PAROI, 27 Jun 2023 - Sesi kunjung hormat dari pihak Yayasan As Sofa ke aras Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah diadakan bagi menerangkan berkenaan dengan Wakaf Pembangunan Kompleks Pendidikan As Sofa yang disediakan untuk amal jariah sekiranya pegawai/kakitangan JBS N9 ada yang berkeinginan untuk sama-sama merebut peluang yang disediakan . Kaedah wakaf ini boleh dilaksanakan melalui secara dalam talian iaitu bayaran direct debit.
Selain itu isu yang turut dibincangkan juga ialah program-program yang boleh menjalinkan kerjasama di antara JBS N9 dgn Yayasan As Sofa terutamanya dalam program melibatkan pembangunan Belia, Sukan dan Rakan Muda. Jalinan rakan strategik ini diharapkan sedikit sebamyak memberi impal yang positif bagi kedua- dua belah pihak.
REMBAU, 1 JULAI 2023- Program Y-HUB Negeri Sembilan Seindah Lebaran, Sesuci Pengorbanan yang bertujuan untuk meraikan golongan asnaf di daerah Rembau telah dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini. Program ini adalah sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dan telah dilaksanakan di perkarangan premis Y-HUB@N9 dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 2.00 petang. Seramai 150 orang golongan asnaf, sukarelawan dan jemputan telah menerima agihan daging korban pada hari ini yang juga merupakan program pertama bagi Projek Rintis Y-HUB Negeri Sembilan 2023.
Sebanyak 8 ekor lembu dan 1 ekor kambing yang disumbangkan oleh Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Rembau, Hospital Pakar Salam Senawang, Komuniti Pulau Krismas Australia, Global Peace Mission (GPM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Bekas Participant Youth Kapal Belia Asia Kuala Selangor dan Cikgu Izzudin (Perseorangan). Pengurusan dan pengagihan daging tersebut telah disempurnakan dengan kerjasama masyarakat setempat secara bergotong-royong. Jumlah keseluruhan bungkusan daging yang disumbangkan adalah sebanyak 830 bungkus semasa program ini berlangsung.
Selain menjalani ibadah korban dan menyantuni golongan asnaf, program ini turut memberikan pengetahuan secara terperinci didalam slot Ceramah Korban Bukti Kasih dan tatacara pengendalian daging korban serta menghidupkan kembali budaya gotong-royong di dalam kalangan masyarakat setempat yang disampaikan oleh Ustaz Norazman bin Amat dari Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut hadir dalam menjayakan lagi program ini. Sekalung penghargaan dan terima kasih khususnya kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Majlis Belia Daerah Rembau serta rakan strategik program iaitu ABIM Rembau, YaPeim, Kelab Rakan Lasak (RAKSA), Masjid Jamek An-Nur daerah Rembau, Persatuan Bullet Muay Thai, Halo Delivery dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan program yang diberkati ini.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dimasa akan datang dalam meningkatkan impak dalam kalangan belia dengan menyantuni golongan yang kurang berkemampuan seterusnya menggalakkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti bersama masyarakat.
Disediakan oleh : Team Media Rembau Disunting Oleh : Team Media JBSNS
JEMPOL - Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), YBrs Tuan Mohd Azhari bin Mohammad telah membuat Lawatan Kerja ke Daerah Jempol, Negeri Sembilan hari ini.
Terdahulu, YBrs Tuan KP JBSN menjadi Panel Penilai Anugerah Kecemerlangan Rancangan Felda (AKRF) 2023 di Felda Wilayah Raja Alias 4, Jempol.
Selesai sesi penilaian AKRF 2023 beliau telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol. Encik Mohd Saiful bin Abd Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Encik Muhammad Syahir bin Mohd Sabri, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jempol telah menjadi Pegawai Pengiring (LO) bagi melancarkan urusan lawatan kerja berkenaan.
Seterusnya, YBrs Tuan KP JBSN berkesempatan singgah ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol serta meninjau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol bagi melihat sendiri keadaan kemudahan sukan dan penginapan asrama yang perlu dinaiktaraf pada masa akan datang.
Kami warga kerja PBSD Jempol mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBrs Tuan KP JBSN atas lawatan kerja beliau ke Daerah Jempol hari ini.
Disediakan oleh : Team Media Jempol Disunting Oleh : Team Media JBSNS
Gemas, 17 Jun 2023- Penganjuran Kem Explorasi Belia Daerah Tampin 2023 yang belangsung di Kompleks Homstay Gemas, Kg. Ulu Ladang, Gemas berjaya menarik lebih kurang 300 kehadiran. Momentum gandingan kolabrasi Pejabat KEMAS Daerah Tampin selaku penganjur utama bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin serta Majlis Belia Daerah Tampin sekali lagi terserlah menyamai pencapaian Program Jom Masuk Kampung pada tahun lepas.
