Program Tadarus Al Quran Rakan Muda Ramadhan Daerah Port Dickson merupakan program tahunan yang menjadi pengisian utama anak muda pada bulan ramadhan. Program ini dilaksanakan di Pusat Islam Politeknik Port Dickson bermula pada 1 Ramadhan bersamaan 3.4.2022.
Seramai 63 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program pada tahun ini yang terdiri daripada 34 orang lelaki dan 29 orang perempuan.
Jempol, 06 Februari 2022 (Rabu) - Telah diadakan satu mesyuarat penyelarasan dan perbincangan bagi Majlis Berbuka Puasa 2022 Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Majlis berbuka puasa pada kali akan diadakan secara gotong royang bersama Kakitangan PBSD Jempol, Kakitangan Pembersihan, dan Kakitangan Keselamatan, serta kakitangan kafeteria Kompleks Rakan Muda Jempol.
SEREMBAN, 3 April 2022 - Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus Al-Quran sedang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan bertempat di Surau As-Sofa Dataran Sentral 2, Seremban. Program tadarus ini dilakanakan bermula jam 5.00 petang sehingga 6.00 petang.
Antara tujuan program ini ialah sebagai satu platform melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian, membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan dan mengeratkan persaudaraan dan ukhuwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) POLITEKNIK PORT DICKSON
30 Mac 2022 (Rabu) Port Dickson - Telah berlangsung Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Politeknik Port Dickson bertempat di Dewan Kuliah 4, Politeknik Port Dickson.
Program ini adalah anjuran bersama Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Seramai 71 orang peserta Tahap Gangsa dan 5 orang Tahap Perak telah ditauliahkan di dalam majlis ini.
Majlis Perasmian dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh En Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir En Razali bin Bakri Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Port Dickson dan Dr Yusni bin Mohamad Yusak Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan, Politeknik Port Dickson.
Jempol, 01 April 2022 (Jumaat) - Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin & Tahlil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol sempena menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba. Majlis bacaan yassin telah berlangsung di Surau Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol.
Turut hadir dalam majlis Ustaz Nur Hairin bin Khamis, Imam Masjid Tuanku Mukriz Bdr Sri Jempol, Negeri Sembilan, En.Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, kakitangan Pembersihan, kakitangan Keselamatan dan kakitangan Kafeteria serta ahli keluarga.
Program bermula pada pukul 6.45 petang dengan kehadiran semua tetamu, diikuti solat magrib berjemaah, ucapan alu-aluan dari Pengawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, bacaan yassin, tahlil dan solat isyak berjemaah serta seterusnya jamuaan makan.
Semoga dengan kehadiran bulan ramadhan pada tahun 2022 yang mulia ini, kita bersama dapat meningkatkan amalan yang berterusan, insyallah. .
Paroi, 1 April 2022- Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, satu Majlis Perjumpaan Pengarah bersama Ketua Bahagian, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 telah diadakan.
Majlis terebut diadakan bagi menyelaras penempatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 di jabatan dan daerah selain pelantikan baru bagi pemegang portfolio Pegawai Aset, Pegawai Komunikasi, Perhubungan Awam dan Multimedia serta Setiausaha Bantuan.
Semoga JBS Negeri Sembilan terus cemerlang dalam pengurusan pentadbiran dan perlaksanaan program-program profile dan bukan profile.
1 April 2022 (Jumaat) - Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Abdul Manas bin Mat Isap, Pegawai Hal Ehwal Agama Islam, Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
26 Mac 2022 (SABTU) - Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Seremban 2022 telah melabuhkan tirainya sejurus sebelum azan Asar berkumandang. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Elite Junior FC ini menyaksikan sebanyak 26 pasukan futsal berjuang untuk mendapatkan slot ke peringkat Negeri yang dijangkakan berlangsung pada bulan Julai 2022 nanti.
Bagi kategori lelaki, Sera United telah mengesahkan kejuaraannya selepas menewaskan MAT FT melalui sepakan penalti di pusingan akhir semalam. Manakala tempat ketiga bersama masing-masing disandang oleh Vilia 3A dan Tagong FT. Pasukan Legend D'blendz pula menyerlahkan kekuatan mereka setelah kedua-dua pasukan mereka (Team A & B) menyandang gelaran Juara dan Naib Juara bagi kategori wanita.
Kesemua pemenang telah menerima hadiah mereka di perkarangan Gelanggang Futsal KOMBES, Paroi yang telah disampaikan oleh Yg. Berusaha En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan diiringi oleh En. Lal Din bin Nik Mohamad, Pengerusi Kelab Bola Sepak Elite Junior.
Tampin, 26 Mac 2022 (SABTU) - Telah diadakan Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Belia 2022 yang telah berlangsung di Dewan Bandaran Tampin.
Majlis Belia Daerah Tampin sebagai penganjur dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Kuala Pilah. Program yang berkonsepkan sesi temuduga terbuka dan perkongsian maklumat melalui sesi taklimat umum dimulai seusai majlis perasmian yang disempurnakan oleh Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Dr Muhammad Iqbal bin Arifin , Naib Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin merangkap YDP Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) serta Puan Juliyati binti Yaakob, Pengurus Pejabat PERKESO Daerah Kuala Pilah.
"Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan penuh komited sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak NGO dalam penganjuran program seumpama ini. Diharapkan menerusi Program Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Belia 2022 dapat meningkatkan lagi peluang pekerjaan seterusnya menjana pendapatan para belia sekaligus mengurangkan kadar kepengangguran terutamanya dalam golongan B40", antara petikan yang dirakamkan dalam ucapan perasmian.
Selesai sesi lawatan ke semua _kiosk_ temuduga, Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah Kuala Pilah memulakan sesi taklimat diikuti oleh kesemua wakil syarikat yang hadir bagi memberi penerangan berkaitan kelayakan dan kekosongan yang ditawarkan. Di samping itu, turut membanggakan kehadiran usahawan belia dari Daerah Tampin iaitu Encik Adib bin Abu Bakar, Pengerusi Majlis Belia (MBFM) Jelai 3 yang berbesar hati berkongsi maklumat dan pengalaman.
Antara agensi dan syarikat yang hadir adalah ML Alpha Stallion, Omron Malaysia Sdn Bhd, Mewah-Oils Sdn Bhd, The Food Purveyor Sdn Bhd, Careplus (M) Sdn Bhd, Samsung SDI Energy Malaysia Sdn Bhd, Jakel Senawang, McDonalds Kuala Pilah, CPAK Sdn Bhd dan Cipta Success Marketing. Selain itu, beberapa usahawan belia yang dijemput dibawah agensi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Ekonomi Usaha Niaga (TEKUN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Sementara UiTM Rembau dan Kolej Komuniti Tampin juga menghantar penyertaan pelajar dalam semua sesi taklimat keusahawan.
Sekalung tahniah ke atas Majlis Belia Daerah Tampin atas kejayaan perancangan dan pelaksanaan program ini. Setinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang membantu menjayakan kelancaran program terutamanya Majlis Daerah Tampin yang memberi kebenaran menggunakan dewan dan penyediaan peralatan. Tidak lupa juga kepada Pejabat Penerangan Tampin dalam penyediaan alat siaraya dan RELA Tampin yang senantiasa membantu dalam aspek keselamatan dan lalu lintas serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak sepanjang pelaksanan program.