KUALA PILAH- 23 Mei 2016 , Majlis Belia Negeri (MBN) dan majlis Belia Daerah (MBD) di negeri ini diharap dapat memainkan peranan meguruskan pentadbiran persatuan di bawah mereka agar lebih aktif.
Menteri besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun terdapat 700 pertubuhan belia berdaftar di negeri ini namun hanya 400 pertubuhan sahaja yang bergerak aktif.
“Statistik ini amat mengecewakan dan saya berharap perana MBN serta Majlis belia Daerah (MBD) lwbih bijak menguruskan pentadbiran persatuan di bawah mereka.”Belia perlu membuka mata bahawa persatuan belia adalah tempat mereka untuk bersuara dan melontarkan pandangan dan cadangan.
“Jika persatuan itu tidak aktif, maka kita dapat melihat belia dia sebuah kawasan tersebut tidak bersatu,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2016 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Melang, kelmarin.
Beliau berkata, pada masa kini cara hidup golongan belia ialah kesalinghubungan digital dan megubah cara komunikasi sesama individu di setiap peringkat.
“Ambil manfaat daripada teknologi komunikasi pada masa kini untuk menarik para balia menyertai persatuan. Wujudkan hubungan menerusi alam maya.
“Bagaimanapun, dalam keghairahan menggunakan teknologi kita perlu juga menyaring maklumat diterima bagi mengelakkan timbul kecelaruan, kekeliruan dalam kalangan pengguna alam maya terutama isu panas dan viral,” katanya.
Sehubungan itu, Mohamad juga menegaskan, para belia perlu lah berfikiran kriktis dan berkonsepkan keusahawanan di mana belia perlu menyediakan pekerjaan bukan menerima pekerjaan.
“Belia perlu memiliki pemikiran sebagai seorang usahawan. Sikap seorang usahawan bukan menanti bantuan tetapi merebut peluang itu menjadi realiti serta sentiasa tambah nilai memperbaiki diri mereka.
“Jika kita memikirkan dan sentiasa memandang cara positif pastinya apa diushakan berjaya dan bukan sekadar menunggu bantuan daripada kerajaan,” katanya.
Hadir sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli PArlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Azura Salbin.
Sumber : Sinar Harian
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 536
