Paroi, 8 Januari 2021 - Sukarelawan Rakan Muda Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (The Duke of Edinburgh's International Award) Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat dibawah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan membuat pembentangan perjalanan misi pasca banjir serta menerima amanat dari Ybhg Tuan Zul Fadhli, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Sukarelawan telah membuat pembentangan dan cadangan perjalanan aktiviti pasca banjir Yang telah dibuat dan akan dilaksanakan .
Kuala Pilah, 7 Januari 2021 - Sukan menyatukan. Aktiviti pemanasan badan 2021 di mulakan dengan Perlawanan Persahabatan Badminton antara kakitangan JBSN9.
Pegawai dan kakitangan di bahagikan kepada 2 kumpulan dan sebanyak 5 kategori dipertandingkan. Kemenangan tipis berpihak kepada Team Merah dengan kedudukan akhir 5 - 4. Kesemua pemain menunjukkan daya juang yang tinggi sehingga hampir kesemua perlawanan diheret ke set penentuan.
Perlawanan persahabatan ini melibatkan pegawai dan kakitangan dari semua peringkat dan digabungkan menjadi 2 kumpulan. Melalui perlawanan seumpama ini ternyata mampu membina semangat berpasukan sesama kakitangan walaupun ada diantara mereka dari daerah yang berbeza-beza.
Tahniah dan syabas kepada semua.
#teamjbsn9
Kuala Pilah, 6 Januari 2021 - "Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal bin Abdul Manap menerima kunjungan mesra daripada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En Zulfadhli bin Abd Aziz yang turut diiringi oleh En Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah dan En Rashidi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.
Antara yang dibincangkan adalah hasrat Jabatan Belia dan Sukan untuk menyerahkan kesemua gelanggang Futsal yang telah dibina sebelum ini kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan penyelenggaraan dan pengurusan.
Selain itu turut dibincangkan adalah berkaitan tatacara SOP kegiatan Sukan sepanjang PKPP dan Klinik Badminton anjuran Nusa Mahsuri bersama KBS yg akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dalam bulan Januari ini yg akan dihadiri oleh Legenda badminton Negara YBhg Dato Misbun Sidek. Semoga semuanya berjalan lancar dan mendatangkan manfaat..aaminn"
Kuala Pilah, 7 Januari 2021 - Tahun baharu 2021, dengan semangat baru dalam norma baharu, satu Majlis Penyampaian Amanat dari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz telah di laksanakan.
Tuan Pengarah, mengalu-alukan kehadiran beberapa orang pegawai yang baru ditempatkan di Jabatan ini antaranya ialah Pn. Siti Rohani bt Alias (Bahagian Kewangan), Pn. Ramnah bt Mohd Yusof (KOMBES), En. Azlan bin Salleh (KOMBES), Pn. Norhafizah binti Zolkafali (Bahagian Pembangunan Belia), Pn. Fairuz binti Mohd Nor (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau) dan En. Mahadir bin Darahi (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol).
Antara intipati amanat Pengarah JBS Negeri Sembilan, beliau mengucapkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga kerja JBS Negeri Sembilan dalam pelaksanaan program-program Belia, Sukan, Rakan Muda di peringkat Negeri dan Daerah yang berjaya dilaksanakan dengan pengubahsuaian dalam mengadaptasi norma baharu. Dalam masa yang sama, prestasi perkhidmatan pentadbiran dan kewangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang disamping mematuhi KPI semasa yang telah ditetapkan.
Disamping itu, Tuan Pengarah turut menetapkan Key Performance Indicator (KPI) bagi seluruh warga kerja JBS Negeri Sembilan untuk dicapai, sekaligus dapat menaikkan imej Jabatan. Antara KPI yang ditetapkan adalah pemerkasaan Gelembung Sukan dan Skim Perantisan Nasional dimana melalui skim ini kefahaman oleh semua warga kerja diperlukan bagi memastikan penyampaian maklumat ke peringkat akar umbi dapat disalurkan dengan tepat dan efisyen. Selain itu, prestasi penyampaian perkhidmatan dan pentadbiran turut disarankan untuk dipertingkatkan bagi memastikan Jabatan terus menjadi releven dalam menyampaian perkhidmatan.
Akhir kata dalam amanat Pengarah, beliau menyarankan seluruh warga kerja JBS Negeri Sembilan bersatu dan bekerjasama dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan oleh JBSNS disemua peringkat disamping meningkatkan integriti setiap warga kerja bagi memberi cerminan positif imej JBS Negeri Sembilan khususnya.
#teamJBSN9
#TeamKBS
KUALA PILAH, 23 Disember 2020 - Telah berlangsung program Mini KPO (Kursus Pengurusan Organisasi) Daerah Kuala Pilah bertempat di Kolej Komuniti Jempol, bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 26 peserta yang terlibat mengikuti Kursus Mini ini, yang mana kumpulan sasarannya adalah Pengerusi dan Setiausaha serta Bendahari persatuan- persatuan Belia di Daerah Kuala Pilah.
Program Mini KPO Daerah Kuala Pilah ini dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Persatuan Belia Kg Batu 46 serta MBD Daerah Kuala Pilah.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program KPO peringkat Daerah yang dilaksanakan setiap tahun sebelum ini, yang mengambil masa pelaksanaan selama 3 hari 2 malam.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah mengambil pendekatan secara kolektif kepada ahli-ahli persatuan Belia@NGO's di Kuala Pilah untuk dapat turut serta dlm program (refresh) Mini KPO ini, walaupun dipendekkan menjadi 1 hari sahaja, bagi memberi peluang khusus kepada AJK Belia yang terpilih diperingkat Daerah Kuala Pilah untuk hadir bersama.
