PORT DICKSON, 31 Oktober 2019 - Telah berlangsung Pertandingan Bowling Sempena Bulan Sukan Negara Daerah Port Dickson yang disertai oleh seramai 40 orang peserta daripada ahli-ahli badan gabungan Majlis Belia Daerah Port Dickson bertempat di U-Bowl Regina Mall, Port Dickson.
Pertandingan ini adalah anjuran Majlis Belia Derah Port Dickson dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Turut hadir bersama adalah Puan Nuraliana bt Nadri Pengerusi MBD Port Dickson serta barisan Jawatankuasa MBD Port Dickson.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang menyertai pertandingan ini.
Paroi, 31 Oktober 2019 - Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada yang diraikan Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan iaitu En Hatta bin Haji Mohd Yassin atas kenaikan pangkat beliau ke gred S48.
Menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah bermula sejak 3 April 2017 di jabatan sehingga ke hari ini dan bermula esok, 1 November 2019 beliau akan bertukar ke Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.
Memulakan perkhidmatan dari tahun 1990 hingga kini beliau telah berkhidmat di beberapa buah negeri seperti Labuan , Perak, Melaka, Selangor, dan juga Terengganu.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana jasa dan bakti yang telah dicurahkan kepada warga jabatan serta para belia di Negeri Sembilan khususnya amat-amat kami hargai. Segala yang baik dan bermanfaat akan terus dikenang dan satu kehilangan besar juga bagi kami disini.
Tahniah dan syabas dari kami sekali lagi dan diharap beliau dapat melakar lebih banyak kejayaan di tempat baru. Selamat tinggal dan semoga berjumpa lagi dari kami warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
SEREMBAN, 28 Oktober 2019 - Program Sukan Belia PPR dan Program Rakan Muda Kreatif Fasa 2 telah berlangsung di Projek Perumahan Bersepadu Senawang, Taman Jasmin hari ini.
Acara telah bermula seawal jam 9.00 pagi dengan acara sukan rakyat, sepaktakraw dan lukisan mural. Acara yang julung - julung kali diadakan di kawasan projek perumahan rakyat ini merupakan program perintis bagi Kementerian Belia dan Sukan yang dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.Hasil dari Program Sukan Belia PPR ini telah menarik ramai pengunjung di kalangan belia khususnya rata-ratanya mendiami kawasan sekitar.
Majlis Perasmian Penutup Sukan utnuk belia Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Perigkat Negeri Sembilan ini telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
PORT DICKSON, 27 Oktober 2019 -Telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Pantai Cahaya Negeri , Port Dickson.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Taufek Bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Turut hadir Tn. Khairy Bin Maamor Pegawai Daerah Port Dickson, Tn. Zamrie Bin Mohd Esa, YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, En. Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan , En Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, ketua dan wakil agensi kerajaan daerah Port Dickson dan wakil-wakil NGO's terlibat .
Pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Port Dickson iaitu bayblade, strong eat, N'Joy Fit Ride, Sepak Raga Bulatan, Penalty shoot board, Aerobikhthon, Memanah, Arm Wrestling serta persembahan dari sukan tali, seni mempertahankan diri dan juga cabutan bertuah. Terdapat juga booth pameran dan jualan telah disediakan sepanjang program berlangsung.
PORT DICKSON, 27 Oktober 2019 Ahad - Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Daerah Port Dickson yang telah disertai 27 pasukan bertempat di Kompleks Sukan Teluk Kemang.Kejohanan ini adalah anjuran Gabungan Pemuda Sepak Takraw Taman Intan Duyung bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson yang bertujuan bagi menyemarakkan lagi aktiviti sukan sepak takraw di Daerah Port Dickson sempena berlangsungnya Bulan Sukan Negara sepanjang bulan Oktober ini.
Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En Mohd Khushairi Bin Zainal mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan yang memenangi kejohanan ini dan kepada semua pasukan bertanding moga lebih maju jaya di masa yang akan datang.
REMBAU, 26 Oktober 2019 - Kompleks Sukan Sri Layang Jaya, Rembau telah berlangsung Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan dan Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Rembau 2019.Peserta-peserta yang datang dari seluruh pelusuk Daerah Rembau ini telah tiba seawal jam 7.00 pagi. Mereka terdiri daripada belia-belia tempatan, kakitangan awam, anak-anak PDK, masyrakat Orang Asli serta masyarakat setempat.
Program ini dianjurkan bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Pejabat Daerah Tanah Rembau dan Pejabat Penyelaras Dun Kota. Kerjasama ini juga melibatkan agensi-agensi kerajaan dalam Daerah Rembau, Majlis Belia Daerah Rembau, persatuan-persatuan sukan Daerah Rembau, persatuan-persatuan belia Daerah Rembau, MPKK DUN Kota dan DUN Chembong, serta MPKK Kg. Orang asli.Terdapat 10 acara telah dilaksanakan sempena program ini iaitu Senamrobik, Fun Walk, Pertandingan Bola Jaring , Pertandingan Futsal, Pertandingan Bayblade Burst, Mari Mencuba Memanah, Fun Ride, Pertunjukkan Waja Diri, Sukan Rakyat dan Fitness Zone.
