SEREMBAN,26 September 2023 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Sesi Penilaian Peserta Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Seramai 26 Peserta Emas dari Negeri Sembilan yang layak di nilai pada sesi penilaian tahun ini. Antara komponen yang dinilai adalah kemahiran, rekreasi fizikal, khidmat masyarakat, penjelajahan lasak dan projek penempatan emas.
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua peserta. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua Peserta Emas ARPRM Negeri.
Seremban, 23 September 2023 - Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2023 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan meriahnya pada 22-23 September 2023 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES) Paroi.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj. Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan pada 22 September 2023 (Jumaat) jam 8.30 malam bertempat di Ballroom KOMBES, Paroi. Turut hadir majlis perasmian tersebut YB. Tuan Haji Mustapha bin Nagoor Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Yang Berbahagia Dato Mohd Zafir bin Ibrahim Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Saudara Mohd Fairos bin Rusli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, para panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang sambutan ini berlangsung antaranya Pertandingan Kebudayaan Madani Malaysia, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah, Pertandingan _Street Soccer_, Kursus Asas Kompang, _Skill For Life_, Tukar Minyak Enjin Percuma, Kursus Sukarelawan, Mari Mencuba dan Pameran Agensi, Pameran/Jualan Hot Wheels. Sambutan tahun ini di anjurkan oleh Majlis Belia Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan dengan kerjasama agensi/persatuan bagi setiap acara/aktiviti.
Seremban, 22 September 2023 - Telah berlangsung Majlis Penganugerahan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2023 Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri dan kategori Individu Belia Negeri Lelaki dan Wanita bertempat di Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri sembilan. Majlis penganugerahan ini diadakan adalah untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembangunan belia di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Pertubuhan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 telah dinobatkan Johan bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri manakala Naib Johan dianugerahkan kepada Persatuan Belia Hindu (HYO) Teluk Kemang.
Johan bagi kategori Individu Belia Lelaki dianugerahkan kepada saudara Mohamad Faries Faizal bin Shamsul dan Johan kategori Individu Belia Wanita pula adalah saudari Nurulazma Shafiqa binti Khairul Azhar. Naib Johan bagi kedua-dua kategori masing-masing dianugerahkan kepada saudara Abdul Akif bin Rahim dan saudari Sharmila Devi A/P Ramesh. Tempat ketiga bagi kategori individu lelaki dianugerahkan kepada saudara Muhammad Qayyum bin Abd Jalil manakala bagi kategori individu wanita pula adalah saudari Putri Nur Alia Balqis binti Nazaruddin.
Anugerah kepada pemenang telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut mengiringi beliau Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Haji Nagoor Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Bahagian Pembangunan Belia Encik Mohd Uzaini bin Mohamad Sani, En. Zul Fadhli Bin Abd Aziz Pengarah JBSNS, dan En. Fairos Bin Rosli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan. Majlis penganugerahan tersebut bermula pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam dan seramai 300 orang tetamu yang turut hadir bersama. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang APBN Tahun 2023 Peringkat Negeri Sembilan, Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat buat golongan belia di seluruh Negeri Sembilan.
Tampin, 23 September 2023 - Pertandingan Bola Sepak 9S Jelajah R2FC pada hari ini berjaya menghimpunkan sebanyak 24 pasukan bukan sahaja dari negeri ini. Kejohanan di bawah program Dana Sukan Komuniti Kementerian Belia dan Sukan ini berjaya menarik penyertaan dari dua negeri jiran di selatan tanah air dan kelab amatur dari Lembah Klang.
Kejohanan anjuran Kelab Bola Sepak R2 Tampin ini mendapat kerjasama dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin. Selain Stadium Mini Tampin, padang bola sepak SK Tunku Besar Tampin juga menjadi medan pencarian sang juara. Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan diiringi oleh En. Roban Ramachandram, Pengerusi Kelab R2FC.
Johan disandang oleh Team PSKK (Klang) yang berjaya menewaskan KBRSA (Shah Alam) melalui penentuan sepak penalti setelah terikat seri 1 - 1 dalam masa penuh perlawanan. Sementara tempat ketiga bersama dikongsi oleh Team Feeto Football Club (Cheng, Melaka) dan Team Fireball FA (Port Dickson). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding. Sehingga bertemu kembali pada Kejohanan Grassroots 9S U12/U10/U8 pada 14 Oktober nanti sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2023 Daerah Tampin yang mana menyaksikan 80 pasukan telah mengesahkan penyertaan.
SEREMBAN, 19 September 2023 - Satu perjumpaan dan pertemuan ringkas telah diadakan oleh Team PBSD Jempol bersama YB Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan, Tuan Hj. Mustapha Nagoor pada hari ini. Dalam kesibukan rutin hariannya yang juga merupakan ADUN Kawasan Palong itu, team kami sempat berjumpa dengan beliau yang lebih selesa dan mesra dengan panggilan 'Pak Mus' di kalangan anak muda.
