- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 135
KEJOHANAN SEPAK TAKRAW LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2023
JEMPOL, 19 Ogos 2023 - Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Daerah Jempol 2023 bertempat di Dewan Terbuka,KRT Taman Kasih Putera,Bahau. Kejohanan ini telah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan pendaftaran setiap pasukan. Kejohanan ini telah membabitkan 24 buah pasukan yang berentap untuk mendapatkan kejuaraan LSK buat julung kalinya diadakan pada tahun ini.
Johan bagi kejohanan ini telah dimenangi oleh pasukan Ayam Penyet C, manakala naib johan telah dimenangi oleh pasukan Ayam Penyet E seterusnya tempat ke-3 adalah pasukan dari Ayam Penyet A.Kejohanan ini diserikan lagi dengan kehadiran En. Zul Fadhli Bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan semasa kejohanan sedang berlangsung. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mahadir Bin Darahi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Persatuan Sepak Takraw Daerah Jempol (Prestij) dan ahli jawatankuasa teknikal serta pengadil yang menguruskan kejohanan ini dengan baik.Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kita jumpa lagi di perlawanan peringkat negeri nanti. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan dapat membudayakan masyarakat yang aktif bersukan.
#teampbsdjempol #teamjbsns #teamkbs #rakanmudaaktif #malaysiamadani- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 135

