Seremban,14 Oktober 2023- Telah berlangsung sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kompleks Belia dan sukan Negeri Sembilan.
Sambutan Hari Sukan Negara pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Seremban.
Antara pengisian aktiviti dalam sambutan pada hari ini ialah Senamrobik perdana, batik pelikat fun walk, perlawanan bola sepak remaja, kejohanan badminton 1000 liga, pertandingan catur 1000 liga, pertandingan Taekwondo 1000 liga, mari mncuba Taekwondo, mari mencuba Sky Runner.
Seramai 1200 jumlah penyertaan telah direkodkan bagi semua jenis acara yang diadakan.
Bagi melaksanakan semua aktiviti ini, PBSD Seremban telah dibantu olah rakan strategik daripada Kelab Sukan dan Rekreasi SAR, SMK Dato' Haji Redza, Kelab Kecergasan Energetik Gemilang, SRC Athletic Club, Persatuan Bola Sepak Elite Junior, Persatuan Belia Dinamik Barat, Kelab Sokanden dan Kelab Taekwondo Perang Perwira.
PBSD Seremban mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan strategik kami atas bantuan dan memudahkan perjalanan penganjuran sambutan Hari Sukan Negara 2023 Peringkat Daerah Seremban.
Tidak lupa juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada jemputan khas iaitu Abang Sado Bomba dalam menjalankan acara Cross Fit dan pemeriksaan kesihatan percuma daripada Wellness Hub daripada Pusat Kesihatan Daerah Seremban.
PORT DICKSON, 14.10.2023- Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson pada hari ini. Antara Pengisian program sepanjang program berlangsung adalah Senamrobik, Fun Walk, Pertandingan 3 on 3 Bola Jaring, Pertandingan Street Soccer, Pertandingan Dart 100O Liga, Aerobik W-Fit Community, Mari Mencuba Memanah Tradisional, Pameran Agensi serta Saringan Kesihatan dan juga jualan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Mohd Faizal bin Hj Ramli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi. Turut hadir dalam majlis ini ialah Encik Ahmad Syafiq bin Amin Ketua Penolong Pegawai Daerah, Tuan Hj. Mohd Shohmi bin Abd Halim Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Port Dickson, Encik Nor Fazal Adura bin Nordin Timbalan Pengarah Sokongan (Akademik) Kolej Vokasional Port Dickson, Encik Nurizuan bin Sahar Penolong Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Puan Nurul Ain binti Mohd Zaini Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson dan Ketua Ketua Jabatan serta wakil wakil Ketua Jabatan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Kolej Vokasional Port Dickson yang banyak membantu bagi menjayakan program ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kelab Gymnasium Rakyat Port Dickson yang menjadi rakan strategik dalam melaksanakan program pada tahun ini.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua agensi-agensi dan badan NGO's yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Negara Tahun 2023 Peringkat Daerah Port Dickson ini berjalan dengan lancar. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam usaha untuk membangunkan sukan serta melahirkan masyarakat bersukan di peringkat akar umbi.
Paroi, 11 Oktober 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sembilan 2023 sedang berlangsung.
Sesi pembentangan di sampaikan oleh Puan Zuraidah selaku Pegawai Pembangunan dan Penggalakkan Sukan.
Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara ni, kita nak satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah.
Kita nak menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.
Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif selain daripada dapat memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.
Program ini diperkenalkan dari peringkat sekolah rendah lagi dan ini secara tidak langsung dapat memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi.
JEMPOL - Seramai 40 orang kanak-kanak telah menyertai program KLAS Renang Siri 1 bertempat di RNJ Swimming Academy Bahau pada hari ini. Program Kemahiran Latihan Asas Sukan : Renang (KLAS Renang) ini merupakan inisiatif terkini KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dengan hasrat memberikan pendedahan asas berenang kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dalam kalangan keluarga B40.
ini dijalankan dengan sokongan Persatuan Perenang dan Jurulatih Renang Malaysia (MASWIM) secara PERCUMA.
