SEREMBAN, 19 Jun 2022 - Hari ini telah berlangsung dengan jayanya program Fresh2Fit Peringkat Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Program ini anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang diadakan sebanyak 5 siri bermula 18,19,25,26 Jun dan 30 Julai 2022.
Program ini diadakan adalah sebagai satu usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam membudayakan program-program sukan dan kecergasan kepada masyarakat khususnya dalam kalangan keluarga. Program ini khususnya menggalakkan penglibatan seluruh ahli keluarga dan masyarakat untuk kekal aktif dan cergas di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Antara objektif utama bagi program ini ialah untuk menyemai budaya kekal hidup aktif sperti aktiviti berjalan kaki ini disamping merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat, pemegang taruh, pentadbir dan penggerak pembangunan sukan.
Disediakan oleh : Team Media REMBAU
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 163
