Tampin, 9 September 2023 -
Kehangatan program Rakan Muda melalui koordinasi SATRIA atau lebih dikenali sebagai Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia diteruskan lagi bagi siri kedua pelaksanaannya pada hari ini. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin mengambil inisiatif bekerjasama dengan SK Tunku Besar Tampin bersempena Program Gotong Royong Madani sekolah berkenaan.
Seramai 40 peserta dikalangan belia sekitar umur 16 hingga 25 tahun telah terlibat dalam aktiviti menceriakan dengan mengecat tembok dan tayar, menyimen laluan pejalan kaki, pengemasan bilik stor dan penyusunan batu bata.
Program ini turut disertai oleh Tuan Hj. Hanafi bin Deris, Guru Besar SK Tunku Besar. Turut hadir Tuan Hj. Md. Yusri bin Md. Said, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SKTBT, Encik Rozaini bin Hasbullah YDP PIBG SKTBT, Puan Salwah binti Sharif Penyelaras Program, Puan Sukmah binti Hj. Hassan Pegawai Rakan Muda PBSD Tampin dan guru-guru serta ibu bapa yang hadir.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program pada kali ini. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
Jempol | 7 September 2023 - Mutakhir ini, masalah sosial dalam kalangan remaja berada pada tahap yang amat membimbangkan dan hampir setiap hari pasti akan ada sahaja berita mengenai salah laku yang seakan tiada penghujungnya. Menyedari hakikat ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin telah berkolabrasi atas dasar tanggungjawab rentas agensi kerajaan telah menganjurkan Program Intervensi Sosial Dari Belia Untuk Belia (Y2Y) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin .
Seramai 100 orang termasuk peserta, penceramah, fasilitator dan jurulatih telah menjayakan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di Kompleks Rakan Muda Jempol. Peserta terdiri daripada pelajar 14 buah sekolah sekitar daerah Tampin telah didedahkan dengan pelbagai bentuk latihan termasuklah sesi ceramah, latihan pemantapan kendiri, latihan dalam kumpulan dan konsep kepimpinan dalam konteks remaja atau belia.
Pengisian program ini dilihat mampu mencapai objektif utama iaitu memantapkan sahsiah dan identiti diri serta pembentukan karakter kepimpinan belia. Selain itu, memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta berkaitan risiko keterlibatan dalam masalah sosial.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Alias bin Abd Samad, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin. Turut hadir Tuan Haji Muhammad Badron bin Othman, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab Latif, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Zarif Asyraf bin Norazmi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan komitmen dan kerjasama sepanjang program ini berlangsung. Semoga ianya dapat diteruskan di masa akan datang demi pembangunan belia di Daerah Tampin khususnya.
Syabas dan tahniah diucapkan.
SEREMBAN, 1 SEPTEMBER 2023– Program KLAS Renang ( Kemahiran Asas Sukan Renang ) Siri Khas OKU menutup tirai pada hari ini dengan melibatkan penyertaan seramai 20 orang bertempat di RNJ Seremban.
Program Klas Renang telah dilaksanakan sebanyak 10 sesi bermula 9 Ogos dan berakhir 1 September 2023. Peserta-peserta ini adalah golongan OKU yang terdiri daripada pelajar Taman Sinar Harapan, Tunku Ampuan Najihah dan PPDK Intervensi Awal Bandar Seremban.
Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Negeri Sembilan yang banyak membantu dan sentiasa memberi sokongan padu dalam kejayaan program ini.
Diharapkan dengan program KLAS Renang ini akan menjadikan para peserta lebih mahir berenang dan mampu menyelamatkan diri jika berada di situasi air yang dalam ataupun banjir. Semoga para peserta mampu mengaplikasikan pembelajaran ini pada masa-masa yang diperlukan.
31 Ogos 2023, SEREMBAN, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSN9) turut menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang MBS Seremban.
Kontinjen JBSN9 disertai seramai 50 orang kakitangan termasuk Ibu Pejabat dan PBSD antara 5000 orang peserta perbarisan dari agaensi kerajaan dan swasta telah menjadi pelengkap kepada sambutan hari kebangsaan kali ini. Ribuan penonton telah mula hadir seawal jam 5.00 pagi di tempat sambutan dan bersorak tanda sokongan mereka kepada semua kontinjen perbarisan melintasi penonton.
DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir mencemar duli ke sambutan hari kebangsaan kali ini. Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah JBSN9 turut hadir memberi sokongan bersama ketua-ketua jabatan agensi kerajaan persekutuan dan negeri yang lain.
Semoga Malaysia terus maju, makmur dan sejahtera ???
Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan! JBSN Bersama ??
#TeamKBS #TeamJBSN #jbsn9 #JBSNBersama #MalaysiaMADANI
28 Ogos 2023
? KOMBES Paroi
Alhamdulillah, selesai menghadiri sesi taklimat bersama Pengarah JBS Negeri Sembilan & Pengarah APBM yang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Sembilan.
