17 Mac 2022 Paroi, telah berlangsung Kursus Sijil Tauliah Penyembelihan Negeri Sembilan yang dihadiri seramai 30 orang peserta. Kursus ini memberi peluang kepada peserta mempelajari cara - cara sembelihan yang betul berdasarkan modul dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak JAKIM.
Terima kasih juga diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan Persatuan Belia Berkemahiran Rasah atas kerjasama yang baik ini bagi memastikan progrm ini berjalan dengan lancar. Ribuan terima kasih juga kepada mereka yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 537






