- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 160
SESI LAWATAN TAPAK BAGI KERJA-KERJA MENAIKTARAF FASILITI DI JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN
PAROI, 6 Jun 2023 - Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi telah diadakan satu taklimat dan lawatan tapak bagi kerja-kerja menaiktaraf surau, gimnasium dan gelanggang futsal serta gelanggang tenis.
Sejumlah 83 syarikat kontraktor telah hadir ke sesu taklimat ini untuk mendalami dan memahami skop-skop kerja yang bakal dilakukan kelak.
Pada sebelah petang pula telah diadakan taklimat dan lawatan tapak bagi Kerja-kerja pendawaian elektrik dan pagar di Kompleks Sukan Komuniti Rantau, Seremban serta kerja-kerja lain yang berkaitan di Komplek Sukan tersebut. Sebanyak 20 buah syarikat kontraktor telah menghadiri taklimat pada sebah petang.
Turut hadir pada taklimat ini ialah Encik Zul Fadhli Bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Encik Mohammad Zulzaquan Bin Zakaria, Penolong Pegawai Pembangunan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Amri Bin Rubangi, Jurutera Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Faizal bin Mohd Arif merangkap Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Disediakan oleh : Team Media JBSNS
Disunting oleh : Team Media JBSNS

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 160








