- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 685
MYVAC JEMPOL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 685
RAKAN MUDA SPORTS BUBBLE VOLUNTEERS
Malaysia Premier Leagues | NSFC vs Kelantan
18 April 2021 | Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi | 10.00 pm
Pemantauan pematuhan SOP penganjuran Liga Bola Sepak Malaysia diteruskan oleh Rakan Muda Sports Bubble Volunteers. Pemantauan penganjuran kali ini turut melibatkan pemantauan kemasukan penonton bagi menyaksikan perlawanan yang telah dijadualkan.
KUNJUNGAN HORMAT ABIM DAERAH TAMPIN KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH TAMPIN
TAMPIN, 15 April 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin pada hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Tampin. Ketibaan rombongan lebih kurang jam 10.00 pagi yang diketuai oleh Dr. Muhammad Iqbal bin Arifin, Pengerusi ABIM Daerah Tampin bersama dua orang ahli jawatankuasa telah disambut oleh Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin Tujuan utama kunjungan ini lebih kepada mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dan hubungan erat di antara kedua-dua pihak. Di samping itu, ia bertujuan untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat terkini berkaitan perkembangan persatuan-persatuan belia yang masih wujud di dalam Daerah Tampin.
Turut sama dalam rombongan ini ialah Encik Muhammad Anwar Zharif bin Mahmud, Bendahari ABIM dan Muhammad Farhan bin Mohd Pilus, AJK ABIM dan disertai juga oleh Puan Zahizan binti Rosli, Penolong Pegawai Daerah Tampin, Encik Jasni bin Abd Rahman dan Cik Nuremily Ashikin binti Saadon, Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Tampin.
Diharapkan dengan jalinan kerja yang wujud ini dapat menyumbang kepada pembangunan belia Daerah Tampin khususnya di masa-masa akan datang.
RAKAN MUDA RAMADHAN VIRTUAL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
|KLINIK AL-FATIHAH & HAFAZAN|
SEREMBAN, 17 April 2021 - Kehadiran bulan Ramadhan diimarahkan dengan penganjuran Program Rakan Muda Ramadan Virtual. Tahun ini Program Rakan Muda Ramadhan Virtual dipelbagaikan dengan penambahan pengisian yang lebih menarik iaitu Klinik Al-Fatihah dan Hafazan surah-surah lazim. Untuk Sesi I iaitu Klinik Al- Fatihah dan Hafazan, peserta dibimbing oleh Ustaz Ahmad Fathi dari UNITI Kokej Port Dickson dan pesertanya terdiri daripada belia dari daerah Jempol dan Jelebu. Pelaksanaan kali ini dibuat lebih tertumpu kepada kumpulan kecil supaya penyampaian dan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada peserta.
Melalui klinik Al-Fatihah, peserta diajar asas dalam membaca surah lazim ini dengan lafaz yang betul beserta tajwidnya. Peserta turut diberi peluang untuk memperdengarkan bacaan mereka dan seterusnya pembimbing membetulkan serta memberi tunjuk ajar kepada peserta.
Sesi seterusnya adalah sesi Hafazan surah-surah lazim. Peserta diberi peluang untuk memperdengarkan bacaan surah-surah lazim yang telah dihafal. Klinik Al-Fatihah dan Hafazan ini akan diteruskan bagi Sesi seterusnya yang melibatkan :
Sesi II : Kuala Pilah dan Tampin | 24 April 2021
Sesi III : Port Dickson dan Rembau | 1 Mei 2021
Sesi III : Seremban | 2 Mei 2021
Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta yang bersungguh dan tidak segan silu dalam menuntut ilmu. Sekalung penghargaan juga buat tenaga pengajar yang sudi meluangkan masa bagi melaksanakan program anjuran Bahagian Rakan Muda, JBS Negeri Sembilan dengan kerjasama UNITI Kolej Port Dickson ini.
Simulasi Pemberian Vaksin Covid-19 (Fasa 2) Peringkat Daerah Jempol.
