SEREMBAN, 9 Mac 2017. Jabatan Audit Negara menerusi Cawangan Audit Pelbagai Kementerian / Jabatan (PKJ1) Sektor Audit Prestasi, telah mengadakan lawatan ke Jabatan ini bagi tujuan pengauditan Gelanggan Futsal Satu Malaysia. Pengauditan yang diadakan pada 8 sehingga 9 Mac 2017 ini bagi melihat pengurusan projek Gelanggang Sukan dibawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan projek pembinaan gelanggang futsal merupakan sebahagian daripada sampel audit yang dipilih.
Pengauditan bermula dengan semakan Dokumen Projek Gelanggan Futsal dan Seterusnya Lawatan Fizikal di tapak gelanggang futsal.
Pasukan audit Negara telah mengadakan lawatan tapak ke GF1M di Taman Seri Kasih, Senawang, Taman KSNS, Chembong dan Kampung Gadong, Kota, Rembau.
MAMBAU - 9 March 2017, Telah berlangsung Majlis Perasmian Kebun Mambau dan Springhill yang telah di usahakan oleh AG Bio Organic Farm and Trading Sdn.Bhd dibawah bimbingan Yayasan NAAM, Jabatan Pertanian Negeri Sembilan dan FAMA Negeri Sembilan.
Projek ini dijalankan bertujuan untuk mengurangkan eksport pertanian dan dapat dijalankan sendiri oleh warga tempatan yang dilakukan dalam bentuk bio organic. Selain daripada itu dapat memperkasa ekonomi dalam sektor pertanian.
Dalam masa yang sama satu MOU Perjanjian Jual Beli antara AG Bio Organic Sdn Bhd bersama FAMA Negeri Sembilan telah di tandatangani. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk M.Saravanan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia merangkap Pengasas Yayasan NAAM. Hadir sama Pengarah JBS Negeri Sembilan , Azura Haji Sarbin
JELEBU- 9 March 2017, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu bersama Jawatankuasa Kelab Gimnasium Rakyat Jelebu telah mengambil inisiatif dengan mengadakan aktiviti khas untuk kakitangan kerajaan yang bertugas di Daerah Jelebu untuk mengikuti aktiviti "Healthy Mind Healthy Body" bertempat di Gimnasium 1M Daerah Jelebu.
Objektif utama aktiviti ini di adakan adalah untuk mewujudkan "sport awareness " interaksi & menyampaikan mesej kerajaan dikalangan anggota masyarakat pelbagai peringkat umur dan kaum serta menyahut saranan yang dicadangkan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan supaya kemudahan-kemudahan awam khususnya untuk bersukan dan beriadah yang dibina oleh Kerajaan digunakan seoptimun mungkin.
Aktiviti ini akan diteruskan setiap hari isnin bermula jam 3.30 petang disamping untuk mempromosikan Gimnasium 1M Daerah Jelebu kepada semua masyarakat yang mana aktiviti gym adalah sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina serta dikendalikan oleh jurulatih yang berpengalaman
CHERAS - 7 March 2017, Seramai 5 kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ( APC ) Tahun 2016 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, semalam.
Mohamad Rozaiham bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Dearah Port Dickson mendahului senarai penerima dari JBS Negeri Sembilan. Beliau yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun dan bekerja dengan lebih 7 orang pengarah merupakan seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan sentiasa menyumbang idea- idea yang bernas dalam organisasi. Penerima lain adalah Jasnie bin Abd Rahman, Pembantu Belia dan Sukan yang kerkhidmat di Pejabat Belia dan Sukan Rembau ( PBSD ),diikuti Sukmah bin Hasan, yang bertugad di PBSD Tampin.
Lain-lain penerima adalah Abd Khalid bin Adnan SERTA Raja Mohamad Amir bin Abdul Razak masing-masing berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Majlis Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Brig Jen Khairy Jamaluddin. Dalam ucapanya pada petang itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima APC serta berharap agar dengan penganugerahan yang diterima dijadikan sebagai dorongan serta motivasi untuk berusaha dengan lebih giat lagi ke arah menjayakan visi dan misi KBS.
KINABALU- 3 March 2017, Seramai 30 peserta Eksplorasi Pemimpin Rakan Muda Fit Kinabalu telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu setinggi 4092.5m yang merupakan gunung tertinggi di Asia.Eksplorasi ini dilaksanakan selama 5 hari 4 malam bermula 27 Februari sehingga 3 Mac 2017 yang dianjurkan oleh Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif untuk mengeratkan silaturrahim, komunikasi, dan bertukar pendapat diantara Pemimpin ARPRM, Pemimpin NGO Belia dan Penggiat Sukan dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti serta memupuk gaya hidup sihat.
Selain daripada itu, program ini juga memberi penghargaan kepada pemimpin yang telah banyak memberi sumbangan di dalam pembangunan belia dan sukan di negeri sembilan.
Eksplorasi ini telah diketuai oleh YB Dato Zaifulbahri bin Idris merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan.Semoga program-program sebegini mendapat sokongan dan dorongan daripada agensi-agensi kerajaan agar dapat membudayakan gaya hidup sihat sejajar dengan wawasan negara dalam melahirkan rakyat yang sihat dan cergas.
SEREMBAN – 7 March 2017 , Semua persatuan sukan dan majlis sukan sekolah di negeri ini perlu menghantar laporan lengkap prestasi dan cadangan kepada Majlis Sukan Negeri (MSN).