Pelbagai acara dan aktiviti peringkat umur telah diadakan yang bermula seawal jam 7.45 pagi seperti senamrobik, pendakian Bukit 2juta, pertandingan mewarna kanak-kanak, sukaneka, jualan, persembahan muzik dan banyak lagi. Pejabat ini diberi kepercayaan penuh mengendalikan aktiviti fizikal (telematch) dan ceramah pembangunan belia. Sementara Majlis Belia Daerah Tampin pula memberi sokongan melalui promosi dan penyertaan belia sekitar daerah ini.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Abd Razak bin Ab. Said, ADUN Kawasan Gemas. Turut hadir En. Mohamad Ali bin Mazlan, Pegawai KEMAS Daerah Tampin, En. Kajurin Kaddly bin Ujin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin), En. Ahmad Fareez Mohamad Fauzi (Penghulu Mukim Gemas), ketua-ketua masyarakat, Ahli J.Kuasa Majlis Belia Daerah Tampin dan beberapa guru pengiring.
Pembangunan Belia Malaysia Tanggungjawab Bersama.
Disediakan oleh : Team Media Tampin Disunting Oleh : Team Media JBSNS
SEREMBAN- 24 Jun 2023 (Sabtu). Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2023 telah selamat dan berjaya dilaksanakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
Seramai 49 orang peserta telah hadir untuk mengambil bahagian dalam ujian pemilihan yang dijalankan. Peserta yang telah hadir adalah terdiri dari kalangan OKU penglihatan, berkerusi roda, kerdil dan ID. Ujian sukan yang telah diadakan adalah Boling Padang, Badminton, Catur dan Olahraga.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mewakili Pengarah dan turut hadir Encik Nordin bin Abdul Ghani dari Cawangan Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya KBS serta Encik Shahrizal bin Ramli Pegawai Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Disediakan oleh : Team Media Sukan Disunting Oleh : Team Media JBSNS
Paroi, 20 Jun 2023 - Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 antara Pasukan Malaysia menentang Papua New Guinea. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran anggaran hampir 500 orang pengunjung bagi bersama- sama menyokong pasukan Malaysia. Aktiviti Sampingan yang turut diadadakan adalah:
1. Futsal 3X3 (lelaki)
2. Netball Shootout (Open)
3. Pertandingan FIFA PS5 & Sesi Mari Mencuba
4. Cabutan Bertuah
Program ini turut di serikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, Dato’ Haji Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Turut hadir bersama Tuan Abd Aziz bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Hazan bin Haji Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua pengunjung dan komuniti setempat serta menaikan semangat untuk menyokong pasukan negara.
Seremban, 6 Jun 2023 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan 2023 bagi Kategori Pertubuhan,Individu Lelaki dan Wanita bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Seramai 9 buah pertubuhan belia dan 12 calon individu telah menyertai sesi penilaian ini.
Sesi penilaian pada tahun ini dibarisi oleh panel yang professional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Bagi kategori individu belia negeri diketuai oleh En.Hatta bin Mohd Yasin bersama Puan Salasiah Binti Hashim dan Dr. Mohd Ghani Bin Mohd Yusof. Bagi kategori pertubuhan belia negeri diketuai oleh En. Zahrail Affenday Bin Mohamed bersama En. Faizul Rizal Bin Mat Saat dan En. Khairul Annuar bin Mansor.
Kesemua calon telah mempersembahkan kebolehan dan kelebihan masing-masing dalam pelbagai bidang khususnya dalam khidmat sosial belia, ekonomi, sukan dan pelbagai lagi.
Semoga sesi ini dapat memberi pengalaman berharga kepada semua calon dan selamat maju jaya diucapkan.
Paroi, 7 Jun 2023 -Mesyuarat Penyelarasan Program Skrin Besar Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pasukan Malaysia menentang Solomon Island dan Papua New Guinea telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan telah dihadiri oleh Penolong Pengarah, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Pengurus KOMBES, Ketua Pembantu Tadbir, dan Penolong Pegawai yang terlibat dalam perlaksanaan program tersebut.
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan perlaksanaan, penugasan dan program-program sampingan sewaktu program berlangsung kelak.
Semoga penonton yang hadir dapat memberikan sokongan yang penuh kepada pasukan Malaysia serta menjadikan sukan bola sepak sebagai salah satu hobi yang di minati ramai.