Jempol, 16 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Jabatan Peringkat Daerah Jempol telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang telah di hadir semua jabatan.

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 402
Jempol, 16 Februari 2022 - Majlis Perhimpunan Jabatan Peringkat Daerah Jempol telah diadakan bertempat di Dewan Besar, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol yang telah di hadir semua jabatan.

Jempol, 9 Februari 2022 (Rabu) - Satu sesi lawatan penginapan serta kemudahan bagi Kem Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol telah diadakan. Lawatan bertujuan untuk meninjau lokasi serta membincangkan persiapan tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian sepanjang program berlangsung.
Kem pemilihan peserta ini bertujuan untuk menilai potensi belia Dari aspek ketahanan fizikal, mental, komunikasi dan sahsiah peserta. Kem akan berlangsung pada 12-15 Mac 2022. Peserta yang akan hadir bagi pemilihan pada kali ini adalah dari seluruh Malaysia dan pelbagai kaum.
Turut hadir dalam lawatan En.Nik Muhammad Asraff Bin Nik Mod Kamal, Penolong Pengarah Bahagia Pembanguanan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Pn. Nik Noorazlin Bin Nik Mohd Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, En.Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Semoga dengan lawatan yang telah diadakan pada hari ini, dapat melancarkan perjalan program serta menambah baik kemudahan bagi keselesaan peserta.

30 Januari 2022 (Ahad) Port Dickson - Telah berlangsung Kursus Kepimpinan Kelab Rakan Muda Teluk Kemang bermula 28 sehingga 30 Januari 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Program ini adalah anjuran bersama Kelab Rakan Muda Teluk Kemang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson yang telah disertai seramai 38 orang peserta.Tujuan program ini adalah bagi memupuk semangat silaturrahim antara ahli kelab disamping melatih para peserta bagi mengilap sifat jatidiri dan sifat kepimpinan para peserta di dalam aktiviti -aktiviti yang dilaksanakan.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh En Nor Rashidi Bin Hj Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Turut hadir En Mohd Khushairi Bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan En Mahadi Bin Saharuddin Pengerusi Kelab Rakan Muda Teluk Kemang.
Disediakan Oleh :Mohd Khushairi bin Zainal

27 JANUARI 2022, SERI MENANTI - Sekalung Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada saudara Jasni bin Abd Rahman atas pengurniaan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) bersempena Hari Keputeraan Ke-74 Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.
Saudara Jasni ketika ini berkhidmat sebagai Pembantu Belia dan Sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Penghargaan dan pengiktirafan ini membuktikan perkhidmatan dari JBS Negeri Sembilan memberi impak positif kepada pembangunan belia khususnya di peringkat akar umbi.
Semoga dengan penghargaan ini, seluruh warga kerja JBS Negeri Sembilan terus cemerlang dan berintergriti dalam menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Tahniah dan Syabas dari Seluruh Warga Kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

PORT DICKSON - 23 JANUARI 2022 (Ahad) Telah berlangsung Majlis Penyampaian sijil Fit Kik Boxing anjuran Kelab KEFA dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang Port Dickson bertempat di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang.
Majlis telah disempurnakan oleh En. Nasir Bin Rahman Penyelaras DUN Bagan Pinang. Turut hadir adalah En. Shahrizal bin Ramli Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, En. Rizal dari Kelab Kecergasan Port Dickson dan barisan Jawatan Kuasa Penganjur.
Turut diadakan juga senamrobik Aerodance dan pengenalan kepada Fit Kick Boxing MRV Academy. Terdapat juga hadiah dan saguhati disediakan bagi penyertaan kesemua aktiviti ini .
Disediakan Oleh : Shahrizal

22 Januari 2021, Bercham - Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBS x N9 turut bersama-sama menyingsing lengan membantu mangsa banjir kilat di Taman Desa Impian, Bercham. Selepas beberapa ketika Skuad Sukarelawan ini berehat dari misi pasca banjir di sekitar Negeri Sembilan, Mentakab, Segamat dan Kuala Langat, mereka terus melangkah gagah demi meringankan beban dan membantu mangsa yang terlibat.
Misi kali ini turut menyatukan Keluarga besar KBS bersama rakan strategik, persatuan setempat dan seluruh sukarelawan yang datang dari pelbagai arah dan latar belakang. Antara yang turut bersama-sama misi kali ini, dari Negeri Sembilan iaitu Persatuan Belia Dinamik Barat, Kolej Komuniti Jempol ,Rakan Muda Penjara Seremban , Malaysia Gold Award Association (MAGAA) dan Impact Malaysia dimana tumpuan kali ini diberikan kepada kerja-kerja pembersihan.
Terima kasih Skuad Sukarelawan KBSxN9!!!

8 JANUARI 2022, Kuala Langat - Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBSxN9 bersama Persatuan Belia Dinamik Barat Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah melaksanakan kerja-kerja pasca banjir di Masjid Kg Sg Lui Hulu Langat. Masjid ini ditenggelami air banjir dan akibatnye hampir keseluruhan bahagian masjid terjejas.
Skuan sukarelawan bersama kariah masjid telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan baik pulih sekitar masjid serta mengecat semula dinding masjid bagi menceriakan dan mengindahkan ruang solat. Skuad sukarelawan turut mengedarkan Bakul Makanan hasil dari sumbangan masyarakat di sekitar Negeri Sembilan untuk penduduk kampung berhampiran.
Disediakan Oleh : Ullmahayu

5 JANUARI 2022, Paroi - Rutin di Bilik Gerakan Pasca Banjir Negeri Sembilan yang dikendalikan oleh Skuad Sukarelawan Pasca Banjir KBSxN9. Bagi memastikan sukarelawan berada dalam keadaan siap siaga, jadual yang tersusun sentiasa di kemaskini. Penjadualan kerja-kerja lapangan diseimbangkan dengan tugasan di Bilik gerakan bagi memastikan sukarelawan mendapat masa rehat yang cukup.
Antara aktiviti di Bilik Gerakan yang dibuat oleh sukarelawan ialam mengemaskini bekalan barangan sumbangan, menyusun barangan untuk misi seterusnya dan menyediakan pelaporan bagi setiap misi yang dijalankan. Terima kasih kepada Skuad Sukarelawan yang turun membantu sepanjang pengoperasian Bilik Gerakan Banjir JBS Negeri Sembilan.
Disediakan Oleh : Ullmahayu

2 JANUARI 2022, Pekan - Skuad Sukarelawan KBSxN9 turun ke Pahang bagi misi pembersihan di Sekolah Kebangsaan Pelak , Pekan, Pahang dan turut membuat edaran Bakul Makanan serta barangan keperluan kepada komuniti setempat yang terkesan akibat banjir.
Misi ini dianjurkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seremban, Persatuan Belia Dinamik Barat , Persatuan Ikatan Amal Muafakat serta beberapa agensi lain.
Disediakan Oleh : Ullmahayu

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22