MAJLIS TAHLIL PERDANA KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL ?⚡
? 6 Mac 2024 | Rabu
? Surau KRM Jempol
JEMPOL - Telah berlangsung Majlis Tahlil Perdana Tahun 2024 bertempat di Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol pada malam tadi. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Surau KRM Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol.
Semua jemputan dan peserta melakukan solat Maghrib berjemaah. Seterusnya program diserikan lagi dengan Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Nur Hairin bin Khamis, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Jempol Merangkap Imam Masjid Tuanku Mukhriz.
Turut hadir dalam program kali ini Encik Mahadir bin Darahi bersama-sama pegawai dan kakitangan PBSD Jempol, kakitangan Syarikat Kawalan Keselamatan, Syarikat Pembersihan dan Pengurusan Kafeteria serta seluruh warga kerja dan ahli keluarga KRM Jempol.
Selesai bacaan tahlil dan bacaan yassin, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Al-Fadhil Ustaz Nur Hairin bin Kamis. Selepas Solat Isyak berjemaah dan sesi bergambar semua peserta dan tetamu jemputan terus menikmati jamuan di kafeteria KRM Jempol.
Semoga dengan penganjuran majlis agama ini dapat menyemarakkan semangat kekeluargaan dan hubungan silaturahim antara Pengurusan PBSD Jempol dengan warga kerja KRM Jempol dan agensi yang ada di Daerah ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.
#TeamJBSNS
#PBSDJempol
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#SurauKRMJempol
#fypシ゚viralシ
@followers JBS Negeri Sembilan JBSNegara
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 157
