Port Dickson, 25 Februari 2020 - Berlangsungnya Majlis Bacaan Yassin Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Kem Latihan PD Santuary, Port Dickson.
Majlis Bacaan Yassin ini merupakan pembukaan aktiviti bagi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan tahun 2020. Semoga program dan aktiviti yang bakal dilaksanakan kelak mendapat keberkat dan dilaksanakan dengan jayanya. Majlis ini diketuai oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Majlis dihadiri oleh En. Nor Azli Bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan beserta pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan dan PBSD.
PAROI, 21 Februari 2020 - Naib Pengerusi CEUPACS Negeri Sembilan, Encik Muhamad Badri bin Ahmad bersama barisan Jawatankuasa Tertinggi CEUPACS Negeri Sembilan telah mengadakan kunjung hormat keatas Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan hari ini.
Antara tujuan utama kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan jalinan kerjasama antara CEUPACS Negeri Sembilan bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dari segi program dan penggunaan kemudahan yang terdapat di sini.
Dalam pada itu, pihak CEUPACS juga menjemput ahli-ahli Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan khususnya untuk menjadi ahli tidak berfaedah (merujuk kepada kesatuan yang masih belum menyertai CEUPACS) kerana pihak KPPPBSSM masih belum menjadi ahli CEUPACS diperingkat kebangsaan supaya peluang suara KPPPBSSM boleh di dengar dan seterusnya boleh memberi ruang dan peluang seperti menyertai program, latihan dan pelbagai lagi kebaikan dapat diperolehi bersama.
Diharap dengan jalinan kerjasama ini dapat mengeratkan lagi hubungan ahli- ahli CEUPACS untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir dalam sesi ini ialah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan dan Puan Juliah binti Mohd Desah, Penolong Pegawai Belia dan Sukan merangkap Setiausaha Kehormat KPPPBSSM.
PAROI, 21 Februari 2020 - Satu majlis bacaan yassin telah diadakan bersama semua kakitangan Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan bacaan telah di ketuai oleh Encik Abd Rahim bin M. Yusof. Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Pengarah, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Penolong Pengarah, Encik Mohd Rosdi bin Pilus serta Penolong Pengarah Rakan Muda, Puan Aziana binti Hizazi. Pengisian majlis pada pagi ini , Tuan Pengarah menyampaikan sedikit ucapan dan amanat kepada seluruh kakitangan agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga imej jabatan.
Selain itu juga turut di raikan majlis perpisahan seorang kakitangan yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada hari ini iaitu Saudara Muhammad Ikmal bin Mohd Anuar. Didoakan semoga lebih berjaya di tempat baru dan ukhwah yang terjalin tidak akan dilupakan.
16 FEBRUARI 2020 - ALOR GAJAH. Berlangsungnya Program Jamboree Kem Anak Muda (KAMU) #Youth Power 2020 bertempat di Kem Permata Alor Gajah, Melaka. Program telah bermula dari 14 hingga 16 Februari 2020.
Program yang dianjurkan oleh Majlis Belia Felda bersama Youth Power Club ini melibatkan seramai 273 orang peserta yang terdiri daripada peserta daripada Majlis Belia Felda Wilayah Segamat, Johor Bahru, Raja Alias, Mempaga dan Kuantan Selain dari itu, peserta -peserta juga terdiri daripada Program AMWAL JBS Negeri - Negeri. Negeri Sembilan telah menghantar 5 orang peserta dari Daerah Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.
Program ini bertujuan untuk membangunkan kemahiran untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan kolaboratif. Seiring dengan penggubalan Akta 668 iaitu perubahan had umur belia dari 15 hingga 30 tahun, program ini dilihat menjadi titik tolak kepada belia khususnya mereka yang masih belajar di peringkat sekolah.
Program dirasmikan oleh En. Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mewakili Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir bersama En. Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Pn. Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Muhammad Fadzli Bin Hasan, Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, En. Jufitri Bin Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia, En. Nik Hasrul Bin Mohd Zainuddin, Ketua Unit Pembangunan Komuniti Felda.
JEMPOL, 14 Februari 2020 (Jumaat) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil, Doa Selamat bertempat di ruang tamu pejabat.
Semoga hubungan silaturrohim antara kakitangan semua lebih baik seterusnya dapat bekerja dalam suasaha yang harmoni.
SEREMBAN, 13 Februari 2020 - Bengkel Pemantapan Persatuan Dan Kelab-Kelab Kecergasan Negeri Sembilan Tahun 2020 telah diadakan hari ini bertempat di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Objektif bengkel ini diadakan adalah ingin merapatkan hubungan antara pegawai-pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Jabatan Belia dan Sukan dengan instruktur-instruktur kecergasan di seluruh Negeri Sembilan.
Selain daripada itu, bengkel ini juga bertujuan bagi meningkatkan kefahaman mengenai urus tadbir persatuan dan kelab-kelab termasuk rekod penghantaran dokumen MYKB, fail dan kewangan persatuan serta kelab-kelab kecergasan Negeri Sembilan. Maklumat berkenaan urus tadbir ini telah disampaikan oleh wakil pegawai dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) En. Khairuddin Bin Khalid.
Dengan adanya bengkel ini, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama-sama Persatuan/Kelab Kecergasan Negeri Sembilan dapat menggerakkan program-program kecergasan yang telah disusun sepanjang tahun ini. Antara program yang akan dilaksanakan adalah Fit Malaysia @ Community, di mana program ini perlu dilaksanakan setiap hari Sabtu selama 8 bulan, Jelajah Fit Malaysia yang mensasarkan seramai 10,000 orang penyertaan dan Bulan Sukan Negara yang akan dilaksanakan pada Oktober nanti.
Perasmian penutupan bengkel dan penyampaian cenderamata telah disempurnakan oleh En. Nor Azli Bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama adalah Pn. Junaine Binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS dan En. Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah JBSNS serta pegawai-pegawai sukan dari setiap Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
SEREMBAN , 13 Februari 2020 – Telah berlangsung satu sesi lawatan tapak bagi cadangan projek gelangang futsal di Taman Laman Villa, Lavender Height oleh Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Encik Zainalabidin Salleh, Pengerusi Persatuan Penduduk Laman Villa (PPLV).
Sesi lawatan tapak cadangan ini dilaksanakan bagi menilai kesesuaian untuk pembinaan gelangang futsal baru yang mampu memenuhi keperluan penduduk setempat.
JEMPOL, 13 Februari 2020 (Khamis) - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah mengadakan tinjauan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bagi membincangkan beberapa program yg bakal dirancang pada tahun 2020. Turut hadir dalam sesi perbincangan Encik Rosdi Bin Pilus, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Siti Norwinah Binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol dan kakitangan.
PAROI, 12 Februari 2020 – Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat dari YBhg. Dato Haji Sabuddin bin Haji Sani, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Negeri Sembilan bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Tujuan kunjung hormat ini diadakan bagi merapatkan hubungan strategik antara agensi disamping membincangkan peranan, usaha dan perancangan kedua-dua agensi dalam mempertingkatkan prestasi atlet-atlet dari peringkat akar umbi bagi menyertai pertandingan-pertandingan peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan perkembangan terkini, perancangan dan persiapan kontigen SUKMA dan PARASUKMA Negeri Sembilan yang bakal berlangsung di Johor pada tahun ini. Semoga sesi kunjungan hari ini menjadi pemacu kearah pembangunan sukan dan pembangunan belia khususnya di Negeri Sembilan.