Arahan itu dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zaifulbahri Idris yang mahu MSN memantau setiap pergerakan persatuan sukan di negeri ini.
Zaifulbahri berkata, bukan sahaja laporan prestasi persatuan malah laporan pencapaian atlet juga perlu dilaporkan kepada MSN.
“Kita mohon kerjasama semua persatuan sukan memberi laporan prestasi dan cadangan untuk meningkatkan prestasi sekiranya Negeri Sembilan tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
“MSN perlu tahu setiap perancangan dan pencapaian persatuan sukan agar kita tahu perkembangan persatuan sukan di negeri ini. Kita juga mahu meletakkan sasaran dan strategi bagi meningkatkan prestasi pasukan dan atlet,” katanya pada sidang media di Majlis Penyerahan Cek Geran Bantuan kepada Program Sukan Sekolah-sekolah dan Persatuan Sukan di Negeri Sembilan di Pejabat Majlis Sukan Negeri, Paroi, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah MSN, Fouzee Abdul Aziz dan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil.
Pada majlis itu, sebanyak 28 persatuan sukan menerima geran sebanyak RM500,000 manakala program pembangunan sukan sekolah menerima geran RM200,000 dari Kerajaan Negeri.
Menurut Zaifulbahri, geran bantuan itu bagi membolehkan persatuan sukan dan majlis sukan sekolah menjayakan aktiviti sukan dan membuat persiapan untuk penyertaan ke kejohanan kebangsaan serta kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah pada Mac dan April depan.
“Kerajaan negeri serius mengenai kegiatan dan pembangunan sukan khususnya di peringkat sekolah dan persatuan sukan negeri.
“Tahun ini, beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi memastikan agenda sukan persatuan dan majlis sukan sekolah-sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan mencapai matlamatnya,” katanya,
Zaifulbahri berkata, beliau berharap bantuan geran itu dapat melonjakkan pembangunan dan pencapaian sukan dan atlet di negeri ini untuk bersaing diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Sumber : Sinar Harian
Projek 4D Outreach IYRES Community Enumerator (ICE) 2016 diteruskan dengan suntikan baru oleh pesertaThe Duke of Edinburgh's International AwardDOE Malaysiadengan menjual 'The Wonderful Milk Shake' .Satu projekInstitut Penyelidikan Pembangunan BeliaKBSMalaysia. Secara amnya, projek ini adalah bertujuan ingin membantu golongan belia yang berminat dan ingin memulakan perniagaan. Antara objektif projek ini adalah: Memberi peluang kepada golongan belia diluar sana yang ingin memulakan perniagaan. Memberi peluang kepada golongan belia yang ingin menambah pendapatan. Memberi peluang pekerjaan kepada belia yang tidak bekerja tetapi mempunyai kemahiran .
REMBAU 4 Mac 2017 - Rembau menjadi lokasi kedua di negara ini yang melaksanakan sistem pembuangan sampah kering sistematik, iCycle.
iCycle merupakan inovasi kitar semula menggunakan sistem kod bar yang dapat merekod sampah kitar semula serta menyediakan pulangan kepada mereka yang menggunakannya.
Pelancaran sistem kitar semula itu disempurnakan oleh isteri Ahli Parlimen Rembau, Nori Abdullah dalam program 'Menghormati Alam Sekitar - Saya Tidak Suka Plastik' di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Rembau Fasa 2 di sini pagi tadi.
Yang turut hadir Setiausaha Bahagian Perkhidmatan, Pembangunan dan Pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Lailah Che Mohd. Darus; Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris dan pengasas iCycle Malaysia, Dr. Tan Ching Seong.
Putrajaya merupakan lokasi pertama yang menggunakan sistem tersebut mulai Oktober tahun lalu. Sumber: Utusan Malaysia
PAROI - 23 Februari 2017, Telah berlangsung Majlis Menandatangi Perjanjian Kerjasama Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda ( The Duke Edinburgh’s International Award) Badan Operasi Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB) bersama Outward Bound Trust Malaysia (OBTM).
Perjanjian ini berkuatkuasa bermula tarikh perjanjian kerjasama ini ditandatangani pada 23 Februari 2017 untuk tempoh untuk 2 tahun sehingga 23 Februari 2019.
Perjanjian ini dimeterai adalah untuk pihak PBDB membantu OBTM dalam memastikan kursus-kursus yang melibatkan komponen ARP ini mendapat pengiktirafan daripada badan induk The Duke Edinburgh’s International Award dan boleh digunapakai oleh penerima-penerima anugerah di seluruh dunia. Selain daripada itu, PBDB akan membantu OBTM dalam memberikan pendapat dan nasihat berhubung pengisian komponen ARP di dalam kursus-kursus yang dianjurkan oleh OBTM. Dalam masa yang sama juga, perjanjian ini dibuat adalah untuk mempromosikan lagi program ARPRM ini.
Perjanjian ini ditandatangani oleh pengerusi badan operasi PBDB iaitu En. Zaharruddin bin Abd Majid dan Pengarah Eksekutif OBTM, YBhg. Laksamana Pertama Dato’ Ismail bin Abdullah (B) dan disaksikan oleh En. Musa bin Salim, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan En. Ravichandran a/l Balasubramaniam, Pemimpin Anugerah Asia Pasifik. Turut sama hadir dalam majlis ini adalah Pn. Salawati binti Abdullah, Presiden Rakan Kembara Malaysia, wakil daripada Dun Belia Negeri Sembilan, wakil daripada Parlimen Belia Malaysia Negeri Sembilan dan ahli-ahli persatuan.