Tampin , 8 Januari 2023 -Telah berlangsung Program Kayuhan Silaturrahim ACC 2023 anjuran Kelab Berbasikal Adrenaline (ACC) dengan kerjasama Majlis Daerah Tampin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Seramai 85 peserta memulakan kayuhan dari Taman Rekreasi Tampin melalui Pekan Air Mawang menuju Batu Maloi sebelum kembali ke tempat pelepasan melalui Taman Desa Permai.
Kayuhan sejauh 33KM ini diadakan sebagai salah satu aktiviti tahunan kelab bagi mengeratkan lagi hubungan antara pengiat sukan berbasikal di daerah ini. Turut hadir dan menyertai kayuhan ialah En. Zahari bin Md Afandi Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Saiful Adly bin Hj. Abd Wahab Presiden Persatuan Berbasikal Daerah Tampin (TCA) dan En. Jelavadin bin Mohd Shariff Pengerusi Kelab Berbasikal Adrenaline (ACC).
Disediakan oleh : Team Media TAMPIN
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 137
