- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 183
PROGRAM BACAAN YASSIN DAN TAZKIRAH RAMADAN WARGA KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
JEMPOL, 31 Mac 2023 - Telah berlangsung Program Bacaan Yasin & Tazkirah Ramadan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol dengan kerjasama Jawatankuasa Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol. Majlis keagamaan ini berlangsung di Bilik Mesyuarat KRM Jempol.
Bacaan Yassin dan Tazkirah Ramadan dipimpin oleh Encik Osman bin Ibrahim mewakili Jawatankuasa Surau KRM Jempol. Turut hadir ialah Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Para pegawai dan kakitangan PBSD Jempol, kakitangan syarikat Pembersihan dan Keselamatan KRM Jempol.
Majlis Bacaan Yasin dan Tazkirah Ramadan bermula pada pukul 8.45 pagi. Program kali ini dilaksanakan bagi mengimarahkan lagi aktiviti di bulan Ramadan.
Semoga dengan penganjuran program keagamaan ini dapat merapatkan hubungan silaturahim dan meningkatkan amalan yang berterusan, InshaAllah.

Disediakan oleh : Team Media JEMPOL
Disunting oleh : Team Media JBSNS

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 183







