JELEBU, 5 APRIL 2024 - KONGSI RASA KONGSI REZEKI TANAMAN FERTIGASI
Sayur merujuk kepada sebarang bahagian tumbuhan yang dimakan secara mentah atau setelah dimasak baik sebagai ulam, salad atau lauk, bukan pencuci mulut, dan bukan makanan ruji atau snek. Sayur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu jenis daun, buah dan ubi. Terdapat lebih daripada 50 jenis sayur ditanam di Semenanjung Malaysia sama ada di dataran tanah rendah atau di dataran tanah tinggi.
Pejabat Pertanian Daerah Jelebu telah berkerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu melalui Projek Fertigasi Meja Bagi Aktiviti Pertanian. Projek ini bertujuan untuk menjadikan aktiviti pertanian komuniti sebagai gerakan negara ke arah sekuriti makanan negara dan untuk kegunaan sendiri/komuniti.
Projek ini telah diusahakan bertempat di Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pertang bermula pada 8 Mac 2024. Tanaman pertama ini bertumpu kepada Sawi dan Bayam. Hasil daripada projek ini juga telah dikongsi bersama dengan Pejabat Pengairan dan Saliran Jelebu dan Mahkamah Syariah.
Semoga projek ini dapat diteruskan lagi dengan berbagai jenis sayur-sayuran untuk masa akan datang. Terima kasih kepada Pejabat Pertanian Daerah Jelebu yang sudi bekerjasama dalam projek ini. Tidak dilupakan juga kepada staf pembersihan KSK Simpang Pertang yang sama-sama mengusahakan tanaman ini.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 148
