SENDAYAN , 20 MAC 2017 – Majlis Sukan Negara Malaysia Bersama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Smebilan, Persekutuan Berbasikal Malaysia dan persatuan lumba basikal negeri Sembilan telah menganjurkan Kejohanan Junior Cycling Malaysia 2017 pada 18 hingga 19 Mac 2017 yang lepas.
Kejohanan ini bertujuan untuk mempromosikan sukan berbasikal di seluruh Negara melalui sirkit kriterium di negeri negeri di samping mencungkil bakat bakat pelumba baru yang berpotensi untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Brig Jen Khairy Jamaluddin telah bersama-sama hadir di sirkit kriterium yang pertama di Negeri Sembilan yang berlangsung di D’tempat Seremban 2, Negeri Sembilan semalam.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 569
