
SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK SUKARELAWAN MyVAC
SEREMBAN, 8 Mac 2021 - Lawatan kerja rasmi oleh Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia memberi suntikan semangat buat sukarelawan MyVac yang rata-ratanya telah memulakan tugasan selaku pemudahcara kepada anggota kesihatan dalam melancarkan operasi Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.
Lawatan kerja ini dibuat bagi meneliti dengan lebih dekat tugasan sukarelawan MyVac disamping menghargai sumbangan mereka dalam melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ini.
Bagi sukarelawan MyVac mereka berasa sangat berterima kasih kepada KBS amnya dan JBS Negeri Sembilan khususnya kerana diberi peluang untuk terus memberi sumbangan khidmat masyarakat semasa negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Memudahkan perjalanan penerimaan vaksin terutamanya untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas seolah-olah saya membantu keluarga sendiri" kata Haikal, sukarelawan MyVac.
Turut bersama-sama mengiringi Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, ialah En. Zul Fadhli bin Abdul Aziz, Pengarah JBS Negeri Sembilan, Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan, Pn. Aziana binti Hizazi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban (Pegawai Penyelaras MyVac Seremban) dan En. Mohd Fairos bin Rosli, Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
Lawatan kerja rasmi ini secara tidak langsung dapat mempromosikan kerja-kerja kesukarelawanan disamping memberi peluang kepada golongan muda untuk berbakti kepada masyarakat dan negara.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 840
