Paroi, 28 Ogos 2020 - Muafakat membawa berkat. Pepatah yang sinonim dengan usaha yang ditunjukkan bagi mengimarahkan aktiviti kerohanian di Surau Kombes Paroi.
Pegawai dan kakitangan bersama-sama turun padang menggembeling tenaga untuk menghasilkan bubur asyura dan seterusnya di agihkan ke masjid-masjid berdekatan. Usaha kecil ini dimulakan dengan mengumpul dana dari pegawai dan kakitangan JBSN9 sendiri dan seterusnya gotong-royong memasak bubur asyura dilaksanakan.
Semoga di bulan yang penuh keberkatan ini, usaha untuk memeriahkan lagi aktiviti surau kombes dapat diteruskan
KURSUS PENGURUSAN PEMIMPIN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) SIRI I & II
KUALA PILAH, 26 & 27 ogos 2020 – Telah berlangsung Kursus Pengurusan Pemimpin Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahun 2020 bertempat di KRM Kuala Pilah. Kursus ini disertai seramai 52 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pemimpin ARPRM, Badan Operasi dan Pegawai Belia dan Sukan. Sesi kursus telah disampaikan oleh En. Ravichandran a/l Balasubramaniam, Tokoh Belia Kebangsaan 2019 yang juga merupakan Pemengang Emas bagi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk memberi penerangan serta input yang terkini mengenai tugas serta peranan yang harus dimainkan serta meningkatkan tahap kecekapan oleh semua pemimpin, badan operasi, pegawai rakan muda negeri, pegawai belia dan sukan daerah, pegawai ikbn/iktbn, dan sukarelawan anugerah dalam pelaksanaan program ini. Kursus ini turut menyediakan peluang perkongsian dan praktis terbaik di tempat masing-masing bagi meningkatkan mutu pengurusan program di seluruh negara dan mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi atau meminimakan masalah yang timbul dalam pelaksanaan program.
Diharapkan melalui program ini kefahaman pemimpin lebih mendalam disamping dapat melahirkan lebih ramai anak muda yang berdaya saing dan memiliki pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Sesi taklimat bersama Tuan Zamrud bin Yahya, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan selaku Pengerusi bagi program Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sesi 2019 - 2020, Sidang II, Penggal ke - 32.
Sesi taklimat ini dilaksanakan bagi membentangkan perjalanan pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sesi 2019 - 2020, Sidang 2, Penggal 32 yang akan dilaksanakan pada 29 Ogos 2020.
Turut bersama-sama dalam sesi ini, En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Pn. Junaine bt Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
PAROI, 15 Ogos 2020 - Program Aerobik telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Paroi melibatkan gabungan Instruktur-instruktur Kecergasan Negeri Sembilan.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Kecergasan Negeri Sembilan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan ini telah menarik minat ramai pencinta-pencinta aktiviti kecergasan untuk turut serta dengan mengetengahkan beberapa kelab kecergasan di Negeri Sembilan. Antaranya ialah Kelab Ceria Senamrobik Seremban, Kelab Kakashi, Kelab Energetic Gemilang dan lain-lain lagi.
Program ini merupakan siri yang ke-4 daripada 5 siri yang telah dijalankan. Program patuh SOP Sektor Sukan dan Rekeasi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini akan berakhir pada 22 Ogos 2020 di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sesi terakhir program ini.
JEMPOL, 14 Mac 2020 (Jumaat) Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat bertempat di ruang tamu pejabat.
Majlis ini telah dipimpin oleh En.Osman Bin Ibrahim turut hadir dalam majlis ini Puan Siti Norwinah Binti Narawi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, kakitangan keselamatan dan kakitangan pembersihan.
Kami warga Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan semua kakitangan keselamat serta pembersihan memanjatkan doa agar seluruh rakyat Malaysia, kususnya kakitangan serta ahli keluarga di jauhkan dari Corona Virus yang kini mengancam masyarat dunia. Marilah kita bersama-sama berdoa supaya kita dilindungi Allah s.w.t serta berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara dari sebarang perkara yang tidak di ingini pada ketika ini.
Semoga hubungan silaturrohim antara kakitangan semua lebih baik seterusnya dapat bekerja dalam suasaha yang harmoni.
