JELEBU, 12 Oktober 2019 - Kompleks Sukan Komuniti Simpang Pertang, Jelebu hari ini menjadi medan pertempuran pasukan-pasukan bola jaring handalan daerah Jelebu dalam Kejohanan Bola Jaring sempena Bulan Sukan Negara daerah Jelebu 2019. 7 pasukan handalan dari seluruh daerah Jelebu telah berkorban masa dan tenaga mereka untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan ini yang mana dilihat sebagai acara pemanas badan menuju ke Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu 2019 yang akan diadakan pada 24 Oktober 2019 di Kolej Komuniti Jelebu.Kejohanan yang dianjurkan bersama diantara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan Biro Wanita Persatuan Alumni SMKDUMA/STDUMA/SMBT ini dilihat amat baik dalam usaha semua pihak untuk mengaplikasikan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian. Ianya juga dapat mengeratkan lagi kerjasama dan perkongsian pintar diantara persatuan sukan dan agensi kerajaan dalam usaha untuk pembangunan belia dan sukan di daerah secara menyeluruh.Acara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh ASP Noraini binti Nordin, Pengerusi Persatuan Alumni SMKDUMA/STDUMA/SMBT dan beliau turut diiringi oleh Puan Nurulhaizan binti Abdul Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Johan jatuh kepada Pasukan Kempas, Naib Johan menjadi milik pasukan Pegasus manakala tempat ketiga dan empat bersama dikongsi oleh pasukan Hospital Jelebu dan pasukan The Queen.Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak-pihak yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam penganjuran kejohanan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang menang dan kepada pasukan yang kalah boleh cuba lagi di kejohanan yang akan datang. Semoga lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan dari masa ke semasa demi pembangunan belia dan sukan di dalam negara amnya dan di Negeri Sembilan khasnya.
JEMPOL , 12 Oktober 2019, - Telah berlangsungnya Liga Bola Jaring Peringkat Daerah Jempol 2019 di Gelanggang Bola Jaring, Kompleks Rakan Muda Jempol.Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Bayai .
Liga ini telah melibatkan penyertaan 10 buah pasukan kelab-kelab dalam daerah Jempol dan agensi-agensi daerah Jempol.Program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang. Johan telah dimenangi oleh pasukan Jumpez, Naib Johan pasukan Netkillers, Ketiga bersama pula dimenangi oleh Gazelles dan Rossi NC.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Siti Norwinah Binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.Turut hadir En. Muhammad Syahir Bin Mohd Sabri Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jempol.
PORT DICKSON,12 Oktober 2019 - Telah berlangsungnya Liga Bola Jaring Peringkat Daerah Port Dickson 2019 di Gelanggang Bola Jaring Politeknik, Port Dickson .Program adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Kelab Bola Jaring Port Dickson dan Kelab Gimnasium Rakyat Port Dickson . Liga ini telah melibatkan penyertaan 10 buah pasukan kelab-kelab dari Port Dickson dan juga agensi-agensi kerajaan Port Dickson.
Program telah bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Johan telah dimenangi oleh pasukan Politeknik PD, Naib Johan pasukan Diamonds, Ketiga bersama pula dimenangi oleh MPPD dan Blue Ocean Team.Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj Noorulhuda Bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Port Dickson.Turut hadir En. Khushairi Bin Zainal serta Izuan Afendi Bin Azlan Pembantu Belia dan Sukan Port Dickson, wakil Politeknik (Pensyarah) Pn. Dazlyana Binti Zainal Abidin, Pn. Hasnah dan Puan Zuraidah dari Kelab Bola Jaring Port Dickson
JEMPOL 12 Oktober 2019, Telah berlangsung Majlis Pelancaran Bulan Bulan Negara peringkat DUN Jeram Padang anjuran Pejabat Penyelaras DUN Jeram Padang dengan kerjasama KEMAS daerah Jempol, KHM dan Felda. Majlis ini berlangsung di Padang Felda Bukit Rokan Barat. Antara aktiviti yang dilaksanakan sempena Bulan Sukan Negara DUN Jeram Padang adalah pertandingan senamrobik, pertandingan gubahan dan masakan, gerai jualan, pemeriksaan kesihatan dan sukaneka.Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan aluan dari Tuan Hj S. Musliadi bin Hj Sabtu, Pegawai Penyelaras DUN Jeram Padang dan seterusnya dirasmikan oleh Tuan Mas Midyawan bin Yahya, Pegawai Daerah Jempol.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Hj Karip bin Salleh, Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias, Encik Nor Azehar bin Alum, Pengurus Felda Bukit Rokan Barat, Encik Mohd Sharif bin Ahmad, Penghulu Mukim Jelai, Puan Ruzana binti Hj Omar, Pegawai KEMAS Daerah Jempol, Encik Mohd Yusof bin Ahmad, wakil Pegawai Polis Daerah Jempol, Encik Jamaluddin bin Mohd Yunus, Ketua Peneroka Felda Bukit Rokan Barat, kepimpinan JKKR, GPW, belia dan beliawanis Felda Bukit Rokan Barat. Seramai 2000 orang telah menyertai program Bulan Sukan Negara peringkat DUN Jeram Padang tahun ini. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada DUN Jeram Padang di atas penganjuran dan kejayaan program ini.
