BANGI, 8 Nov 2023 -
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA bil.5 - 2023 telah diadakan di Hotel Tenera, Bangi. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg TS. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.
Turut serta YB Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembangunan Wanita, Kanak - kanak dan Pembangunan Komuniti Negeri Sarawak, YBrs Tuan Haji Abdul Rashid Yaakub Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Megat D Shahriman Zaharudin Pengerusi Majlis Paralimpik Malaysia dan Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Hadir bersama En cik Zul Fadhli bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah dan Encik Shahrizal bin Ramli Pegawai Pembangunan Sukan OKU Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Selain itu, Bengkel Penetapan acara Sukan Para SUKMA XX1 Sarawak 2024 turut berlangsung bermula 8 hingga 10 Nov di lokasi yang sama.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 240
