Nilai, 12 November 2022- Telah berlangsung Kejohanan Tenpin Boling Siri 1 - Wanita 1000 Liga Peringkat Negeri Sembilan yang disertai seramai 76 orang peserta.
Balingan pertama telah dimulakan tepat jam 10.50 pagi bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak RM 400.00 bagi Johan, RM 300.00 di tempat kedua dan RM 200.00 di tempat ketiga.
KUALA PILAH, 2 November 2022- Hari kedua pelaksanaan Kursus Youth Agrotech Peringkat Zon Selatan Tahun 2022 sedang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Sembilan selaku rakan pelaksana utama selama 4 hari bermula 1 hingga 4 November 2022.
Seramai 20 orang peserta menyertai kursus ini yang terdiri daripada golongan belia berumur 18-40 tahun. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya dalam menaik taraf tahap kehidupan belia-belia dan menambahkan lagi ilmu berkenaan pertanian.
Paroi, 19-20 Oktober 2022-Telah berlangsung Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Sembilan 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi pada 19-20 Oktober 2022. Program ini dianjurkan oleh Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan pada 19 Oktober 2022 iaitu senamrobik, Explorace OKU, pertandingan para catur, pertandingan para boccia, olahraga larian 100m, olahraga larian 400m, pameran dan jualan OKU.
Aktiviti yang dilaksanakan pada 20 Oktober 2022 pula ialah pertandingan mewarna, pertandingan olahraga lontar peluru, pertandingan petanque, penalty shoot out, netball shoot out, pertandingan para catur, pertandingan para pingpong, cabaran timbang bola pingpong, cabaran mesin robot, pameran agensi dan jualan OKU.
Majlis perasmian telah disempurnakan pada 19 Oktober 2022 oleh Pn Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama bersama En Roslan Bin Ibrahim Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, En Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah JBSNS, En Ahmad Pudzi Bin Suki, Presiden PESRON Negeri Sembilan.
Majlis penyampaian hadiah bagi acara Explorace OKU, Olahraga 100m dan 400m, pertandingan catur kategori fizikal, pertandingan boccia telah disempurnakan oleh En Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah JBSNS pada 19 Oktober 2022 manakala pada 20 Oktober 2022 majlis penyampaian hadiah bagi acara pertandingan mewarna, pertandingan olahraga lontar peluru telah disempurnakan oleh En Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, PESRON Negeri Sembilan, PTPTN, PERKESO, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti seluruh Negeri Sembilan dan semua yang menjayakan Karnival Sukan Inspire OKU Aktif Peringkat Negeri Sembilan 2022.
Kuala Pilah, 16 Oktober 2022 -Kursus Pengurusan Organisasi Tahun 2022 Siri II Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung selama 2 hari di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah. Kursus siri II ini melibatkan peserta daripada Daerah Tampin , Daerah Rembau dan Daerah Port Dickson .
Kursus ini telah disertai seramai 33 orang belia daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia dan pelajar-pelajar IPTA . Antara objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan, pengetahuan dan membimbing peserta mengenai urustadbir pertubuhan belia disamping mengingkatkan keyakinan dan menggalakkan peserta menyertai organisasi berstruktur.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin , Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Nor Rashidi bin Hj Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Persatuan Belia Felda Jelai 3 diatas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus ini berlangsung. Semoga kursus seperti ini dapat memberi manfaat kepada semua lapisan belia dalam menerajui organisasi masing - masing di masa akan datang.
JEMPOL, 8 Oktober 2022 - Myfit@Motorsports KLASS Cubprix KBS Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 anjuran Jabatab Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Sukan Permotoran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Program mengasah dan mencungkil bakat-bakat peserta dan memberi penerangan berkaitan keselamatan dalam pemanduan. Taklimat telah disampaikan oleh tenaga pengajar dari Persatuan Sukan Permotoran Wilayah KL En. Syed Ahmad Nizam.
Peserta dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun telah hadir menyertai program ini untuk menimba ilmu berkaitan pemanduan dan keselamatan yang betul. Majlis penutup telah disampaikan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan dengan diiringi En. Rosdi bin Pilus, Penolong Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan, dan En. Nurikhwan Mukhtar, Setiausaha Persatuan Sukan Permotoran Wilayah Persekutuan KL.