Daerah Jempol telah menjadi lokasi baharu yang dipilih kali ini. Pemilihan lokasi berdasarkan kawasan yang mencatatkan statistik kes lemas tinggi melibatkan kanak-kanak di Malaysia.
Turut hadir menyaksikan sesi latihan pertama hari ini ialah Encik Safbaryzal bin Abdul Manaf, Pegawai Khas kepada YB Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Hadir sama ialah Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
KLAS Renang Bahau Siri 1 melibatkan 6 sesi keseluruhannya bermula hari ini (setiap Isnin, Selasa dan Rabu) sehingga 18 Oktober 2023 yang akan datang. Membina keyakinan dan kemahiran,
Seremban, 8 Oktober 2023 - Liga Sukan Komuniti peringkat Negeri Sembilan , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah menghantar seramai 2 pasukan untuk Liga Futsal, 2 pasukan untuk Liga Bola Jaring dan 2 pasukan untuk Liga Sepak Takraw bagi mewakili Daerah Seremban.
Pasukan Seremban A dan Seremban B telah berjaya membolot gelaran Johan dan Naib Johan dalam kejohan Liga Sepak Takraw. Manakala dalam kejohanan Bola Jaring pasukan Seremban A telah mendapat gelaran Naib Johan.
PBSD Seremban mengucapkan tahniah kepada semua pasukan. Tidak kira menang atau kalah anda semua telah berusaha sebaik mungkin dan anda semua adalah yang terbaik. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua.
TAMPIN, 8 Oktober 2023 - Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Sembilan 2023 telah berlangsung pada hari ini bertempat di All Stars Futsal, Senawang, Kompleks Dataran Arena Tampin dan SJKC Chung Hua dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan. Kejohanan Futsal, Sepak Takraw dan Bola Jaring telah dimulakan seawal jam 8.45 pagi lagi dengan pendaftaran pasukan Johan dan Naib Johan Daerah, taklimat dan aturcara Kejohanan. Kejohanan ini telah menyaksikan perlawanan hebat dari 14 pasukan yang bertanding merebut hadiah bagi Johan, Naib Johan dan ke-3 sekaligus Johan setiap sukan akan mewakili Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan pada bulan November nanti.
Johan bagi Kejohanan Futsal telah dimenangi oleh Rembau A, naib johan Port Dickson A dan ketiga Tampin A, manakala bagi Kejohanan Sepak Takraw pula johan telah dimenangi oleh Seremban A, naib johan Seremban B dan ketiga Port Dickson A seterusnya bagi Kejohanan Bola Jaring pula menyaksikan Jelebu A menyandang gelaran johan, Seremban A naib johan dan ketiga dimenangi oleh Rembau A.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Encik Wan Mohd Husni bin Abdullah, Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan, Encik Kajuruin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Tn Hj Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Port Dickson.
Manakala Majlis Penyampaian hadiah bagi Kejohanan Futsal di All Stars Futsal telah disempurnakan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Sekalung ucapan tahniah diberikan kepada pasukan Rembau A, Seremban A dan Jelebu A yang akan mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan nanti. Ribuan terima kasih kepada Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan atas penganjuran bersama Kejohanan ini dan barisan pengadil, teknikal dan urusetia yang bertugas dalam menguruskan perlawanan dengan baik dari awal sehingga ke akhir permainan.
Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakkan budaya bersukan di kalangan masyarakat tanpa mengira usia, pangkat, latar belakang, status pekerjaan agar dapat membina budaya hidup yang sihat dan aktif. Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan kita jumpa lagi di perlawanan peringkat kebangsaan nanti. Tahniah dan syabas!
Rembau, 07 Oktober 2023 -Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 Daerah Rembau 2023 telah dijalankan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Permata Bonda, Kg Haji Sulaiman, Rembau.
Program ini telah disertai oleh sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Unit Sukan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
Aktiviti utama yang dijalankan pada program kali ini adalah mengecat premis di samping kerja-kerja gotong-royong lain seperti memotong rumput, mencuci longkang dan menyapu sampah.
