- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 140
PROGRAM RAKAN MUDA PLOGGING@COMMUNITY DAERAH JEMPOL SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA ?? TAHUN 2023
JEMPOL, 16 September 2023 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Plogging@Community Daerah Jempol Sempena Hari Malaysia 2023 bertempat di Bukit Taisho, Bahau. Program ini telah dimulakan seawal 7.00 pagi dengan pendaftaran para peserta. Seramai 120 orang belia telah menyertai program ini.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol telah berkolaborasi dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol dan MAYC Kawasan Jempol untuk menjayakan program Plogging@Community Daerah Jempol ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya sihat dan cergas serta menyemai rasa cinta terhadap alam sekitar di kalangan anak muda dan komuniti secara tidak langsung dapat mengukuhkan perpaduan dan silaturahim.
Hadir sama menyertai program pagi ini Dr. Zaza Hulwanee Bin Dato' Mohd Zainee, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, Encik Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Faizal bin Otthman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Jempol, Encik Affendy Bin Salleh, Pengerusi MAYC Kawasan Jempol, Encik Tawfeek Maslam, Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias, Puan Nurulazma Syafiqah, Pengerusi MYHA Jempol, Encik Abd Rahman, Timbalan Pengerusi MAYC Kawasan Jempol, Cik Nur Faranadia, mewakili Pegawai AADK Daerah Jempol, En Eddy Fadly, Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Jempol, Encik Alwi bin Alias, Timbalan Pengerusi, Kelab Kecergasan Bahau dan Ustaz Redzuan Mohd Said, Mudir Madrasah Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah serta dari wakil-wakil dari pelbagai agensi dan Ngo's di daerah Jempol.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua agensi terlibat yang telah bekerjasama bagi menjayakan program hari ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan kita jumpa lagi pada program yang akan datang. Program ini dapat menggalakkan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan di kalangan komuniti setempat. Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 140
