JEMPOL- 30 April 2017 Telah berlangsung program Pesta Lumpor 'Moh Poie Berkubang' anjuran Pemuda UMNO Jempol dan Gerakan Belia 4B Kg Gajah Mati. Program telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Samad, merangkap Ahli Parlimen Jempol.
Pengisian program ini adalah pertandingan bola sepak 5 sebelah dalam lumpur, pertandingan gubahan tuala, pertandingan membuat jus buah-buahan , pertandingan memasak ikan sembilang, pertandingan membuat kuih tradisional dan pertandingan mengoca. Sebayak 150 kilogram ikan sembilang, haruan di lepaskan ke dalam kawasan lumpur bagi acara mengoca.
Antara objectik utama penganjuran program ini adalah untuk merapatkan hubungan antara pendduk-penduduk Kampung Gajah Mati serta memperkenalkan budaya masyarakat lama kepada generasi baru.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 523
