LAWATAN TAPAK BAIKPULIH KSK SIMPANG PERTANG
JELEBU, 12 Mac 2021- Satu lawatan tapak telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Simpang Pertang bertujuan untuk meneliti dan melihat kesesuaian kawasan bagi kerja-kerja naiktaraf sempena Pelaksanaan Projek Pembangunan Fizikal Baru RMK-12 Tahun 2021.
Sesi ini juga bertujuan untuk membincangkan kesesuaian projek naiktaraf yang akan dilaksanakan di KSK Simpang Pertang. Dalam masa yang sama Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu turut memeriksa sebarang kerosakan lain yang difikirkan perlu untuk tujuan naiktaraf tersebut. Pihak pentadbiran ini juga menggunakan peluang ini untuk bertukar-tukar pendapat dan mendapatkan pandangan daripada pihak JKR tentang projek tersebut.
Sesi ini turut dihadiri oleh En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Nurulhaizan binti Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, En. Muhammad Asyraf bin Malek Sifulazan, Jurutera Awam Daerah Jelebu merangkap Ketua Penyelaras Projek bagi pihak JKR Daerah Jelebu beserta kepimpinannya seterusnya Jurutera dari JKR Elektrik Daerah Seremban. Semoga projek naiktaraf ini akan berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah agar perkhidmatan yang terbaik dapat disediakan kepada rakyat khususnya para belia di Daerah Jelebu.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 450
