- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 733
MAJLIS PERASMIAN KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN TEQBALL PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2020
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 733
JEMPOL, 10 Mac 2020 - Telah diadakan sesi Lawatan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 Peringkat Negeri Sembilan bagi kategori Pertubuhan Belia bertempat di Felcra Kampung Baru Ayer Hitam.
Tujuan lawatan ini juga adalah untuk memberi semangat serta dorongan bagi persiapan awal pada pertubuhan yang bertanding untuk penilaian pada 12 hingga 13 Mac 2020 bertempat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) 2020 Peringkat Negeri Sembilan tahun ini dilaksanakan adalah sebagai platform untuk meraikan dan mengiktiraf golongan belia dan memberi penghargaan kepada golongan individu dan pertubuhan belia yang telah menunjukkan kecemerlangan dan menyumbang kepada pembangunan belia negara.
Antara yang hadir dalam lawatan sesi lawatan pada hari ini adalah Tuan Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ,Encik Mohd Fairos bin Rosli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan serta ketua panel penilaian.
Turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Daerah Jempol, serta Persatuan Belia Felcra Ayer Hitam,
Semoga segala dipermudahkan segala urusan dan Persatuan Belia Felcra Ayer Hitam terus cemerlang dan dapat menyumbang dalam pembangunan belia khususnya di Negeri Sembilan.
Rembau - 8 Mac 2020 (Ahad) - Telah berlangsung pusingan kelayakan Kejohanan E-Sport (FIFA20) Championship Negeri Sembilan bertempat di Pejabat Belia & Sukan Rembau.
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Belia & Sukan Daerah Rembau.
Seramai 32 orang peserta telah menyertai kejohanan ini yang mana telah berlangsung seawal 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang.
Tiga orang peserta yang teratas layak ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Hotel Royal Chulan, Seremban pada 21 Mac 2020 nanti.
Dalam pusingan kelayakan semalam, seramai dua orang peserta daripada Rembau dan seorang peserta daripada Tampin telah berjaya mengesahkan tempat ke peringkat Negeri nanti.
Kejohanan Peringkat Negeri menawarkan hadiah yang lumayan iaitu wang tunai sebanyak RM 4000.00 selain medal dan cenderahati.
Kejohanan tersebut turut disaksikan oleh Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama beberapa orang kakitangan beliau.
Paroi,6 MAC 2020 -Persatuan Belia Dinamik Barat & Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagai isi dan kuku, aur dan tebing berpisah tiada. Begitulah ibaratnya Persatuan ini dan JBSN Sembilan. Kerjasama yang erat diteruskan dari legasi ke legasi. Biar berubah pucuk pimpinan namun hubungan baik dua badan inintetap diteruskan.
Semoga jalinan kerjasama ini terus menjadi platform kepada remaja diluar sana untuk terus mengembangkan potensi diri.
5 Mac 2020, Seremban - Sedang berlangsung Majlis Ramah Mesra Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Majlis Belia Negeri Sembilan serta Badan Gabungan yang dihadiri seramai 30 orang pemimpin belia di Negeri Sembilan.
Turut hadir Saudara Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan Saudara Azwan Marukum, Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan.
PAROI, 6 Mac 2020 - Mesyuarat Penyelarasan Sukan Para Sukma XX, Johor 2020 telah berlangsung pada pagi ini di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan, penyertaan serta persiapan Kontinjen Negeri Sembilan pada edisi kali ini.
Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama ialah Pengurus-pengurus pasukan bagi setiap sukan yang akan bertanding di temasya sukan itu nanti.
Selain itu, isu perbincangan juga lebih menjurus kepada sasaran yang bakal di bawa pulang oleh kontinjen Para Negeri Sembilan pada kejohanan Para Sukma tahun ini.
Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22