Port Dickson, 26 Ogos 2023- Telah berlangsung Liga Sukan Komuniti (Futsal) Tahun 2023 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Gelanggang Futsal Taman Dato’ Abd Samad, Port Dickson pada hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Daerah Port Dickson.
Pertandingan ini telah di sertai oleh sebanyak 16 buah pasukan dan pertandingan bermula seawal jam 8.30 pagi. Johan pada kali ini disandang oleh Pasukan BR Vamos. Naib Johan pula daripada Pasukan PDU FT A dan Tempat Ketiga jatuh kepada Team FT.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Hadir bersama adalah AJK Teknikal daripada Persatuan Bola Sepak Dearah Port Dickson dan Pengadil daripada Persatuan Pengadil Bola Sepak Negeri Sembilan yang terlibat dalam penganjuran program kali ini.
Majlis diserikan lagi dengan sepak mula oleh YB Datuk Hj Mohd Faizal bin Hj Ramli ADUN Linggi sebagai gimik perasmian bagi pertandingan ini.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mewujudkan semangat sukan yang tinggi dan membudayakan gaya hidup sihat dikalangan komuniti setempat.Tahniah dan syabas buat semua pemenang.
Disediakan oleh : Team Media PORT DICKSON
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 142