Agenda perbincangan kami adalah mengenai pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di daerah Jempol pada tahun ini termasuklah program Rakan Muda nafas baharu.
Antara program terdekat di peringkat Daerah Jempol ialah Hari Sukan Negara (HSN2023) pada 14 Oktober ini dan Jelajah Genta Belia pada 28 Oktober akan datang. YB Exco juga turut mencadangkan beberapa program Gaya Hidup Rakan Muda untuk dilaksanakan pada bulan November dan Disember akan datang dengan melibatkan penyertaan belia muda dan komuniti setempat serta kolaborasi bersama pelbagai agensi. Semoga program-program yang dibincangkan hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kelak.
JEMPOL, 16 September 2023 - Satu perjumpaan dan sesi perbincangan ringkas telah diadakan bersama Team Dr Chess Club pada hari ini. Agenda perbincangan adalah perancangan untuk menganjurkan program 1,000 Liga (Catur) Peringkat Daerah Jempol 2023 pada 29 Oktober 2023 akan datang.
Selain itu, satu lagi program besar bakal dilaksanakan kelak iaitu Kejohanan Catur Terbuka Bahau dijangka tarikh pelaksanaannya pada 11.11.2023. Menurut Presiden Dr Chess Club, Dr Aimi Nazri dijangka 500 sasaran penyertaan bagi program tersebut dengan tawaran hadiah yang hebat.
Semoga program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan jayanya kelak.
JELEBU, 24 September 2023 - Telah berlansung Program Indah Pusara bersama Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Siri 2 peringkat Daerah Jelebu bertempat di Kampung Rambai Baris, Kampung Ulu Klawang.
Program yang dilaksanakan pada hari ini memfokuskan kepada pembersihan kawasan Perkuburan dan Surau Kg Rambai Baris . Program yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jelebu dan Persatuan Belia MBFM Felda Pasoh 4 ini turut dijayakan dengan kerjasama Madrasah Tahfiz Yamin dan MPKK Kg Ulu Klawang ini telah disertai oleh 70 orang peserta yang terdiri daripada Pelajar Madrasah Tahfiz Yamin dan juga penduduk kampung setempat.
Program yang turut dihadiri oleh Encik Nordin Sulaiman, Pengerusi MPKK Kg Ulu Klawang ini diakhiri dengan Majlis Tahlil dan penyampaian Sumbangan Lampu Solar untuk pencahayaan Kawasan Tanah Perkuburan.
Setingi- tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat secara lansung ataupun tidak lansung dalam menjayakan program pada kali ini.
SEREMBAN, 24 September 2024 - Program Advokasi Anti Rasuah Persatuan Sukan Negeri Sembilan telah berlangsung di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Program ini adalah anjuran Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan (SPRM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Program ini disertai oleh wakil pengurusan tertinggi dari 41 buah Persatuan Sukan Negeri Sembilan.
Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Haji Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir Yang Berbahagia Dato’ Haji Sabuddin bin Haji Sani, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan, Tuan Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Yasmin Azura binti Yahya, Timbalan Pengarah Pencegahan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan.
Objektif program ini adalah bagi menerap kefahaman mengenai usaha-usaha kerajaan dan SPRM secara umumnya ke arah usaha mencegah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam persatuan sukan. Selain itu, program ini dapat mewujudkan jaringan sumber antara Pengurusan Tertinggi Persatuan Sukan Negeri Sembilan yang terlibat sekaligus dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membenci rasuah dalam kalangan Persatuan Sukan Negeri Sembilan.
Antara pengisian program ini adalah Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh semua Pengurusan Tertinggi Persatuan Sukan Negeri Sembilan, Tayangan Montaj dan Ceramah Rasuah Dalam Persatuan Sukan dan Pengurusan Dana Sukan oleh SPRM dan slot perkongsian Iktibar oleh Coach Yusarman bin Yusof
Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
Tampin, 23 September 2023 - Program Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Daerah Tampin 2023 diteruskan lagi pada hari ini. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin selaku penyelaras koordinasi bagi siri ketiga ini telah berkerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Tampin dengan menggerakkan seramai 40 sukarelawan dari SMK Tunku Besar Tampin dalam membantu kelancaran dan pengurusan acara sempena Program Transformasi Pendidikan & Hari Terbuka PPD Tampin.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Tuan Veerapan A/L Supermaniam, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap ADUN Kawasan Repah. Turut hadir Tuan Hj. Muhammad Badrun bin Othman, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Tuan Hj. Mohd Fauzi bin Mansor, Penyelaras Program, Puan Rashidah binti Othman, Setiausaha Program, En. Jasnie bin Abd Rahman dan Pn. Sukmah binti Hj. Hassan dari PBSD Tampin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program pada kali ini. Semoga dengan kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.