MyVac | Penugasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Diteruskan
SEREMBAN, 20 April 2021 - Bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Seremban, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) hari ke-2 diteruskan dan Sukarelawan MyVac juga terus menabur bakti.
Bermula seawal jam 8.00 pagi penerima manfaat vaksin bagi Fasa II PICK menyasarkan golongan berisiko dan warga emas. Pada ketika ini khidmat MyVac sangat diperlukan bagi memudahcara penerima vaksin untuk melaksanakan prosedur sebelum menerima suntikan vaksin.
Dalam sesi pemantauan pelaksanaan penugasan MyVac ini, Tuan Pengarah JBS Negeri Sembilan, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz turut menerima suntikan Dos Pertama.Tuan Pengarah turut meluangkan masa untuk memberi kata-kata semangat dan memastikan sukarelawan MyVac terus bersemangat dalam melaksanakan tugasan mereka.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 506