Sesi taklimat ini adalah bagi tujuan pembentangan mengenai Misi, Visi, Objektif dan Fungsi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dalam pembangunan belia khususnya di Negeri Sembilan.
Semoga dengan sesi yang telah dilaksanakan ini, pentadbiran JBS & APBM Negeri Sembilan dapat meneruskan dan mempertahankan kecemerlangan yang telah dicapai ??.
#palongkitopunyo
#KitaGerakBersama
#BersihMuafakatSejahtera
JBS Negeri Sembilan
Salam Perjuangan
YB PAK MUS
EXCO Pembangunan Belia & Sukan
ADUN Kawasan Palong
KUALA PILAH, 26 Ogos 2023- Telah berlangsung Program Bengkel Intensif Muzik Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Bilik Kuliah Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Pelaksanaan program Rakan Muda Rakan Muzik ini diteruskan lagi ke venue kedua iaitu di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah bermula dari jam 3.00 petang dan berakhir jam 7.00 petang. Program ini mendapat kerjasama yang baik dari Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Menariknya bengkel kali ini pihak penganjur berjaya mencungkil bakat baharu seramai empat orang peserta dalam bidang nyanyian dan seorang peserta dalam bidang alat muzik dan mencipta lagu baharu yang mana bakat-bakat baharu ini boleh diketengahkan le peringkat yang lebih tinggi.
Program turut dihadiri oleh En. Mohd Zul Fadli bin Ahmad
Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Ayub bin Abd Majid Pengerusi Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).
Semoga dengan pelaksanaan program bengkel ini dapat diteruskan pada masa-masa akan selanjutnya dapat melahirkan pelapis-pelapis baharu dalam Industri Muzik negara.
SEREMBAN, 26 Ogos 2023- Telah berlangsung Program Bengkel Intensif Muzik Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Bilik Serbaguna KOMBES Negeri Sembilan.
Venue pertama program Rakan Muda Rakan Muzik ini telah bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.
Program ini mendapat kerjasama yang baik dari Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
Antara pengisian bengkel ini adalah memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenali bakat, alat muzik dan vokal, ketahui cara cipta lagu dengan mudah, set up home studio, lindungi hakmilik lagu dan rakaman, pasar lagu ke digital streaming platform seluruh dunia dan penjenamaan, promosi dan pembinaan rangkaian.
Program turut dihadiri oleh En. Mohd Zul Fadli bin Ahmad Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Ayub bin Abd Majid Pengerusi Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemarakkan lagi keghairahan dan meningkatkan rasa kecintaan para peserta dalam industri muzik tanah air serta menjadi pelapis kepada negara dalam Industri Muzik tanah air.
Telah berlangsung Kejohanan Futsal Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jelebu 2023 bertempat di Gelanggang Futsal Kg. Peradong dengan kerjasama Kelab Bola Sepak JD United.
Program telah dimulakan seawal 8.45 pagi dengan pendaftaran setiap pasukan, taklimat dan aturcara program serta pembahagian kumpulan perlawanan.
Program ini telah menyaksikan perlawanan hebat dari 18 pasukan yang bertanding merebut hadiah Johan, Naib Johan dan ke-3
Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan AM LEGACY, manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan THE MAGIC seterusnya tempat ke-3 adalah pasukan dari SAUCHIN.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurulhaizan binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Turut hadir sama adalah Encik Mohd Eddy Erman Bin Razali Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak JD United.
Ribuan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak JD United dan pengadil bertugas yang menguruskan perlawanan dengan baik dari awal sehingga ke akhir permainan.
Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakan budaya bersukan seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kita jumpa lagi di perlawanan peringkat negeri nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.
26 Ogos 2023 ( Sabtu ) Kuala Pilah - Telah berlangsung *Program Liga Sukan Komuniti (LSK) : Futsal Peringkat Daerah Kuala Pilah 2023* bertempat di Kompleks Rakan Muda, Kuala Pilah.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Persatuan Bola Sepak Kuala Pilah.
Program ini disertai sejumlah 32 Pasukan ( 450 orang ) yang terdiri daripada peminat dan aktivis sukan Futsal dalam daerah Kuala Pilah.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh : En. Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan - Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Upacara penutup (penyampaian hadiah) disebelah petang pula oleh En. Zul Fadli Bin Ahmad - Pegawai Pembangunan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan Sambil Diiringi Oleh En. Mohd Nizam bin Hj. Miun - Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.
Turut hadir dikejohanan ini ialah En.Khusyairi bin Zainal, En. Izhar bin Kamis, En. Syaiful Azlan bin Abdul Jalil, (daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah),
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menyemarakkan lagi semangat kesukanan serta membudayakan masyarakat yang cergas dan sihat diseluruh komuniti dalam Daerah Kuala Pilah dan Negeri Sembilan.
Disediakan oleh : Team Media PORT DICKSON
Disunting oleh : Team Media JBSNS