- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 134
SANTAI REMBAU YOUTH RIDER' SEMPENA AMBANG HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2023
Rembau , 14 Mei 2023 - Menjelang Sambutan Hari Belia Negara yang disambut pada tanggal 15 Mei setiap tahun, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rembau telah menjalankan satu program 'Santai Rembau Youth Rider' sempena Ambang Hari Belia Negara Peringkat Daerah Rembau 2023.
Program yang telah dijalankan ini adalah berkonsepkan Konvoi Bermotor secara santai ke lokasi - lokasi startegik Pembangunan Belia di Daerah Rembau dan telah disertai seramai 50 orang peserta dikalangan Belia di daerah Rembau. Selain itu, agensi-agensi Kerajaan yang lain juga seperti Jabatan Penerangan, Kolej Komuniti Rembau, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama melibatkan diri dalam menjayakan program.
Konvoi bermotor yang diiringi Pasukan Trafik IPD Daerah Rembau ini telah memulakan pelepasan di Rembau Youth Centre, di Bawah Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau menuju ke Gelanggang Muay Thai Di Kota, Jom Ngaji di Astana Raja , Muzium Raja Melewar dan berakhir di Masjid Tanah,Chembong.
Antara pengisian lain pada program ini adalah program JIWA daripada Jabatan Penerangan Daerah Rembau, sesi taklimat penyalahgunaan dadah daripada AADK Daerah Rembau, Bengkel Penyelenggaraan Motorsikal dianjurkan oleh IKTBN Chembong dgn Kerjasama bahagian Rakan Muda JBSN Negeri Sembilan ,hebahan sambutan hari belia negara peringkat kebangsaan, pertunjukkan seni mempertahankan diri Muay Thai dan Cabutan Bertuah peserta konvoi.
Majlis Perasmian yang berlangsung pada jam 9.45 Pagi di Gelanggang Bullet Muay Thai telah disempurnakan oleh En Zul Fadhli Bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan . Turut hadir sama Puan Marlini,Pegawai Penerangan Daerah Rembau, Puan Nor Athirah Hanis Binti Dato' Baharudin Pegawai AADK Rembau , Puan Merhayati Binti Sipon Pengarah Kolej Komuniti Rembau , Puan Fairuz Binti Mohamad Nor Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau dan En Mohamad Faries Faisal Bin Shamsul Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau.
Pihak penganjur mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah terlibat menjayakan program pada hari ini . Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak PBSD dan agensi - agensi kerajaan yang lain di samping dapat memberi pendedahan akan peluang kepada golongan belia di daerah Rembau khususnya untuk memajukan diri.
Disediakan oleh : Team Media REMBAU
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 134








