ibadah di bulan yang mulia ini. Selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkah. ?
#RamadanKareem
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#TeamJBSN9
#JKSurauKombesN9
#KelabWARIS
#fypシ゚viralシ
JBS Negeri Sembilan JBSNegara @followers
THUMB DISTRICT ARPRM LEADERS COURSE 2024 ?⚡
? 8 March 2024 (Friday)
? MRSM Serting
THUMPOL - Youth Leader Course Award (ARPRM) 2024 District Level has been completed today. As many as 92 participants involving teachers and employees of MRSM Serting have joined the program.
The speaker of this course is Mr. Zaharudin bin Abdul Majid, Advisor to the Operations Body of the Western Dynamic Youth Association who has extensive experience in handling ARPRM in Negeri Sembilan.
The Closing Ceremony was officiated by Tuan Mohd Ali bin Mohd Yusof, Principal MRSM Serting. He in his speech hopes that this future ARPRM Leader will be able to help in promoting the Development of this ARP among the students of MRSM Serting as well as to foster a good cooperative relationship with the Jempol District Youth and Sports Office and Negeri Sembilan Youth and Sports Department.
Present together are Mr. Mohd Zaini bin Awalludin, Deputy Principal (Talent Development), MRSM Serting and Mr. Mahadir bin Darahi, Youth and Sports Officer of Jempol District.
Highest appreciation and thanks to MRSM Serting management for this collaboration. May the development of ARPRM continue to grow in producing and polishing the potential of youth in the Thumb District in the future.
#ARPRM
#RakanMuda
#JBSNBersama
#JBSN9
#TeamKBS
#MalaysiaMADANI
#fypシ゚viralシ
@followers JBSNegara Rakan Muda JBS Negeri Sembilan Mrsm Serting Persatuan Belia Dinamik Barat
Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan
? Seremban
? 8 Mac 2024
Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan Kategori Individu telah dilaksanakan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan , Paroi . Seramai 12 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta wanita telah turut menyertai sesi penilaian ini yang hadir dari sekitar daerah - daerah di Negeri Sembilan
Barisan panel Sesi Penilaian ini diketuai oleh En.Hatta bin Hj Mohd Yassin (Penolong Pendaftar Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia ) ,manakala Panel Penilai 2 adalah En.Mohamad Rosdi bin Mahmud (Timbalan Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson) dan Panel Penilai 3 adalah En.Roslan bin Bahari (Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan) .
Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2024 ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 & 8 Mac 2024 ( Khamis & Jumaat ) . Seperti tradisi , Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan diadakan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan belia yang banyak memberi sumbangan kepada golongan belia itu sendiri dari segi kesukarelawanan , kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial setempat .
Pemenang sesi penilaian ini akan diumumkan pada Hari Belia Negara Tahun 2024 Peringkat Negeri Sembilan yang akan berlangsung pada bulan Mei . Terdapat 3 hadiah bagi setiap kategori Individu Lelaki dan Individu Wanita iaitu Johan , Naib Johan dan Tempat Ketiga .
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang telah melalui sesi penilaian di peringkat negeri ini . Semoga kesemua pengiat belia terus melakar kecemerlangan dan terus menerus menabur bakti di Negeri Sembilan khususnya .