30 Julai 2023 | Ahad
Tampin - Penganjuran Cabaran Trans Naning Ultra NS Siri 2023 berjaya menarik seramai 399 pelari denai dari seluruh pelusuk tanah air dan lebih membanggakan lagi adalah penyertaan 22 peserta dari 10 negara luar.
Berlangsung selama tiga hari mulai 27 Julai 2023 ini merupakan anjuran bersama Lembaga Pelancongan N. Sembilan, Majlis Daerah Tampin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin serta disokong rapat oleh Jabatan Perhutanan N. Sembilan, Himalaya Sports, Malatra Events Sdn. Bhd dan Checkpoint Spot. Sambutan penyertaan luar biasa ini
mempertaruhkan 6 kategori iaitu Legend, Challenger, Ultra, Classic, Highway To Hell dan King of Mountain serta dipecahkan kepada 3 peringkat umur lelaki dan wanita.
mempertaruhkan 6 kategori iaitu Legend, Challenger, Ultra, Classic, Highway To Hell dan King of Mountain serta dipecahkan kepada 3 peringkat umur lelaki dan wanita.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir menyerikan majlis, YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, Ahli Parlimen Tampin, Tuan Mohd Fahil bin Hassan, YDP Majlis Daerah Tampin, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Ketua-Ketua Jabatan peringkat negeri dan daerah.
Disediakan oleh : Team Media TAMPIN
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 197








