- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 148
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI 2024 PERINGKAT DAERAH TAMPIN
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI 2024 PERINGKAT DAERAH TAMPIN
TAMPIN, 8 Jun 2024 (Sabtu) – Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Daerah Tampin pada hari ini membuka tirai persaingan dengan penganjuran Pertandingan Bola Tampar Wanita di SMK Gemas. Pejabat Belia dan Sukan selaku penganjur utama berkolabrasi dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, SMK Gemas dan Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC).
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan masyarakat membudayakan sukan serta meningkatkan keharmonian dan perpaduan di kalangan komuniti setempat. Selain itu ia boleh memberikan kesan-kesan positif seperti menggalakan masyarakat untuk membudayakan sukan, membendung gejala sosial, mencungkil bakat di peringkat akar umbi dan merealisasikan masyarakat yang cergas sihat dan bersatu.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mazlan bin Latif, Pengetua SMK Gemas. Turut hadir memeriahkan majlis, En. Mohd Firdauz bin Shariff, Penolong Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dan En. Jasnie bin Abd Rahman, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSD Tampin.
Pasukan Helang dinobatkan sebagai juara setelah mengetepikan kehebatan Pasukan Rebel (naib juara) dalam pelawanan akhir. Sementara gelaran ketiga disandang oleh pasukan SMKG dan Infinite VC.
Tahniah di ucapkan kepada para pemenang
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 148