PORT DICKSON, 14 Mac 2020 Sabtu - Telah berlangsung Mesuarat Agong Tahun 2020 Gerakan Belia 4B (M) Caw Air Meleleh bertempat di Restoran Mak Mah Port Dickson.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kepimpinan dan ahli-ahli pertubuhan ini. Semoga pertubuhan ini terus aktif dan berdaya maju dalam membangunkan masyarakat belia khususnya didaerah Port Dickson ini.
Kuala Pilah, 14 Mac 2020 - Bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, telah berlangsung Majlis Perasmian Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Sembilan 2020 dengan kerjasama Persatuan Teqball Malaysia. Seramai 63 orang peserta berumur antara 13 hingga 15 tahun yang terdiri daripada 50 orang peserta lelaki dan 13 orang peserta perempuan telah mendaftarkan diri bagi mempelajari sukan teqball yang baru diperkenalkan di Malaysia ini dan sedang pesat berkembang di dunia.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Encik Mohd Azhari bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara pada pukul 10.30 pagi yang turut dihadiri oleh Encik Mohd Fauzi bin Haji Ariffin, Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Sivakumar Jakarathan, Presiden Persatuan Teqball Malaysia, Pegawai dari Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Pegawai-pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Objektif penganjuran Klinik Pembangunan Sukan Teqball pada kali ini adalah untuk memperkenalkan sukan teqball kepada masyarakat tanpa mengira jantina, menarik ramai penyertaan terutamanya golongan belia dalam sukan teqball serta memperkembang dan mengasah bakat-bakat baru dalam sukan teqball yang boleh diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Setiap peserta dapat mempelajari latihan asas dan teknikal secara menyeluruh melalui jurulatih-jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang sukan teqball sekaligus melalui fasa pembelajaran yang lebih efektif dan berkesan.
PAROI, 13 Mac 2020- Tahniah di ucapkan kepada Siti Umirah binti Mohd Rahim , pelajar praktikal dari Jurusan Diploma Sport Management , Kolej Poly- Tech MARA Bangi kerana telah berjaya menamatkan Sesi Latihan Praktikal beliau di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan selama lima bulan bermula pada 25 November 2019 sehingga 13 Mac 2020.
Semoga dengan pengalaman yang di peroleh selama berada di Jabatan ini dapat digunakan sepenuhnya dalam bidang kerjaya akan datang. Semoga berjumpa lagi.
Paroi, 12 Mac 2020 - Telah berlangsung Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri dan kategori Individu Belia Negeri Lelaki dan Wanita bertempat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.
Calon bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri disertai oleh 6 buah pertubuhan yang menepati syarat-syarat pencalonan manakala bagi kategori Individu Belia Lelaki seramai 12 orang dan kategori Individu Belia Wanita pula adalah seramai 6 orang yang menjadikan jumlah keseluruhan calon bagi kategori tersebut adalah seramai 18 orang.
Sesi Penilaian bagi kedua-dua kategori bermula serentak pada jam 9.00 pagi itu dimulai dengan pembentangan slide pengenalan oleh pertubuhan dan berakhir dengan sesi soal jawab diantara Ahli Panel bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Persatuan yang dinilai. Bagi kategori individu juga turut dimulakan dengan sesi pengenalan seterusnya diakhiri juga dengan sesi soal jawab oleh Ahli Panel Penilai.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 Peringkat Negeri Sembilan tahun ini dilaksanakan bertujuan meraikan dan mengiktiraf individu dan pertubuhan belia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan belia di Negeri Sembilan.
Barisan 6 orang Ahli Panel yang mana 3 orang membuat penilaian bagi kategori Pertubuhan Belia Negeri dan 3 orang lagi membuat penilaian bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita. Ahli Panel yang dilantik adalah terdiri daripada golongan yang profesional dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Ahli panel tersebut adalah Encik Mod Nazri Bin Yaakob, mantan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Badrul Hisham Bin Kamaruddin, Penolong Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY),KBS dan Puan Mimi Mazlin binti Yusof, Pengarah MARA Negeri Sembilan bagi kategori Pertubuhan Belia manakala bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita pula Ahli Panel yang dilantik adalah En. Mohd Nizam Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (K), iLead KBS, En. Lavaniyan A/L Nathan, Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Negeri Sembilan dan En. Fairos Bin Rosli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan. Sesi penilaian bagi kedua-dua kategori tersebut tamat jam 6.30 petang.