Jempol, 21 Januari 2022(Jumaat) - Telah diadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat bagi tahun tahun 2022 dan meraikan seorang kakitangan pembersihan yang baru sahaja melangsungkan perkhawinan di Pejabat Agama Daerah Jempol.
Bacaan yassin Telah dipimpim oleh En.Osman bin Ibrahim yang Telah dihari oleh semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, kakitangan pembersihan, keselamatan serta sanak saudara yang terdekat dan rakan-rakan.
Semoga dengan kehadiran tuan/puan dapat mengeratkan lagi silratulrohim dan ukhuwah sesama kita, insyallah. Sekian terima Kasih.
13 Januari 2022 ( Rabu) Seremban - Telah berlangsung perjumpaan Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan bersama Pengarah JBS Negeri Sembilan, YBhg. En. Zul Fadhli bin Abd Aziz hari ini.<_>
Pengurusan Persatuan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian Pengarah JBS Negeri Sembilan melapangkan masa menerima kunjungan hormat AJK Tertinggi Persatuan yang telah di wakili oleh tiga orang ahli. Semua AJK serta ahli persatuan menjadi tulang belakang untuk meneruskan perjuangan bagi memperkasakan persatuan ini dalam melaksanakan pelbagai program serta aktiviti kecergasan khususnya di Negeri Sembilan.
Selain daripada itu persatuan ini juga menjadi tonggak utama dalam melahirkan lebih ramai instruktur kecergasan yang berkualiti dan berkaliber di kalangan golongan belia khususnya bagi masa akan datang.
JELEBU, 8 Januari 2022- Sedang berlangsung Misi Bantuan Pasca Banjir- Pendawaian Elektrik bertempat di Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang, Jelebu. Misi yang digerakkan oleh pihak Malaysian Relief Agency dan Sukarelawan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Misi ini turut dijayakan dengan kerjasama daripada pihak Kolej Vokasional Kuala Klawang(KVKK).
Program ini jelas bertujuan untuk memberikan bantuan berkaitan pendawaian elektrik kepada kawasan-kawasan yang terjejas akibat bencana banjir yang lalu. Pensyarah dan pelajar KVKK jurusan elektrikal telah menjalankan penilaian awal terhadap kerosakan dan keperluan yang perlu diganti terhadap sekolah ini seterusnya mereka memperbaikinya.
Tahniah, terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak Malaysian Relief Agency atas peruntukan yang telah disalurkan, pihak Kolej Vokasional Kuala Klawang atas khidmat kepakaran yang diberikan dan Sukarelawan Rakan Muda dari Persatuan Belia Dinamik Barat atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan.
Semoga atas sedikit bantuan yang telah diberikan dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada para pelajar dan guru di sekolah ini dalam meneruskan sesi persekolahan yang akan datang.
MESYUARAT PENYELARASAN TASK FORCE PASCA BENCANA BANJIR | SUKARELAWAN PASCA BANJIR KBS
SEREMBAN 30 Disember 2021 - Dalam memperkasakan sumbangan belia terhadap masyarakat disamping menyelaras gerak kerja sukarelawan bagi menghulurkan khidmat bakti dan tenaga manusia, satu mesyuarat penyerlarasan Gerak Kerja Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS telah diadakan dan dipengerusikan oleh Ybhg Tuan Zul Fadhli Pengarah JBS Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini memfokuskan kepada penyelarasan kerja-kerja bantuan pasca banjir disamping mencari keseimbangan dalam meneruskan misi bantuan disamping memastikan semua agensi, pertubuhan dan badan gabungan berganding bahu bersama-sama dalam menguruskan gerak kerja sukarelawan. Ini pastinya dapat memaksimumkan khidmat sukarelawan dan bantuan ke seluruh kawasan yang terjejas terutamanya di Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ybrs. En. Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Malaysia, En. Haris Hazwan wakil dari Persatuan Belia Dinamik Barat serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah. Dengan penyelarasan ini, diharapkan gerak kerja sukarelawan lebih effektif dan tersusun.
