- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 143
LIGA SUKAN KOMUNITI (FUTSAL) TAHUN 2023 PERINGKAT DAERAH REMBAU REMBAU
Rembau, 26 Ogos 2023- Telah berlangsung Liga Sukan Komuniti (Futsal) Tahun 2023 Peringkat Daerah Rembau bertempat di Institut Latihan Pedas, Rembau pada hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Rembau. Askar Wataniah turut membuka kaunter untuk pengambilan Askar Wataniah Daerah Rembau.
24 pasukan telah menyertai pertandingan untuk kali ini yang bermula dari jam 8.30 pagi. Johan disandang oleh TGS Gago, Naib Johan Pasukan Sentosa United dan Tempat Ketiga jatuh kepada Pasukan Orkid FT. Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Rembau ke Peringkat Negeri.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Fairuz binti Mohamad Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau. Turut hadir adalah AJK Teknikal yang terlibat dalam penganjuran program ini.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mewujudkan semangat sukan yang tinggi dan membudayakan gaya hidup sihat dikalangan komuniti setempat.
Disediakan oleh : Team Media REMBAU
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 143
