SESI TAKLIMAT BERSAMA PENGARAH JBS NEGERI SEMBILAN
KOMBES Paroi, 24 Ogos 2020 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Sembilan telah dilaksanan sesi taklimat kepada Tuan Pengarah JBS Negeri Sembilan yang baru melaporkan diri hari ini.
Sesi taklimat ini dirancang teliti oleh Majlis Pengurusan Tertinggi JBS Negeri Sembilan bagi mengemaskini senarai tindakan perkara-perkara berkenaan pentadbiran, kewangan, pelaporan program-program yang telah dan akan dilaksanakan.
Setiap bahagian ditugaskan untuk membentangkan pelaporan dan tugasan bagi memudahkan tindakan selanjutnya diputuskan oleh pengurusan tertinggi jabatan.
Sesi dimulakan dengan ucapan aluan dari Tuan Pengarah dan seterusnya sesi taklimat dari Kewangan, Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pembangunan Belia, dan Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Pembangunan dan Rakan Muda.
Sesi taklimat bersama Pentadbiran KOMBES dan semua PBSD akan menyusul mengikut penjadualan yang telah di susun.
Semoga dengan sesi yang telah dilaksanakan ini, pentadbiran JBS Negeri Sembilan dapat meneruskan kecemerlangan yang telah di bentuk oleh barisan mantan pengarah yang lalu
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 451