Semoga dengan terlaksananya program seperti ini dapat memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak muda untuk menyerlahkan bakat-bakat yang sedia ada ke arah yang lebih tinggi.
Jempol, 8 Oktober 2022 - Program Inspire iTrain Peringkat Negeri Sembilan 2022 telah berlangsung bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Program ini adalah kerjasama bersama dengan Pesron Negeri Sembilan dan bersempena dengan Sambutan Hari Sukan Negara.
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti bakat2 baru dikalangan oku yang boleh diketengahkan utk mewakili Negeri Sembilan dalam sukan Para Sukma.
Penglibatan sukan adalah daripada sukan catur, badminton dan boccia dan melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Zul Fadhli bin Abd Aziz dan Pengerusi Pesron Negeri Sembilan En. Ahmad Fouzi bin Zuki. Turut hadir sama adalah penggerak sukan oku Para Negeri Sembilan boccia dan catur.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program Inspire iTrain pada kali ini.
Seremban, 8 Oktober 2022,- Sedang berlangsung Kejohanan Petanque 1000 Liga sempena Hari Sukan Negara 2022 (HSN2022) Peringkat Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Sembilan.
Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan serta menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri.
Dengan penyertaan seramai 65 orang peserta bagi Siri 2, kategori wanita ini diharap dapat mencungkil lebih ramai bakat baru yang dapat dibawa ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan.
PAROI, 6 Oktober 2022 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Negeri Sembilan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Program ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi dari 49 persatuan sukan negeri dan kelab sukan di Negeri Sembilan berjumlah seramai 93 orang peserta. Antara agensi telah di jemput untuk sama-sama turut serta bagi memberi taklimat dan penerangan berkenaan tadbir urus persatuan sukan adalah Majlis Sukan Negeri dan Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Selain itu juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga turut dijemput bagi menyampaikan taklimat mengenai integriti dan tadbir urus serta mengadakan sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Dalam sesi IBR ini, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Sembilan, En. Mohd Yussof bin Awang Osman bersama En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan hadir bagi menjadi saksi sesi IBR oleh semua peserta yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Muaythai Negeri Sembilan.
En. Rosdi bin Pilus juga telah menyempurnakan Majllis Penutup Sesi Libat Urus HSN2022 ini. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Ahmad Taufiq bin Abd Rahim dan Cik Artika binti Rozilan dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Semoga dengan terlaksananya program-program seperti ini dapat memberi lebih kefahaman kepada badan-badan sukan terutama dalam penganjuran program-program sukan dan mendapat kefahaman tentang tadbir urus agensi-agensi yang berkaitan serta membantu dalam pembangunan sukan di Negeri Sembilan khasnya.
Kuala Pilah, 30 September 2022- Program W-Fit@Community Peringkat Daerah Kuala Pilah 2022 (Siri 2) telah berlangsung bertempat di Dewan Serbaguna IPD Kuala Pilah. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), IPD Kuala Pilah.
Objektif program ini adalah mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan wanita (feel good factor) untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti kecergasan selain dari mempromosi kepelbagaian aktiviti kecergasan kepada golongan sasar dan menyemai budaya hidup aktif dalam kehidupan seharian.
Pengisian program pada kali ini ialah acara senamrobik yang telah diketuai oleh Instruktur Cik. Mimi Shaheira Binti Badrol Hisham bersama Pn. Maria binti Abd Shukur. Dengan diiringi kehangatan muzik yang bertenaga program bermula pada jam 3.00 petang, seramai 60 orang peserta yang terdiri daripada ahli PERKEP bersama dua orang instruktor senamrobik bersama 6 pengiring yang dipilih oleh pihak penganjur.
Turut hadir bersama pada program petang itu, En. Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan diiringi oleh Pengerusi PERKEP IPD Kuala Pilah iaitu Pn. Apizah binti Othman serta Barisan AJK. Turut hadir En. Mohd Nizam bin Hj. Miun Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah selaku penganjur bersama mengucapkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanaan program ini.