Port Dickson, 6 Oktober 2023 - UNITI VILLAGE Tanjung Agas telah berlansung program Klinik Bela Diri Wanita.
Program ini telah dilaksanakan bersama Sekretariat Rakan Muda Kolej Uniti manakala tenaga pengajar dari Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba.
Antara objektif utama program ialah menyediakan platform untuk meningkatkan keselamatan wanita dan juga menawarkan pilihan komprehensif kepada wanita untuk mengenali serta mencegah keganasan.
Program telah disertai seramai 40 orang pelajar wanita dari Sekretariat Rakan Muda Kolej Uniti bersama 3 orang jurulatih dari Kelab Silat Seni Gayong Warisan Purba. Majlis penyampaian sijil penyertaan dan juga penghargaan telah disempurnakan oleh En.Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Yakin Boleh, PBSDPD Bersama
Port Doickson, 6 oktober 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Port Dickson dan Sekretariat Rakan Muda Kolej Uniti telah menganjurkan program Intervensi Sosial dari Belia untuk Belia Y2Y Peringkat Daerah Port Dickson melibatkan seramai 195 orang peserta.
Sesi ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Anuar bin Zulkifli dari AADK Daerah Port Dickson dan juga Inspektor Fatiha Nur binti Hamidus dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Port Dickson. Program ini memberi penekanan kepada kesedaran serta bahaya penyalahgunaan dadah serta pengetahuan berkaitan aktiviti-aktiviti jenayah.
Majlis telah disempurnakan oleh En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan En. Shazwan Shaari dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Uniti Tanjung Agas Port Dickson. Semoga semua peserta yang terlibat dapat mengambil manfaat dari ceramah yang disampaikan.
PASOH, 4 Oktober 2023 – Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 telah menerima kehadiran panel bagi sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 bagi kategori Pertubuhan Belia bertempat di Felda Pasoh 04 bermula jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang. Antara panel penilai yang turut hadir dalam menjayakan sesi penilaian ini adalah Tuan Haji Hasnata bin Hasan selaku ketua panel, Dr.Haji Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee panel penilai 1 dan saudara Mohd Fairos bin Rusli panel penilai 2.
Antara aktiviti yang dilaksanakan bagi sesi penilaian kali ini adalah pembentangan bagi program-program yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04. Selain itu, panel-panel juga telah dibawa melawat ke tempat-tempat penjanaan ekonomi di Felda Pasoh 04 yang dikendalikan oleh ahli-ahli Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 seperti kolam penternakan ikan talapaia merah, ladang penanaman buah jambu dan kandang penternakan landak.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 atas kejayaan mewakili Negeri Sembilan dalam Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2023 Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Pertubuhan Belia. Semoga dengan pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada pertubuhan belia yang lain dalam Negeri Sembilan khususnya untuk lebih berdaya saing dan membawa nama pertubuhan masing-masing ke peringkat tertinggi.
Jelebu, 2 Oktober 2023 - Yang Berhormat Tuan Haji Mustapha bin Haji Nagoor Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan ke Felda Pasoh 04, Jelebu diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Junaine binti Mohamad dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Puan Nurulhaizan binti Abd Karim. Lawatan ini merupakan sebahagian dari persiapan sesi penilaian untuk Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 yang akan bertanding di Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat kebangsaan pada tahun ini.
Lawatan ini diadakan adalah untuk memberi khidmat nasihat dan menambahbaik aktiviti - aktiviti penjanaan ekonomi yang diusahakan oleh belia - belia setempat di Felda Pasoh 04 khususnya. Semoga berjaya diucapkan kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Pasoh 04 untuk meraih keputusan yang terbaik selalu wakil Negeri Sembilan bagi calon APBN tahun 2023 Peringkat Kebangsaaan Kategori Pertubuhan.
SEREMBAN, 27 September 2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (Bil. 2/2023) telah diselaraskan oleh Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS) pada 27 September 2023. Pengarah JBS Negeri Sembilan, Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz telah mengetuai Bacaan Ikrar Rukun Negara serta menyampaikan amanat dalan Perhimpunan Mesra Bulanan tersebut.
Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua team jabatan atas kejayaan bagi penganjuran semua program Belia, Sukan dan Rakan Muda di peringkat Negeri dan Daerah termasuk jalinan kerjasama baik dengan pelbagai agensi di peringkat negeri dan daerah.
Antara program besar jabatan pada tahun ini ialah
:
- Jelajah Rakan Muda Edisi Negeri Sembilan yang dihadiri oleh YB Menteri Belia dan Sukan.
- Jelajah Fit Malaysia Negeri Sembilan yang berjaya mencapai sasaran penyertaan seramai lebih 12,000 penyertaan.
- Majlis Perasmian Hari Belia Negara dan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan
- Pelaksanaan Program Liga Sukan Komuniti di setiap Daerah bagi Kejohanan Sepak Takraw, Bola Jaring dan Futsal
- Program Ambang HBN 2023 di setiap Daerah juga telah berjaya dilaksanakan dan acara kemuncak Sambutan HBN Peringkat Kebangsaan tahun ini juga turut dilaksanakan di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri.
