PROMOSI HARI SUKAN NEGARA DAERAH JEMPOL 2021
Jempol, 17 September 2021(Jumaat) - Team Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol diketuai oleh En. Mahadir Bin Darahi bersama En. Muhammad Syahir (Unit Sukan) & En. Mohd Zulzaquan (Unit Rakan Muda) membuat Kunjung Hormat ke Pusat Latihan Polis (Pulapor) Air Hitam, Jempol. Perjumpaan & perbincangan lanjut bersama YDH DSP Nor Mohd Azahar bin Mat Zin, Timbalan Komandan (Latihan) bersama Team Pengurusan Pulapor Air Hitam untuk menyokong kempen HSN2021 Daerah Jempol dengan melibatkan penyertaan sama warga kerja & pelatih di pusat latihan tersebut melakukan aktiviti sukan & rekreasi sepanjang bulan September hingga 10 Oktober 2021 nanti.
LAWATAN BAGI PROGRAM SIMULASI PENGURUSAN BENCANA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Jempol, 17 September 2021(Jumaat) - Lawatan Tn. KADO Pej. Daerah & Tanah Jempol bersama Team APM N9 & APM Daerah Jempol untuk meninjau cadangan KRM Jempol sebagai lokasi bagi Program Simulasi Pengurusan Bencana Peringkat Negeri Sembilan yang akan dilaksanakan pada Bulan Oktober 2021 akan datang. Perbincangan awal tadi mencadangkan Dewan KRM sebagai Pusat Pemindahan mangsa bencana & asrama sebagai pusat kuarantin (pengasingan khas) bagi individu yang positif Covid-19.
images/N_SEMBILAN/2021/JEMPOL-LAWATAN_SIMULASI.jpg
Rakan Muda Live Mai Sembang.
Aspirasi Merdeka: Menelusuri Kemerdekaan Malaysia Semasa Cabaran COVID19

PENGHARGAAN BUAT PETUGAS PPV KOMBES PAROI
Terima kasih Tuan Das Abdul - CEO DAS ABDUL GLOBAL SDN BHD atas sumbangan bantal sebagai penghargaan kepada petugas barisan hadapan PPV KOMBES PAROI.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SECARA HYBRID
SEREMBAN, 14 September 2021 - Bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, telah dilaksanakan pembentangan mengenai pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan secara hybrid yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Selaku Sekretariat Sambutan HSN 2021 Peringkat Negeri Sembilan, En Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan membentangkan konsep pelaksanaan Sambutan HSN 2021 serta kaedah pelaksanaan yang menepati dan mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa.
Sambutan HSN 2021 Peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan secara serentak bersama-sama sambutan peringkat daerah pada 8 hingga 10 Oktober 2021 dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti mengikut pilihan aktiviti di setiap daerah dan dilaksanakan secara virtual. Sambutan ketika negara sedang dilanda pandemik ini diharap dapat mengekalkan semangat kesukanan dikalangan masyarakat dan seterusnya mengekalkan gaya hidup sihat dalam komuniti.
PROGRAM KEKAL CERGAS DAN SIHAT WARGA KOLEJ KOMUNITI REMBAU (KELAS ZUMBA SECARA ATAS TALIAN)
Seremban- Satu Program Kecergasan secara virtual telah dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Rembau dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan. Program ini diadakan sebanyak 6 siri bermula 19 Ogos dan berakhir 9 September 2021.
Program Kekal Cergas dan Sihat Warga Kolej Komuniti Rembau ini dirangka bagi memastikan tahap kesihatan dan kecergasan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Rembau sentiasa berada di tahap maksimum walaupun bekerja dari rumah. Secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan kepada kakitangan dan pelajar dengan amalan hidup yang sihat. Lebih 50 orang peserta yang terlibat dalam program ini dan dibantu oleh instruktur-instruktur yang mendapat persijilan daripada KBS.
Program ini telah berjalan dengan lancar dan perlu diteruskan di masa akan datang kerana bukan sahaja menjadikan masyarakat sihat namun dapat mengeratkan hubungan di antara agensi-agensi yang terlibat.

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN SECARA HYBRID
SEREMBAN, 14 September 2021 - Bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, telah dilaksanakan pembentangan mengenai pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan secara hybrid yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr. Razali Bin Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.
Selaku Sekretariat Sambutan HSN 2021 Peringkat Negeri Sembilan, En Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan membentangkan konsep pelaksanaan Sambutan HSN 2021 serta kaedah pelaksanaan yang menepati dan mematuhi SOP semasa yang berkuatkuasa.
Sambutan HSN 2021 Peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan secara serentak bersama-sama sambutan peringkat daerah pada 8 hingga 10 Oktober 2021 dengan mengetengahkan pelbagai aktiviti mengikut pilihan aktiviti di setiap daerah dan dilaksanakan secara virtual. Sambutan ketika negara sedang dilanda pandemik ini diharap dapat mengekalkan semangat kesukanan dikalangan masyarakat dan seterusnya mengekalkan gaya hidup sihat dalam komuniti.
Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22