- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 471
MESYUARAT JAWATAN KUASA INDUK PENYELARASAN LARIAN OBOR NEGERI SEMBILAN 22-25 MEI 2017 SEMPENA TEMASYA SUKAN SEA KE-29 & PARA ASEAN KE-9 KUALA LUMPUR 2017
SEREMBAN- 21 Februari 2017, Telah berlangsung Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Penyelarasan Larian Obor Negeri Sembilan 22-25 Mei 2017 Sempena Temasya Sukan Sea Ke-29 & Para Asean Ke-9 Kuala Lumpur 2017 sebentar tadi di Bilik Teratai Wisma Negeri, Negeri Sembilan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato Zaifulbahri bin Idris, Pengerusi J/Kuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Larian Obor ini melibatkan semua Negara ASEAN dan Timor Leste dan Malaysia akan menjadi negara terakhir bagi larian ini sebelum temasya Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9 bermula pada 19 hingga 31 Ogos 2017.
Mesyuarat ini lebih menekankan berkaitan penyelarasan daerah-daerah di Negeri Sembilan yang akan terlibat dalam larian obor ini. Konsep yang ingin dibawa oleh Negeri Sembilan dengan melibatkan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada Ahli Parlimen dan ADUN setiap daerah, tidak ketinggalan ketua-ketua pemimpin tempatan dan agensi di daerah serta pemimpin-pemimpin dan ahli –ahli persatuan sukan dan belia. Penglibatan daripada agensi-agensi beruniform juga digunakan bagi menambah nilai dan menyemarakan lagi Larian Obor di Negeri Sembilan seperti ATM, Bomba, Penjara, PRDM dan Imegresen.
Dengan adanya venue Sukan Sea di Negeri Sembilan iaitu Veledrome Nilai untuk acara berbasikal merupakan satu pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri dapat bersama-sama dlm menjayakan Sukan ini.
Pelaksanaan Larian Obor sempena Kuala Lumpur 2017 ini nanti di harapkan dapat menyemarakkan semangat rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Sembilan untuk bersama-sama dalam menjayakan Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9. Pada masa yang sama diharapkan agar acara ini dapat mempromosikan Kuala Lumpur 2017 di seluruh Malaysia dan dalam masa yang sama juga turut mempromosikan Negeri Sembilan di mata dunia.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 471