PORT DICKSON, 12 Oktober 2019 - 7.00 pgTelah berlangsung Program FunRun@Pasir Panjang bertempat di Dewan Orang Ramai Pasir Panjang, Port Dickson pada hari ini. Program adalah anjuran bersama MPKK Pasir Panjang, Perpustakaan Desa Pasir Panjang, SK Pasir Panjang dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pasir Panjang dan Proton Port Dickson.
Program ini telah melibatkan kira-kira 300 orang peserta acara Fun Run@Pasir Panjang dan bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Program ini juga menyediakan pelbagai acara/aktiviti menarik seperti senamrobik, pameran dan pemeriksaan kesihatan, pameran dari Proton, timbangan bulu ayam dan cabutan bertuah.
Turut hadir dalam upacara penutup ini adalah Penyelaras DUN Linggi Tn. Rusli, wakil Pejabat Belia dan Sukan Port Dickson En. Izuan Afendi Bin Azlan, Pengerusi MPKK Pasir Panjang En. Khairol Nizam Bin Mohammad, Guru Besar SK Pasir Panjang En. Md Izzuddin Bin Mohd Shah, wakil Klinik Kesihatan Pasir Panjang, wakil Perpustakaan Desa Pasir Panjang, wakil Proton Port Dickson dan wakil - wakil NGO's.Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini. Semoga hubungan dan kerjasama yang baik ini berterusan pada masa masa yang akan datang.
KUALA PILAH, 12 Oktober 2019 - Sedang berlangsung acara Aerobikton dan Bola Jaring sempena Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Kuala Pilah.Pelbagai lagi acara yang akan berlangsung hari ini antaranya 3 on 3 Bola Sepak, Sukan Rakyat, Penalty Shoot Out, E-Sport Game, Memanah, Kaunter Bergerak JPJ dan POS Malaysia, Pemeriksaan Mata Percuma dan cabutan bertuah.Saksikan malam ini Majlis Perasmian dan Pelancaran Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Kuala Pilah jam 8.00 malam di Stadium Mini, Kuala Pilah. Cabutan bertuah menarik menanti anda dan saksikan persembahan artis lagenda Malaysia.
JEMPOL, 11 Oktober 2019 - Telah berlangsungya satu Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Jempol bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Jempol. MESYUARMesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Mas Midyawan Bin Yahya, Pegawai Daerah Jempol. Turut hadir sama Puan Siti Norwinah Binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Puan Azlina Binti Abd Karim dan En.Muhammad Syahir Bin Mohd Sabri, kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras dan menyusun segala perancangan pelaksanaan program Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 Peringkat Daerah Jempol dan Sambutan Hari Pemulihan Carakerja Peringkat Kluster Daerah Kuala Pilah / Jempol / Tampin yang akan diadakan pada 24 Oktober 2019 (Khamis) bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Perbincangan juga turut meliputi tentang aspek keselamatan dan teknikal agar program yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol akan dilaksanakan secara bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, Pejabat Daerah Jempol, Jabatan-jabatan dan Agensi Kerajaan dalam Daerah Jempol serta Kluster Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah dan di bantu oleh Persatuan-persatuan Belia dan Persatuan-persatuan Sukan dalam Daerah Jempol.
JEMPOL, 10 Oktober 2019 - Lawatan Khusus pelajar-pelajar dari Kolej Yayasan Felda ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol. Seramai 3 orang pelajar Nur Fatin Nabilah binti Mohd Kamaruzam, Nur Syafihah Balqis binti Zainuddin dan Raihanamashitah binti Ismail Zukri yang mengambil jurusan Penyeliaan Pengurusan Pejabat, Tahap 3 ini telah ditugaskan untuk mendapatkan maklumat bagi menyiapkan dan melengkapkan subjek yang mereka pelajari pada tahun ini.
Dalam pertemuan ini, pelbagai perkongsian maklumat dan pengalaman yang baik telah diperolehi oleh kakitangan bersama para pelajar. Pelajar juga sempat di bawa melawat ke beberapa kawasan di sekitar bangunan pentadbiran.Turut hadir dalam perkongsian maklumat ialah Puan Siti Norwinah binti Narawi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, dan Puan Nor Azlina binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.Semoga dengan lawatan pada kali ini pelajar dapat mengumpul pelbagai maklumat dan menambah ilmu pengetahuan
KUALA PILAH, 9 Oktober 2019 -Sedang berlangsung Karnival Sukan Kolej Komuniti Kuala Pilah / Jempol bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.
Program anjuran Kolej Komuniti Kuala Pilah /Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah pada hari ini melibatkan semua kakitangan Kolej Komuniti Kuala Pilah / Jempol. Acara yang berlangsung pada hari ini adalah Bola Tampar dan Ping Pong.
Karnival Sukan Kolej Komuniti Kuala Pilah / Jempol tidak berakhir pada hari ini dan akan diteruskan pada 14 & 15 Oktober nanti yang akan melibatkan semua pelajar Kolej Komuniti Kuala Pilah / Jempol. Pelbagai aktiviti / acara sukan yang akan dilaksanakan pada tarikh tersebut antaranya badminton, sepak takraw, futsal, bola tampar, ping pong, dart, dan dam haji.