- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 126
KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2023
9 Mac 2023, Kuala Pilah - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Negeri Sembilan selama 4 hari bermula 6 Mac 2023 sehingga 9 Mac 2023 bertempat di Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (Kem PUSAKO). Antara objektif kursus ini adalah meningkatkan kemahiran peserta program KBS menerusi latihan upskilling dan reskilling yang dapat memberi peluang mengembangkan kerjaya pada masa hadapan.
Seramai 38 orang peserta yang telah berjaya menjalani kursus asas SATRIA ini yang dijalankan selama 4 hari ini dengan pengisian sebanyak 15 slot beserta 11 orang penceramah dari pelbagai agensi, antaranya NADMA, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia, UPM, iLEAD, NGO dan dari KBS sendiri. Kursus ini juga melibatkan Jurulatih daripada Kem PUSAKO bagi mengendalikan aktiviti kayak dan juga river crossing.
Majlis disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Puan Dhalia Evelyn Lamjin, Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Encik Khairul Anwar bin Kamarudin, Pegawai Unit Pembangunan Khidmat Dalam Komuniti, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Encik Nor Rashidi bin Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Syabas diucapkan kepada semua peserta Kursus Asas SATRIA Peringkat Negeri Sembilan 2023, anda semua adalah UNSUNG HERO kepada masyarakat.
Disediakan oleh : Team Media RAKAN MUDA
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 126







