- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 429
PROGRAM NIGHT@KOMBES
PROGRAM NIGHT@KOMBES
SEREMBAN, 10 Disember 2021- Telah berlangsung Program Night@Kombes 2021 "Less Light More Sweat" bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi jam 8.00 malam.Program yang julung kali diadakan ini dianjurkan bersama oleh pihak Koperasi Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan(KOWARIS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Ianya juga turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Kelab Kecergasan Energetic Gemilang, Persatuan Belia Dinamik Barat, Persatuan Rekreasi Perniagaan Sewaan Permainan dan Mc Donald Malaysia.
Antara acara pengisian program ialah senamrobik, funwalk, 'jogging' dan Led Scooter Ride. Program ini mendapat sambutan hangat apabila hampir 300 orang peserta memeriahkannya. Untuk makluman, program ini dijalankan dengan penggunaan lampu yang paling minima. Ia bertujuan untuk menyokong kempen keselamatan alam sekitar dan penjimatan penggunaan tenaga elektrik di negara kita.
Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh En. Zaid bin Abu Bakar, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan sambil disaksikan oleh En. Zul Fadhli bin Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan En. Muhammad Ashraf bin Abd Hadi, Pengerusi KOWARIS.
Terima kasih dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat baik dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga perancangan KOWARIS untuk menjadikan program ini sebagai program bulanan akan tercapai seterusnya menjadikan ianya sebuah program yang dinantikan oleh rakyat Negeri Sembilan.

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 429