Selain pembentangan modul (6 module) yang dipendekkan menjadi 4 modul sahaja (secara intensif) ianya lebih memberi tumpuan dan khusus kepada cara bagaimana membuat dan menyediakan laporan serta menghantar MYKD pada tiap-tiap tahun berakhir kepada pihak ROY secara online dan juga manual.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Junainie binti Mohammad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir sama Tuan Hj Amri bin Abdullah, Pengarah Kolej Komuniti Jempol yang sangat membantu dalam pelaksanaan program tersebut, selain membenarkan penggunaan tempat dan kemudahan, beliau juga turut sama memberikan 'pencerahan' dalam slot 'Kendiri' diawal Kursus bermula dan juga pegawainya En. Saiful Maarof bin Masrom.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah di bawah kepimpinan En. Nor Rashidi bin Ramdzan, menzahirkan kesyukuran ke Hadrat ALLAH SWT serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Mini KPO Daerah Kuala Pilah 2020 ini samada secara langsung atau pun tidak langsung, khususnya Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Kolej Komuniti Jempol Negeri Sembilan, Persatuan Belia Kg Batu 46, MBD Kuala Pilah, MBFM Kuala Pilah, MIYC Kuala Pilah, MAYC Kuala Pilah, 4B Kuala Pilah, ABIM Kuala Pilah serta semua mereka yang terlibat. Semoga akan dapat bersama lagi meneruskan kesinambungan dalam sesi KPO ini demi kelangsungan serta hala tuju pembangunan Belia di Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan terima kasih kepada semua Sukarelawan Negeri Sembilan.
Rangkuman aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020.
Live FB - Youth & Volunteering Experience || 5.12.2020
Rakan Muda Day Out || 5.12.2020
Pembersihan Persisiran Pantai || 10.12.2020
Pembersihan Dasar Laut || 10.12.2020
Khidmat Komuniti (Projek baikpulih rumah asnaf) || 10.12.2020
Agihan Kit Pencegahan Covid-19 || 12.12.2020
Rembau,12 Disember 2020 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Rembau yang diadakan sempena sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia. Program ini bertujuan memupuk dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab dan berjiwa tinggi dalam kerja-kerja kesukarelawanan.
Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kolaborasi bersama Majlis Belia Daerah Rembau serta beberapa agensi yang terlibat seperti Salam Senawang Specialist Hospital, ABIM Negeri Sembilan dan Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS)
Program Rakan Muda Day Out Daerah Rembau dilaksanakan secara dua sesi.
Pada sesi pertama sekitar jam 9.30 pagi serahan Kit pencegahan Covid-19, pamplet serta poster berkaitan sebanyak 500 unit telah diedarkan kepada orang ramai di sekitar Pasar Tani Rembau. Turut hadir pada sesi ini ialah wakil daripada Pejabat FAMA Rembau.
Seterusnya pada sesi kedua pula sekitar jam 11 pagi, Penyerahan Wakaf Al Quran, barangan asas keperluan dan kit pencegahan covid 19 hasil sumbangan daripada beberapa agensi telah disampaikan kepada golongan asnaf terpilih di Kampung Durian Daun. Majlis selesai kira - kira jam 12.30 tengah hari.
Turut hadir bersama dalam program ini En. Omar Bin Hj Abu Bakar, Yang Dipertua PEYAKIN Negeri Sembilan, En. Yusoff Bin Muslim, Pengerusi MPKK Kg Durian Daun, Puan Aziana Bt Hizazi, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, En. Mohd Rasdi Bin Ahmaddani dan semua kakitangan PBSD Rembau.
Semoga dengan program seperti ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya menjaga kebersihan diri dan mengikut SOP yang telah ditetapkan agar penularan wabak Covid-19 ini dapat dihentikan.
JELEBU, 12 Disember 2020 (Sabtu)-Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Jelebu anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan Persatuan Belia Bersatu Peradong (PBBP) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Pejabat Penerangan Daerah Jelebu dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.
Perlaksanaan program ini telah diadakan bertempat di Pasar Awam Kuala Klawang dan Bukit Batu Sawa.
Pengisian program RMDO ini ialah penyerahan 300 kit Kelengkapan Pencegahan Covid-19 yang mengandungi Face Mask, Hand Sanitizer dan risalah berkaitan Pencegahan Covid 19, Denggi dan kenegaraan kepada masyarakat komuniti setempat. Pihak IPD Jelebu juga turut membuat hebahan menggunakan kereta peronda agar semua golongan masyarakat mengamalkan norma baharu dan mengikut SOP yang ditetapkan dalam memutuskan rantaian Covid-19.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah Puan Nurulhaizan Bt Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, ASP Norzul Ain Bt Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Jelebu serta Encik Saiful Ammar bin Abdul Aziz, Pengerusi Persatuan Belia Bersatu Peradong.
Semoga dengan program seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada masyarakat mengenai bahaya Covid-19 serta dapat melahirkan lebih ramai sukarelawan pada masa akan datang.
SEREMBAN, 9 Disember 2020- Setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020. Semoga sokongan dan jalinan kerjasama ini dapat diteruskan di masa akan datang.