JEMPOL, 16 April 2021 (Jumaat) - Program Simulasi Pemberian Vaksin Covid-19 (Fasa 2) Peringkat Daerah Jempol telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Besar Pejabat Daerah & Tanah Jempol. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Syahrul Nizam bin Saleh, Pegawai Daerah Jempol selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Peringkat Daerah Jempol.
Manakala taklimat mengenai peranan dan penugasan Sukarelawan MyVac bagi membantu petugas kesihatan dan agensi pelaksana telah disampaikan oleh Dr. Eda Yuhanis binti Abdul Aziz daripada Klinik Kesihatan Daerah Jempol selaku Ketua Pengurus PPV Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol.
Turut hadir dalam program simulasi kali ini ialah YBhg. Datin Dr. Ariza Binti Zainudin, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, Cik Nurul Izzati binti Mohd Arifen, Penolong Pegawai Daerah Jempol serta semua ahli Jawatankuasa CITF Peringkat Daerah Jempol. Wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Pn. Aziana binti Hizazi dan En. Mohd Zul Fadli bin Ahmad juga hadir bagi meninjau persiapan program simulasi yang berlangsung hari ini. Sukarelawan MyVac akan bertugas (7 orang setiap hari) sepanjang tempoh operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Fasa 2 Daerah Jempol yang akan bermula pada 19 April nanti melibatkan golongan berisiko tinggi dan warga emas.
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
Seremban, 15 April 2021 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, Pengerusi Jawatankuasa Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan. Sesi penilaian APBN telah dijalankan pada 7 April 2021 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang disertai sebanyak 32 pencalonan.
Setinggi - tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli panel dan calon yang menjayakan sesi penilaian ini. Semoga melalui program ini dapat memberi impak yang positif dalam pembangunan belia di peringkat akar umbi.
Taklimat Pengurusan & Dokumentasi Perlantikan Sukarelawan MyVac Daerah Jempol
JEMPOL, 15 APRIL 2021 (Khamis) - Sesi Taklimat Pengurusan & Dokumentasi Perlantikan Sukarelawan MyVac Daerah Jempol telah diadakan di Bilik Gerakan Sukarelawan MyVac, Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol berjalan dengan lancar.
Seramai 20 orang belia pelbagai kaum telah mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac kali ini. Daerah Jempol menjadi pilot projek Sukarelawan Perantis MyVac di Negeri Sembilan sempena pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) - Fasa 2 di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol bermula pada 19 April 2021 nanti.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGERUSI JAWATANKUASA ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
Rembau, 14 April 2021- Telah berlangsung satu sesi kunjung hormat En Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kepada YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, ADUN Chembong merangkap Pengerusi Anugerah Perdana Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2021.
Tujuan kunjung hormat tersebut adalah untuk membincangkan pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini. Turut hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Semoga perjumpaan ini dapat mencapai objektif dalam merealisasikan APBN tahun ini.
PEMANTAUAN PEMATUHAN SOP SUKAN DAN REKREASI
PAROI, 9 April 2021 - Perlawanan pertama yang melibatkan kemasukan penonton bagi Liga Bola Sepak Malaysia dipantau keteta oleh Jawatankuasa Task Force yang di tubuhkan khas di peringkat negeri bagi memastikan pematuhan SOP penganjuran acara berlangsung mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Pemantauan ini dibuat sendiri oleh En.Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negegri Sembilan dimana beliau telah melihat sendiri kawasan sekeliling stadium, persediaan dan pematuhan SOP ketika kemasukan penonton dibuat.
Turut bersama-sama dalam pemantauan pada hari perlawanan ialah YB Dato Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pemantauan secara keseluruhan juga dibuat oleh MKN Negeri Sembilan, PKD Seremban dam MBS. Dengan pemantuan yang ketat in diharapkan penganjur dapat terus patuh dan sekali gus menghindar penularan Covid - 19.
Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01