Turut hadir pada program hari ini Puan Fairuz Binti Mohamad Nor, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau , Puan Rozidah Binti Adam, Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Permata Bonda, Encik Ahmad Faiq Bin Abdul Shukor, Pegawai Unit Sukan UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau serta kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Permata Bonda .
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program Rakan Muda Mobilisasi SATRIA Peringkat Daerah Rembau Siri 2/2023 ini. Diharapkan segala kerjasama yang baik ini akan dapat diteruskan lagi di masa-masa yang akan datang.
Gemas, 7 Oktober 2023 – Usaha memperkasakan tahap ekonomi golongan muda terutamanya di luar bandar dengan memberi pendedahan berhubung inisiatif pemerkasaan ekonomi sama ada dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan menjadi sandaran utama penganjuran Jelajah Genta Belia Peringkat Daerah Tampin Tahun 2023. Lebih kurang 580 orang terdiri daripada usahawan belia, pameran agensi, peserta aktiviti, pengunjung luar dan tempatan hadir memeriahkan program ini di Dewan Orang Ramai Felda Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan.
Program yang bertujuan meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti ekonomi serta meningkatkan keupayaan dan daya saing belia ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin dan Pejabat Felda Jelai 2. Antara pengisian utama bagi jelajah ini adalah aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat keusahawanan serta ekonomi, jualan komuniti belia berkonsepkan segmen mini dan aktiviti sampingan berbentuk permainan interaktif serta hiburan. Bagi merealisasikan objektif program, para usahawan di bawah bimbingan dan seliaan Pejabat Pertanian Daerah Tampin, Pejabat FAMA Daerah Tampin, Pejabat MARA Daerah Tampin, Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin, Kami Anak Felda (KAF) dan usahawan muda setempat telah diundang bagi berkongsi pengalaman seterusnya mengadakan jualan produk.
Selain itu, kerjasama erat antara agensi seperti Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat Penerangan Daerah Tampin, Pejabat Pendidikan Daerah Tampin, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Tampin, Pejabat Rela Daerah Tampin, Kolej Komuniti Tampin, Ar Rahnu Gemas, Majlis Belia Felda Malaysia Kawasan Tampin, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Daerah Tampin, Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Tampin, Angkatan Belia Islam Malaysia Tampin, Syarikat Adabi Sdn. Bhd dan sebagainya turut menyumbang kepada kejayaan program ini.
Jelajah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin yang memenuhi undangan Majlis Belia Daerah Tampin bagi acara pelepasan Ladies Color Fun Run seterusnya bersama menyemarakan aktiviti yang lain iaitu jualan ekonomi belia, pameran agensi kerajaan dan swasta, pemeriksaan kesihatan, pertandingan memasak tajaan Syarikat Adabi Sdn.Bhd, Sembang Santai Bersama Belia dan Pertandingan Karaoke Belia Idol.
Turut hadir, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pn. Hartini binti A.Jabbar, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan strategik diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Semoga semangat seumpama ini dapat diteruskan lagi pada program yang mendatang.
Syabas dan tahniah diucapkan.
Seremban 5 Oktober 2023 - Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) Fasa 2, Siri 1 telah bermula pada 5 Oktober 2023 dan akan berakhir pada 14 Oktober 2023.
KLAS yang diadakan selama 6 sesi ini melibatkan 40 peserta telah terpilih mengikuti KLAS Renang berdasarkan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama MASWIM dan RNJ Swimming Academy Rasah Kemayan, Negeri Sembilan.
Peserta adalah terdiri daripada anak-anak berumur 6 hingga 12 tahun yang tidak ada asas renang. Pakaian renang, goggles dan penyertaan percuma menambah lagi keseronokan peserta yang rata-rata kali pertama datang menghadiri latihan renang pada kali ini.
Diharapkan dengan adanya program ini dapat menambah kemahiran anak-anak di sekitar Seremban dalam usaha KBS untuk mengelakkan kejadian lemas berlaku samada semasa kejadian banjir ataupun berada di kolam mandi.