SKUAD SUKARELAWAN PASCA BENCANA BANJIR BERSAMA MKN DI KG. CHENNAH, JELEBU
29 Disember 2021: Skuad Sukarelawan dari Persatuan Belia Dinamk Barat , Persatuan Ikatan Amal Muafakat , Alumni MFLS bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri , Unit Risikan Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan pelbagai Jabatan / Agensi, NGO dan Syarikat di #GroundZero Kg. Chennah, Mukim Kenaboi, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan.
Turut bersama adalah Datuk Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, En Zul Fadli Pen. Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Negeri Sembilan , Saudara Mizam Rahim Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Belia Felda Pemanis Dan Saudara Zaharruddin Abd Majid Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Persatuan Belia Dinamik Barat NS .
PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA JARING ANTARA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN DAN INSTITUT PERHOTELAN DAN PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN - 29 Disember 2021 (Rabu) telah berlangsung Perlawanan Persahabatan Bola Jaring Antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan bertempat di KOMBES Paroi. Penyerahan cenderahati daripada Institut Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang di ketuai oleh Pn. Junaine bt. Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain.
MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) TAHAP EMAS TAHUN 2020
Paroi 28 Disember 2021 - Bertempat di SIGC Seremban, Majlis Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) Tahap Emas 2020 telah berjaya dilaksanakan selepas tertunda beberapa kali bagi mematuhi SOP semasa dalam mengekang penularan Covid-19. Majlis penghargaan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Daerah Seremban merangkap ADUN Rantau.
Kerjasasama dari pelbagai pihak menjadi pemudahcara dan intervensi kepada peserta dalam melaksanakan program penganugerahan yang dimulakan dengan Tahap Gangsa, Perak sebelum layak ditauliahkan dengan Tahap Emas.
Majlis ringkas dan meriah ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan, Pemimpin Masyarakat, Guru-guru pembimbing, mentor, Badan Operasi, Pegawai PBSD serta peserta yang diraikan. Seramai 40 orang peserta telah ditauliahkan. Tahniah dan syabas. Semoga kejayaan anda menjadi pemangkin kepada remaja diluar sana untuk turut sama mencabar diri dan menjadikan anugerah ini sebagai nilai tambah di masa hadapan.
Kejohaan Ping Pong Berpasukan Novis Melayu Terbuka Parlimen Jempol 2021
Jempol, 25 Disember 2021(Sabtu) - Sedang berlangsungnya Kejohaan Ping Pong Berpasukan Novis Melayu Terbuka Parlimen Jempol 2021 bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol anjuran yang telah di sertai oleh Kelab Ping Pong Jempol dengan kerjasama Parlimen Jempol.
Sempena Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini, sebanyak 29 pasukan telah mengambil bahagian dalam kejohanan.
LAWATAN KERJA DATO' KP JBSN KE PUSAT PENGUMPULAN SUMBANGAN DAN HUB SUKARELAWAN NEGERI SEMBILAN
Paroi, 24 Disember 2021 : Lawatan kerja Ybhg Dato Dr Wasitah Mohd Yusof Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara ke Pusat Pengumpulan Sumbangan dan Hub Sukarelawan Rakan Muda bagi Misi Bantuan Pasca Banjir bertempat di Kompleks Belia & Sukan, Paroi . Inisiatif Pusat Bantuan ini adalah anjuran Persatuan Ikatan Amal Muafakat dengan kerjasama Persatuan Belia Dinamik Barat dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Ybhg Dato KP juga telah membuat penagihan bungkusan alat-alat kebersihan untuk edaran orang ramai , pelepaskan skuad sukarelawan rakan muda untuk aktiviti pembersihan pasca banjir serta bersama-sama memasukan bakul makanan ke dalam Lori untuk penghantaran ke Bentong dan Raub Pahang . Turut bersama-sama dalam lawatan kerja ini Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS , Pegawai-pegawai PBSD, Persatuan Ikatan Amal Muafakat Malaysia dan Persatuan Belia Dinamik Barat.