- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 343
KEJOHANAN FUTSAL MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON 2022 PORT DICKSON
Port Dickson, 26 Mac 2022-Telah berlangsung Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Port Dickson 2022 bertempat di Gelanggang Futsal Kelab Kilat TNB Port Dickson pada hari ini. Program dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Port Dickson (PDFA).
Program ini telah melibatkan 16 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6 petang. Tempat pertama bagi kategori lelaki telah dimenangi pasukan dari Thinder 8 FT manakala tempat kedua pasukan dari JUSE FT A tempat ke-3 bersama adalah pasukan dari Joga Futsal dan Armada Linggi bagi kategori wanita pula, tempat pertama dimenangi oleh Unitirians manakala tempat kedua Politeknik PD tempat ke-3 bersama Team Comel dan Supermom.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Khairy bin Maamor Pegawai Daerah Port Dickson merangkap Pengerusi PDFA. Turut hadir adalah En Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Tok Penghulu Jamsari Setiausaha PDFA, wakil TNB Port Dickson, wakil Pengerusi Pengadil Bola Sepak Daerah Port Dickson serta AJK Teknikal yang terlibat dalam penganjuran program.

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 343







