SKUAD SUKARELAWAN KBS x N9 : MISI BANTUAN PASCA BANJIR
Jelebu, 23 Disember 2021: Misi Bantuan Pasca Banjir memberi sedikit kelegaan dan menguntum senyuman buat penduduk tempatan yang terkesan akibat banjir besar baru-baru ini. Sukarelawan yang datang dari pelbagai latar belakang ini memberikan komitment dalam menghulurkan bantuan terutamanya bagi kerja-kerja pembersihan.
4 buah rumah dapat dibersihkan dengan kekuatan seramai 35 orang sukarelawan beserta 11 orang pegawai. Walaubagaimanapun kerja-kerja pembersihan ini turut dibantu oleh beberapa agensi dan NGO dari luar yang mempercepatkan kerja-kerja pembersihan. Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberi keselesaan buat mangsa-mangsa banjir ini.

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 412