Majlis Perasmian Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan dan Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Rembau 2019 telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Mohamad Taufek Bin Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Adun Kaw. Paroi sambil diiringi oleh Tuan Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Siti Aishah binti Nordin,Ketua Penolong Pegawai Daerah Rembau ,Tuan Shahrizal bin Masrudin, Pegawai Penyelaras Dun Kota dan Tuan Haji Azizan bin Marzuki, Pegawai Penyelaras Dun Chembong. Turut hadir memeriahkan majlis, Puan Siti Hajar binti Ab Jalil, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Ketua-ketua Jabatan dan Wakil, Pengerusi-pengerusi MPKK Daerah Rembau, Pengerusi dan ahli Persatuan Belia dan Sukan Daerah Rembau serta komuniti setempat.
Jempol, 26 Oktober 2019 - Jam 8.00 pagi telah berlangsung Fitness Challenge Bulan Sukan Negara di Karnival Usahawan Luar Bandar, Padang Mini Kompleks Kampung Serting Ilir.Program telah bermula seawal 8 pagi hingga 11.30 pagi dan disertai seramai 115 orang peserta termasuk penggiat kecergasan dari Jempol dan Seremban.
Turut hadir dan menaja hadiah pada program ini adalah ATP AGAPE dari Kuala Lumpur.Majlis penyampaian hadiah cabutan bertuah Fitness Challenge disampaikan oleh Puan Rusnani Hamzah Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau, Pengerusi MPKK Kg Serting Ilir, En Steven dari ATP AGAPE dan penyampaian hadiah kategori Fitness Challenge disempurnakan oleh Puan Siti Norwinah binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan daerah Jempol.
PORT DICKSON, 25 Oktober 2019 - Sesi lawatan tapak telah diadakan di Pantai Cahaya Negeri bermula jam 9 pagi bagi tujuan menyelaras aktiviti yang akan diadakan pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Port Dickson dan PD National Strong Festival pada 26 - 27 Oktober 2019 (Sabtu-Ahad).
Taklimat telah disampaikan oleh En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, wakil Pengarah Pelancongan MPPD dan penganjur MRZ ceria. Turut hadir wakil agensi - agensi kerajaan Daerah Port Dickson dan NGO's yang terlibat.Semoga program yang dirancang mendapat sambutan ramai dan berjalan dengan jayanya..
JELEBU, 24 Oktober 2019 - Kolej Komuniti Jelebu dibanjiri peserta-peserta Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu hari ini. Hampir 1500 orang peserta memenuhi setiap ruang yang ada di dalam Kolej berkenaan untuk mengespresikan semangat bersukan yang menyala di dalam diri mereka.Peserta-peserta yang datang dari seluruh pelusuk daerah Jelebu ini telah tiba seawal jam 7.00 pagi dan sangat bersemangat menyertai pelbagai acara yang telah disediakan. Mereka terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Jelebu sendiri, pelajar-pelajar sekolah berhampiran seperti Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang, Sek. Men. Keb. Undang Jelebu, Sek. Men. Keb. Dato Undang Syed Al Jufri, Sek. Men. Rendah Agama Kuala Klawang, Giat Mara Jelebu, Madrasah Tahfiz Yamin, belia-belia tempatan, kakitangan awam serta masyarakat setempatProgram ini dianjurkan bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Pejabat Daerah Jelebu, Kolej Komuniti Jelebu, Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu dan Jabatan Penjara Jelebu dan turut disokong kuat oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.
Kerjasama ini dilihat amat baik dalam usaha semua pihak untuk mengaplikasikan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian. Ianya juga dapat mengeratkan lagi kerjasama dan perkongsian pintar di antara persatuan sukan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk pembangunan belia dan sukan di daerah secara menyeluruh. Ianya juga merupakan satu kesinambungan daripada pelaksanaan Sambutan Bulan Sukan Negara di peringkat Kebangsaan dan Peringkat Negeri Sembilan yang telah dilaksanakan baru-baru ini.Terdapat 25 acara telah dirangka dan dilaksanakan sempena program pada hari ini seperti Senamrobik, Fun Run, Netball 3 on 3, Tarik Tali, Liga Sepakan Penalti, Pertandingan Beyblade, Kejohanan Petanque, Kejohanan E-Sport Fifa 2019, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Mari Mencuba Memanah Sunnah, Gusti Lengan, Pameran Agensi Kerajaan, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah dan pelbagai lagi.
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu 2019 telah disempurnakan oleh YB Tuan Hj. Bakri bin Hj. Sawir, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan merangkap Adun Klawang sambil diiringi oleh Puan Nurul Huda binti Musa, Pegawai Daerah Jelebu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Jelebu 2019. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Mohd Aznor bin Abd Aziz, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Tuan Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Jelebu, Puan Junaine binti Mohamad, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Nurulhaizan binti Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Ketua-ketua Jabatan dan Wakil, Pengerusi- pengerusi MPKK daerah Jelebu, Pengerusi dan ahli Persatuan Belia dan Sukan daerah Jelebu serta komuniti setempat.Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang secara langsung mahupun tidak langsung memberikan kerjasama yang sangat baik dalam penganjuran program ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang setiap acara. Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun demi kelangsungan pembangunan belia dan sukan di dalam negara amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.