Pada perhimpunan kali ini turut diadakan Majlis Perpisahan pegawai dan kakitangan jabatan iaitu YB Encik Suhaimi bin Aini dan Puan Dinar Norshamsinar binti Mesdi. Tuan Pengarah juga turut menyampaikan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dan meraikan Sambutan Hari Ulang Tahun Kelahiran para pegawai dan kakitangan JBS Negeri Sembilan. Turut hadir Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah (Belia), Encik Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah (Sukan), Encik Mohd Zul Fadli bin Ahmad Pegawai Rakan Muda dan Encik Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, YDP Kelab WARIS.
PORT DICKSON, 30 SEPTEMBER 2023 - Telah berlangsung Program Plogging @ Community Daerah Port Dickson 2023 bertempat di Bukit Batu Putih Tanjung Tuan. Program telah dimulakan seawal 8.00 pagi. Seramai 94 orang peserta telah menyertai program ini dan mendapat kerjasama dari Kelab Rakan Muda Telok Kemang.
Program telah dirasmikan oleh En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan hadir sama ke program tersebut ialah Ustaz Yusnizam Penasihat KRM Telok Kemang.
Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakan budaya mencintai alam sekitar seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat.
JELEBU, 30 SEPTEMBER 2023 -Telah berlangsung Program W-Fit @ Community Daerah Jelebu 2023 bertempat di Dataran Kuala Klawang bersempena dengan Jelebu 2 Wheels Festival 2023 Futsal dengan kerjasama Majlis Daerah Jelebu. Program telah dimulakan seawal 8.00 pagi. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini.
Bagi memeriahkan acara turut diadakan cabutan bertuah kepada para peserta. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YTM Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Haji Maarof Bin Haji Mat Rashad Undang Luak Jelebu, diiringi Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Nurulhaizan binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu serta ketua-ketua jabatan daerah Jelebu.
Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakan budaya bersukan seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat.
JEMPOL - Telah berlangsung Program Rakan Ekspresi (Rakan Muda@Uji Minda) Daerah Jempol sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H bertempat di Surau Kompleks Rakan Muda Jempol. Program Rakan Muda@Uji Minda ini telahpun bermula pada 15 September yang lalu dan ia berlangsung secara berterusan di sekitar daerah Jempol.
Acara kemuncak program tersebut berakhir hari ini dengan penglibatkan seramai 50 orang peserta keseluruhannya yang telah diuji dengan pelbagai soalan (jawab dan menang hadiah) termasuk hafazan, kuiz agama dan sebagainya. Program ini dikendalikan bersama Mudir dan Pelajar Tahfiz Madrasah Ulumul Quran Serting Tengah. Diharapkan program ini dapat memupuk semangat perpaduan serta meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan anak muda dan komuniti. Turut berlangsung ialah ceramah khas sempena Sambutan Maulidur Rasul oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Jamri Bin Jemati, solat Maghrib & Isyak berjemaah, kuiz uji minda dan pertandingan mewarna anjuran Jawatankuasa Surau KRM Jempol.
Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Encik Safbaryzal bin Abd Manaf, Pegawai Khas YB Exco Belia & Sukan Negeri Sembilan, Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia & Sukan Daerah Jempol, Ustaz Zaidi Mohd Yunos, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Chaiku Maidin Sadamat, Pengerusi Masjid Rahmania Bahau, Ustaz Ridzuan Mohd Said, Mudir Madrasah Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah, Puan Nurul Atiqah binti Abu Zaharin, Setiausaha Majlis Belia Daerah Jempol, Encik Eddy Fadly, Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Jempol serta Pegawai dan Kakitangan JBS Negeri Sembilan, Pegawai bersama ahli keluarga PBSD Jempol serta warga kerja Syarikat Pembersihan, Keselamatan dan Kafeteria KRM Jempol.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan bekerjasama menjayakan program ini.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang ke arah usaha membentuk masyarakat yang positif dan progresif.
Port Dickson, 27 September 2023 - Telah berlangsung Program Tanam Pokok bersempena kejohanan Le Tour De Langkawi (LTdL) Peringkat Negeri Sembilan di Hutan Simpan Sungai Menyala Port Dickson Negeri Sembilan.
Pelaksanaan program ini telah bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Program ini turut mendapat kerjasama yang baik dari Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Program tanaman pokok ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta untuk mengenali jenis-jenis pokok, cara-cara menanam pokok, mendedahkan kepentingan memulihara kelestarian alam semulajadi disamping menjalankan aktiviti sihat serta membantu memelihara keindahan alam sekitar. Program dirasmikan oleh Encik Nuazri bin Sedik,Penolong Pengarah Sivilkultur Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat meningkatkan lagi kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan liputan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ecosistem dan biodiversity negara kita.