- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 497
PROGRAM YOUTH CAREER (Y-CAREER) "KURSUS MOBILEGRAPHY DAN BUSINESS ONLINE MARKETING" PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2019
Program ini bertujuan untuk memberi akses kepada belia yang tidak berkemampuan terutama dari luar bandar mengikuti latihan kemahiran khusus berdasarkan keperluan operasi majikan sebelum diserapkan dalam pasaran pekerjaan selepas tamat latihan serta meningkatkan penawaran tenaga kerja mahir kepada industri melalui kerjasama strategik dengan majikan iaitu Sozo Creative Enterprise dan Baroqah Group Enterprise bagi menyokong keperluan tenaga kerja di koridor ekonomi negara. Akhirnya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendidikan keusahawanan kepada peserta yang berminat menjadi usahawan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Hatta bin Hj Mohd Yasin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan diiringi oleh Puan Zuraidah binti Hj Mat Ratin, Pegawai Pembangunan Ekonomi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohammad Firdaus bin Azman, Encik Muhammad Faes bin Mohd Rasul, tenaga pengajar daripada Sozo Production dan Puan Nazarul Fazreen binti Mohd Haniffa daripada Baroqah Group Enterprise dan urusetia daripada Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Program ini dijalankan selama 5 hari dan peserta telah diberi pendedahan dengan lebih mendalam secara amali dan praktikal sepanjang program berlangsung. Peserta juga perlu menyiapkan tugasan masing-masing dan dinilai serta diberi komen yang membina daripada tenaga pengajar. Semoga dengan kemahiran yang diperolehi ini akan memberi manfaat kepada semua peserta dalam menjana pendapatan pada masa hadapan.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 497
