- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 124
MESYUARAT PENGURUSAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN BIL. 1/2023
SEREMBAN, 23 Februari 2023 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBS Negeri Sembilan) telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan bil. 1/2023 bertempat di Bilik Mesyuarat aras 1, JBS Negeri Sembilan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah, JBS Negeri Sembilan dan turut hadir ialah semua Pengurusan Tertinggi jabatan, semua Penolong Pegawai Belia dan Sukan serta Pembantu Belia dan Sukan di Bahagian Pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda.
Manakala kakitangan dari Bahagian Pentadbiran yang hadir adalah Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir (Kewangan), Pembantu Tadbir (P/O), Pegawai Khidmat Pelanggan, Pemandu Kenderaan. Mesyuarat juga turut menjemput kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Kompleks Belia dan Sukan Paroi (KOMBES).
Mesyuarat diadakan adalah bertujuan untuk menyampaikan amanat tahun baharu 2023 oleh Pengarah di samping membincangkan hal-hal berkaitan pentadbiran dan pengurusan jabatan seterusnya memastikan tadbir urus JBS Negeri Sembilan berjalan dengan lancar serta mematuhi segala garis panduan serta peraturan yang berkuatkuasa.
Semoga semua warga JBS Negeri Sembilan dapat memanfaatkan amanat serta segala keputusan yang telah dibincangkan dalam mesyuarat yang diadakan secara berkala ini sebagai satu wadah dalam memperkasakan lagi JBS Negeri Sembilan ke arah yang lebih cemerlang di masa akan datang.
Disediakan oleh : Team Media PENTADBIRAN
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 124
